Tolong Jangan Pakai Kad Kredit
Semalam baru berbual dengan kak ipar keburukan kad kredit ni, hari ni masa nak bayar bill guna cimbclicks tadi, terkejut tengok sebab TOP 10 bills kat Malaysia ialah di ranking pertama AEON easy payment, personal finance di mana untuk bayar hutang persendirian dan di tempat kedua pula AEON credit Card. Tengok, bayar bil paling banyak di lakukan kat Malaysia ni bukan bayar bil utiliti paling banyak, tapi bil kad kredit. Bil PTPTN apatah lagi..
Tu lah orang kita..Nak mewah dengan cepat..apa lagi, guna duit plastik tu lah..a.k.a kredit kad. Gi kedai semua main leret je sekarang ni. Bukan nak kata tak boleh, tapi agak2lah penggunaan tu..
Korang pernah tengok tak orang bayar guna kredit kad di hypermarket?
Kalau korang tak pernah, cube pergi tengok banyak kali dan buat perbandingan dengan orang bayar tunai. Kalau korang pernah tengok, kebanyakkan orang bayar guna kredit kad ni jarang tengok harga dan jumlah barang di dah beli..Tau2 je dah jumlah keseluruhan..Pastu hulur kad kredit tu kalau boleh nak tinggi-tinggi supaya orang nampak..
TAK PERCAYA?
Pergilah tengok sekali. Beza dengan yang bayar cash?? Biasanya dia akan tengok harga barangan dia, pastu jumlah dia dah beli. yerlah kan nanti tak cukup duit..Ni bagus sebab membuatkan kita sentiasa takut nak berbelanja lebih. Kalau guna kad kredit, tak payah pikir..Yang perlu pikir bila terima bil nanti..Barulah pening kepala..
Berita pun ada keluar..Ramai jumlah orang muda sekarang ni bankrap sebab kad kredit. yerlah masa muda ni tak pikir duit, yang penting gaya orang kaya tu mesti ada..pastu dah kayap nanti, barulah sedor diri balik..Baiklah sedar diri sekarang ni.. Kalau betul2 perlu je apply kad kredit. Kalau boleh pun, jgn lebih dari 1. Kalau tak, JANGAN SESEKALI GATAL GI APPLY!!
Alhamdulillah dari kecik lagi saya diajar untuk membenci kad kredit..Tu yang skrg ni paling kurang pun ada kad debit je..Sebab tahu takutnya ada kad kredit ni..Macam pinjaman along jugak..Tau2 cukup bulan, minta duit balik dengan bunga..Tak bayar, bunga naik..walaupun kecik, tapi lama2 nanti akan jadi banyak..Sebab korang akan delay2 bayar..
Tak insaf lagi? Baca ni
Hutang Individu Bankrap Di Malaysia RM71.36 Bilion
PETALING JAYA: Dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini, jumlah hutang individu yang disytiharkan muflis atau bankrap di negara ini sebanyak RM71.36 bilion, kata Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Beliau berkata, jumlah yang ditadbir urus oleh organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu membabitkan seramai 81,908 individu bankrap daripada 218,561 kes kebankrapan berdaftar.
“Hutang RM71.36 bilion itu merupakan nilai keseluruhan hutang yang telah difailkan oleh pemiutang dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.
“Ini termasuk jumlah hutang yang dimaklumkan oleh pihak petisyen dan pemiutang-pemiutang lain dalam kes kebankrapan,” katanya kepada mStar Online, di sini.
Abdul Karim berkata, jumlah hutang individu bankrap pada tahun lalu adalah berjumlah RM928 juta manakala jumlah hutang dari Januari sehingga Jun tahun ini RM12.39 bilion.
“Kira-kira 40 peratus golongan bankrap mempunyai hutang dengan lebih daripada satu organisasi atau pemiutang,” ujarnya.
Antara jenis hutang yang gagal dilunaskan si bankrap adalah sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman perumahan dan kad kredit.
Dalam pada itu, dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini, jumlah hutang individu bankrap yang sudah dilunaskan kepada pemiutang atau dividen adalah sebanyak RM281.99 juta.
Bagaimanapun Abdul Karim berkata, jumlah dividen itu amat kecil berbanding dengan jumlah hutang keseluruhan iaitu hanya kira-kira 0.39 peratus.
Jelasnya, keadaan itu disebabkan oleh beberapa faktor berikutan terdapat tiga jenis individu bankrap iaitu peminjam utama, penjamin sosial dan penjamin korporat.
“Bukan semua individu bankrap itu mempunyai pekerjaan atau aset yang membolehkan mereka untuk melunaskan hutang.
