35 Comments

  1. Blog itu sendiri bersifat tabligh. Jadi kalau yang di sampaikan itu bermanfaat, maka bermanfaatlah ia. Tapi kalau apa yang di tulis itu boleh membuat orang lain terpaksa menerima tamparan yang hebat (walaupun gossip), itu settlelah sesama sendiri.

    Jangan sampai bila kita dah tua, dan teringat semua apa yang kita lakukan sehingga ada pihak yang rasa di aniaya, baru kita nak mencari mereka. Itupun kalau umur kedua-dua pihak panjang.

    So apa kata kita jangan beri tekanan dan stress pada diri sendiri. Buatlah dan binalah blog yang bagus yang mana kita sendiri berpuas hati dengannya (zahir dan batin).

    p/s: selalunya duit akan menjadikan semuanya nampak “cool”… betul ke?

  2. yup…nice entri..
    2 perkara yg kita bleh wat ngan blog..
    1.duit-untuk kegunaan Dunia.
    2.Pahala-Untuk Kegunaan Alhirat.

    tp sumenya bergantung kpd pmlik blog itu…niat baik maka jadinya baik,niat jahat maka jadinya jahat…

  3. semua apa yg kita lakukan..akan ditimbang, di soal di akhirat…jari kita yang menaip dan keyboard, screen pc..segala tu..akan jadi saksi

    jadi biarlah kita dpt saksi2 ke arah kebaikan

  4. setuju sangat..blog sepatutnya digunakan sebagai medium utk menyebarkan benda2 yg berfaedah..klu blh gunakan sbg medium utk berdakwah…

  5. Komisen affliates tak sampai ke alam kubur tetapi komisyen dari ilmu bermanfaat yang disampaikan insya_Allah berterusan hingga akhirat.. untuk terus-terusan menerima komisyen ilmu jangan lupa mewasiatkan blog kita supaya hanya kita sahaja yang mati tetapi blog terus hidup.. itulah rahsia blog sebagai pemanjang usia seseorang.. jasadnya mungkin telah tiada tetapi ilmunya menjadi sebutan sampai bila-bila..

  6. ilmu yang bermanfaat yang dikongsi ibarat benih yang bercambah dan membesar. begitulah ilmu dari blog jika digunakan ke jalan yang betul “saham” anda juga tidak putus.

  7. blog mencarut tu dah sememangnya tak betul kak ina..masalahnya yang blog menceritakan aib orang tu, tu pun kalau nak kira tak baik jugak tu..hoho..dunia oh dunia..

  8. tul.. ilmu yang manfaat patut digunakan sebaiknya.. dan org yg berilmu mmg patut tak kedekut ilmu..
    nak tmbah pahala byk2 la, nak masuk entry blog yg leh sedarkan ramai.. hheehehee..

  9. Sangat setuju dengan menulis blog untuk berkongsi ilmu, yang mana ilmu berkekalan itu menjadi bekal di alam kubur nanti. tak semestinya tulis blog utk cari duit semata-mata.

    Bagi penulis blog yang tulis gossip tu, sendiri mau ingat.. kalau salah dah dikira fitnah. kalau fitnah, dah jadi dosa sesama manusia. Dosa sesama manusia, kena minta maaf baru ‘settle’ sebelum masuk kubur. Kalau tak sempat, carilah empunya badan kat padang mahsyar nanti.

  10. ilmu yang disampaikan walaupun sedikit, insyaallah kalau yang menerima ilmu dan diguna untuk, pahalanya sampai ke dalam kubur…tak rugi mana pun kalau ilmu dikongsi bersama,mana yang elok ikutla kalau yang xelok tu ditinggalkan

  11. Saya betul-betul sertuju dengan menulis blog, kita akan mendapat pahal hingga ke akhir hayat. Kerana, ia merupakan suatu penyampaian ilmu yang akan digunakan dari satu generasi ke satu generasi. Ia merupakan suatu amal jariah. Maknanya selagi orang mengamalkannya, kita akan mendapat pahala yang berterusan.

  12. skrg ilmu sudah mudah diperolehi. taip aje kat google. byk sumber yg boleh dibaca.

    ilmu yg disebarkan oleh blogger itu dpt dikongsi kpd semua. semua akan dapat manafaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.