“Jika mereka tidak mempunyai sumber kewangan, bagaimana hendak membayar hutang? Ini menyukarkan agihan dividen kepada pemiutang malah melambatkan proses untuk mengeluarkan mereka daripada kebankrapan,” ujarnya.
Beliau menambah, ada di antara individu bankrap hidup atas ihsan anak-anak mereka dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Daripada 81,908 individu bankrap itu, Abdul Karim berkata, 4.66 peratus merupakan penjamin sosial manakala penjamin korporat 5.32 peratus.
“Jumlah dividen yang diagihkan kepada pemiutang pada tahun lalu sebanyak RM85.6 juta dan RM48.62 juta bagi Januari sehingga Jun tahun ini,” katanya.
Mengenai pelepasan kebankrapan dari tahun 2005 sehingga Jun 2010, seramai 11,223 individu bankrap diberikan pelepasan atas perintah mahkamah dan 9,523 individu dengan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.
Berita mstar Ogos 2010.
Baca selanjutnya di:










27 September 2010
Masa 1:00 am
aku salah sorang nyer… tp sekrg aku dah mula potong satu demi satu… hahaha.. padan muka bank tu tak dapat amik interest dari aku lagik… hehehe
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 11:33 am
potong jgn tak potong..
[Reply]
mat kalut Reply:
February 9th, 2011 at 11:49 am
mcm iklan la internet lak plak…hahaha
[Reply]
27 September 2010
Masa 3:51 am
betul apa yang wanmus kata tu. kalau pakai kad kredit ni bukan reti nak tengok berapa jumlah harga barang. saya sedang memerangi hutang ni sbb tak nak galakkan riba.
[Reply]
Affan Reply:
September 27th, 2010 at 5:09 am
betul. lagi satu, kalau guna kad kredit, lmbt bayar kena interest. dah kira riba’ dah tu
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 11:33 am
jauhkan lah dari riba dan kad kredit utk kesejahteraan di masa depan..
[Reply]
27 September 2010
Masa 4:10 am
aku dh byk kali kene sound ngan akak aku pasal kad kredit.. “jgn ngade2 nk pkai”, die ckp..
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 11:34 am
betul tu..kalau tanya org tua, gerenti dia haramkan guna kad kredit..
[Reply]
27 September 2010
Masa 5:05 am
Salam. Haha. Setuju bro.
Even aku ada kad kredit, aku jarang guna. Rasanya kat shopping mall macam tak pernah guna. Guna untuk beli on9 dgn tiket flight je setakat ni.
Hehe
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 11:34 am
kalau mcm tu ok je..tapi skrg deit kad pun dh boleh beli online
[Reply]
27 September 2010
Masa 7:08 am
Kak Jie malu nak bayar guna kad kredit sebab tu dalam sejarah ada kad kredit lebih dari 10 tahun – hanya pernah bayar guna kad kredit 2-3 kali. Yang pasti tak sampai 5 kali.
Kegunaan utama hanya untuk isi petrol. Kuasa diri mengawal ‘keinginan’ perlu ada bila mempunyai kad kredit…bukan sikit dugaan nafsu tu…hehe
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 11:36 am
kalau mcm kak jie tu boleh tahan takpelah..guna pun time emergency je..ni masalah bila takde duit, guna kad kredit..hohoho
[Reply]
27 September 2010
Masa 8:15 am
aku dulu ada satu gold card dan 4 kad yang biasa, dengan limit yang bank bagi tinggi memang aku susah nak control
memang betul apa yang ko cakap, bila pakai credit card ni tau nak seret je tak kisah pun berapa harga barang, dan kehendak selalu menguasai keperluan
jadi aku potong semua kredit kad dan sekarang ni perbelanjaan aku menggunakan sepenuhnya wang tunai dan kadang2 je guna debit kad
good bye kredit kad
p/s: kredit kad ni bagus kalau pandai kawal dan boleh digunakan waktu kecemasan, tapi tak bagus untuk aku sebab aku tak boleh nak kawal perasaan kalau ada kredit kad ni
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 11:36 am
wahh bahaya tu..
[Reply]
27 September 2010
Masa 9:23 am
Guna debit kad je, berbelanja mengikut duit yg kita ada, x de la berlebih2 belanja. Nak beli brg mahal2, simpan duit dulu. Dh cukup, baru beli.
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 11:36 am
yup..buat apa nak lebih2, guna je apa yg ada..
[Reply]
27 September 2010
Masa 9:32 am
aku penah apply..tp bile dpt je aku tanak pakai.pastu teros terminate tp dkenakn charge 50.00 as fee untuk thun tu.ngek!
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 11:37 am
oklah rm50 je..tu upah ejen dia je tu..
[Reply]
27 September 2010
Masa 3:07 pm
erk.. aku guna jer kad.. haha, 1st skali sebab takyah letih2 bawak cash.. pastue kalo nak beli benda RM1000+ takkan nak bawak cash kan?
actually, kalo pandai guna, takkan kene interest charge pun.. 1st kalo bayar terus hutang dlm bulan tue xkene interest, and then kalo setahun >RM1000 belanja pakai kad tue, tak kena membership fee plak.. so cam tak kena apa2.. haha!
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 3:12 pm
kalau guna kad kredit sebab malas banyak cash dan ada duit cukup, takpe..masalah bile nak beli barang duit tak cukup, pastu gunalah kad kredit..tu masalah tu
[Reply]
27 September 2010
Masa 4:10 pm
aku setuju…
[Reply]
27 September 2010
Masa 4:23 pm
dulu pakai la, pastu skrg dah x pakai dah .. sebab nya x ret nak tahan nafsu .. pejam mata bayar semua utang then tutup acc .. inilah jln terbaek .. hihi
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 5:59 pm
itu sebaiknya..kalau boleh, tutuplah awal2
[Reply]
27 September 2010
Masa 4:28 pm
sebaik belum layak nak mohon kad kredit lagi, kalau tak mesti saya pun akan ada problem yang hampir-hampir sama
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 6:02 pm
bahaya tu..baik jauh2lah diri dari kad kredit ni
[Reply]
27 September 2010
Masa 6:05 pm
i belum ada kad kredit lagi. adanya kad debit saja. tapi i tengok harga sebelum ambil barang tu.
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 6:26 pm
jgnlah amik kad kredit
[Reply]
27 September 2010
Masa 6:07 pm
arghh.. kredit kad.. masa aku g interview dulu pun orang tu duk sembang pasal kredit kad ni. dia kata dia nyesal tak sudah ambik kredit kad ni… kredit kad adalah kad maut kalau tak reti nak control..
[Reply]
wanmus Reply:
September 27th, 2010 at 6:27 pm
memang kad menempah maut kalau tak reti nak kawal..hoho..bahaya
[Reply]
27 September 2010
Masa 9:43 pm
baru ini aeon credit tawarkan perkhidmatan dan sememangnya saya banyak beli guna aeon tapi dengan kredit kad saya ragu-ragu.Terutama kalau ada int…Kalau untuk dia ambil kira oke jangan bunga.Misannya dia beli dengan supply dan jual dengan kita dengan harga sekali ganda kira halal kalau kita setuju.Tapi soal kredit kad ni aku keliru.Minta tunjuk ajar bagaimana dia bekerja
[Reply]
wanmus Reply:
September 28th, 2010 at 12:54 pm
kredit kad ni macam dia bagi kita hutang..nanti bayar bulan2..interest ikut balance setiap bulan..so sebaiknya, jangan pakai..
[Reply]
28 September 2010
Masa 12:16 am
ada satu je..tapi memang tak pakai sebarangan..
kita yang kawal penggunaannya, bukan ia yang kawal kita
apa²pun beringat sebelum kena kan?
[Reply]
28 September 2010
Masa 12:45 am
Kalau kita tahu KEPERLUAN vs KEHENDAK…. mungkin baru timbul samada rasional atau tak kita apply kad kredit nie
[Reply]
28 September 2010
Masa 12:50 am
Kalau takut takleh kontrol ….. bertukarlah kepada DEBIT KAD yea…. ;-p
[Reply]
28 September 2010
Masa 11:57 am
bagaimana pulak nak berhentikan arahan pembayaran oleh pihak Bank? Kata kena potong kad kredit tu dan poskan kpd Bank balik, betul ke?
[Reply]
wanmus Reply:
September 28th, 2010 at 12:53 pm
sebaiknya, gi terus kad bank dan patahkan depan meja kerani..tunjukkan bersungguhnya kita nak potong..
[Reply]
28 September 2010
Masa 11:14 pm
Hohoho, saya dah lama banned penggunaan kad kredit dalam kamus hidup saya. Saya ni memang jenis boros sikit.Pengalaman telah mendewasakan..oh!
Bagi yang nak guna tu, berhati-hati menggunakannya. Perlu sentiasa ‘aware’ dan berdisiplin.
Sekarang ni pakai kad debit jer. Dah tak pening kepala lagi
[Reply]
wanmus Reply:
September 29th, 2010 at 10:13 am
hoho.ramai sebenarnya pening dan takut bila sebut kad kredit ni..
[Reply]
07 October 2010
Masa 9:59 am
Check this out, a FREE Debit Card which gives you more rewards!
If you have always wanted to get a Debit Card, there has never been a better time than now. Public Bank Debit Card Rewards campaign offers lucrative Cash Rewards worth RM25,000 and 3% Cash Back.
That’s not all! Public Bank Debit Cards are Free for Life!
Visit @ http://malaysia.youthsays.com/index/publicbankdebit
Now you have more reasons to get yourself a debit card!
[Reply]
02 February 2011
Masa 4:34 pm
kad kredit ni mmglah membawa keburukan kalo kita guna secara xberhemah..tp kalo kita pandai guna, insyaAllah lagi jimat dan ok..kena pandai manage ar…
[Reply]
05 February 2011
Masa 6:30 pm
kalo raser tak leh kontrol kalo pakai kkredit silalah potong sahaja kad tuh .pakai cash sahaja .
[Reply]
07 February 2011
Masa 12:03 pm
janganlah pakai kad kredit..banyak kelemahannya berbanding kelebihan sebab kita akan menambahkan jumlah defisit kewangan kita…
[Reply]
07 February 2011
Masa 1:23 pm
dah lama saya tidak tutup kad kredit saya. cuma wife saya sahaja yg masih gunakan, itupun cuma satu kad sahaja
[Reply]
mat kalut Reply:
February 9th, 2011 at 11:55 am
sy pkai kad ic je
[Reply]
06 March 2011
Masa 6:38 pm
bagi saya ianya ada kebaikan dan keburukanya, begantung pada individu itu sendiri. tapi mana yang rasa dirinya tidak boleh mengawal nafsu baik jangan guna. dan yang rasa boleh displinkan diri ianya ada kebaikan tak perlu bawa yang cash banyak. saya pakai pun atas pengalaman saya pernah dirompak abis wang cash saya ilang. tapi bila saya pakai skrg sy tak perlu bawa wang banyak kluar kemana2. kalau kad ilang bila2 masa sy boleh tel bank untuk sekat kat tserbut. bgantung lah pada individu itu sendiri.
[Reply]
11 April 2011
Masa 6:48 am
saya guna untuk pegi pasor ngan isi minyak,harap2 tak lupe dirile,sbab baru je gune ni,he,he
[Reply]
wanmus Reply:
April 12th, 2011 at 11:03 am
hoho..kena beringat sangatlah..sebab kekadang membeli dengan kad kredit ni susah nak bajet..berapa nilai kene bayor, kita swipe aje..
[Reply]
17 May 2011
Masa 11:24 am
kali pertama saya pakai kad kredit, memang seronok, tapi selalu x cukup duit kerana berbelanja melebihi pndptn. kemudian saya potong kad kredit tu. 2 tahun kemudian, saya apply balik. alhamdulullah… sampai sekarang saya bayar ontime, langsung tak kena interest sebab saya bayar ikut jumlah yang saya guna.
[Reply]
17 June 2011
Masa 10:03 am
kredit kad pandai guna bagus..cam guna cc untuk beli produk..then jual..ada untung dan boleh baar balik cc..
cuma yang jadi masalah guna cc untuk beli barnag pebggunaan sendiri..
just my 2cnt
[Reply]
02 July 2011
Masa 10:54 am
bende ni ikut diri sendiri..ade kelebihan & kekurangan. tapi kalau boleh x pyh la sampai rekemen org lain ‘jangan pakai’.
[Reply]
27 July 2011
Masa 12:11 pm
Kredit kad ni bagus wat masa skarang sebab boleh beli barang 0% interest. Boleh beli barang dan bayar bulan2. So x la membebankan sgt sebab x ada interest. Kalau harga barang RM1200 boleh bayar sebulan RM100 selama 12 bulan.
Lagi satu kalau betul2 sesak x ada duit, boleh la pakai kad kredit utk beli2 makanan kat hypermarket. Tak payah nk pinjam duit kawan2.
Tapi mmg kene kawal perbelanjaan la. Jgn pakai sampai limit. Kang x mampu nk bayar pulak. Kesimpulannya pada saya kad kredit mmg satu keperluan la buat masa skarang ni.
[Reply]
wanmus Reply:
July 27th, 2011 at 4:16 pm
tu masalahnya..sebab tak mampu nak beli, kita tetap nak beli..tapi kalau terpaksa beli bolehlah kot..
[Reply]
08 February 2013
Masa 12:19 pm
kena kawal diri..bila swap lepas tu sebelum due date tu bayar cepat tak kena interest.
[Reply]