Teknik Susahkan Diri Dengan Microsoft Excel

Penulis: wanmus Kategori: Excel | Matematik | Microsoft Tarikh: 17 November 2009 | 14 komen

mathematic-lemah

Hahaha..dah suruh cari sangat x kat mana, kat situlah..hehe..sedih jugak kalau kita jadi cikgu dan dapat anak murid macam ni kan? ntah apa lah yang masuk dalam kepala dia ni..lain kita ajar lain dia nampak. tapi gitulah, tak semua orang ni pandai. Ada yang pandai menulis ayat jiwang tapi bab meluahkannya failed..Ada yang pandai bercakap tapi bila menulis, lintang pukang..

Tu tak kira lagi yang lemah dalam subjek pelajaran..Matematik ke, sejarah ke, geografi ke..hmmm.. ikutlah tapi yang penting, arini nak cerita bagaimana anda boleh menyusahkan diri dengan excel..ini terjadi kepada diri saya bila kali pertama berubah dari Microsoft Excel 2003 ke Excel 2007 [memang tak kena mengena dengan cerita kat atas :) ]:

  1. Pening mencari butang open sebab biasa excel 2003 klik pada file keluar open..tapi dengan excel 2007 anda kena klik butang besar logo windows rupanya..pening dulu baru tahu..huhu (baru point pertama dah pening)
  2. Nak tukar dari huruf kecik ke huruf besar dalam excel..sampai sekarang tak jumpa lagi caranya (lagi pening)
  3. Anda perlu pilih samada nak save file dalam format excel 2003 atau excel 2007 sebab  excel 2003 tak boleh baca file format excel 2007 tapi excel 2007 boleh baca file format excel 2003..tersalah save aritu, pastu time nak present tak leh buka..aduss merana..
  4. Tak tahu nak gunakan tab dalam excel 2007. Excel 2003 takde tab, so tu yang pening nak cari function excel ni..
  5. Nak mencari jenis-jenis graf dan carta yang disediakan dalam excel 2007..rupanya ada kat Insert. dan jangan lupa, ada beberapa carta atau graf yang tak sesuai untuk excel 2003.
  6. Cara nak buat kira-kira guna SUM, AVERAGE dan lain-lain..sebab semua dalam tab formula tu.
  7. Yang paling pening ialah cara nak masuk, edit dan tambah data pada graf..sebab lain sangat dari excel 2007

Banyak lagi sebenarnya masalah yang saya biasa lalui time nak guna excel 2007..rasanya ramai jugak yang bermasalah kan? hmm..jadi kebetulan ada seorang customer jomhosting saya bagi saya ebook teknik mahir excel.. apa lagi, saya baca..baca..baca…dan praktikal…nahhh akhirnya jadi seperti yang di ajar..rupanya mudah siyot guna excel ni (kalau tahulah..hehe)

senarai bab mahir excel

ok..so kat atas ni isi kandungan ebook tersebut. yang bestnya, ianya sesuai untuk pengguna newbie excel (macam saya) dan juga intermediate.  kalau pakar tu rasanya dah tak perlu ebook panduan lagi kot..hehe.. Kenapa sesuai untuk semua orang? sebab tengoklah isi kanduangn ebook ni, ianya bermula dengan basic dan pengenalan , kemudian masuk ke bahagian edit, dan last bahagian bina sendiri..haaa

Yang paling best, ianya Ebook Excel STEP BY STEP Pertama Dalam BM

Yup..saya suka ebook yang ajar step by step..mudah sikit nak ikut dari bercakap ajer..Lagilah benda teknikal macam ni, kan lagi senang ada ebook ajar step by step dan siap ada gambarajah lagi..memang senang nak belajar excel lepas ni. Oklah, kalau nak belajar excel 2007 secara mudah, cepat, pantas dan efisyen, download sekarang ebook ni di Rahsia Mahir Excel: Panduan Mudah Menguasai Microsoft Excel



  1. rahmanbasri

    Assalamualaikum bro,

    Review ilmiah yang sangat menarik… Terima kasih atas sokongan tersebut…

  2. wanmus

    wsalam. produk menarik dan berkualiti mcam ni rugi kalau tak promosi dan share ngan orang lain :)

  3. rahmanbasri

    Betul..betul..

    tadi baru dapat emel pertanyaan dari subcriber under link bro.. Dia memang berminat nak beli.. Sebarang perkembangan nanti saya maklumkan kepada bro..

    Saya tidak akan kacau cookies yang telah tertanam kat komputer dorg tu :-)

  4. Syed Akmal

    salam. produk baik nie bro, tq byk2 sebab sudi kongsi ilmu bro ttg excel. mmg tak ramai yang mahir guna excel, basic2 ok la. the more we share, the more we know. btw congrats bro!

    syed akmal
    wwwsyedakmalcom

  5. wanmus

    baguslah tu..maknanya memang ramai nak produk sebegini tapi tak dihebohkan je lagi

  6. wanmus

    wsalam..iya, selagi ada ilmu tu, kita sharelah..but everything has its own price.

  7. rahmanbasri

    Alhamdulillah, subcriber tersebut telah membeli Ebook ini melalui link bro semalam…

  8. wanmus

    oo ye ke..tak perasan pulak..hehe..baguslah tu sebab ebook ni memang berguna utk sesiapa sahaja

  9. adrenal

    waahh bagus tu bro.sy ni pon dh lama dh terkial2 ngn excel ni..hehehe..

    p/s : sy lagi pandai guna photoshop daripada excel..haisshhh..

  10. wanmus

    tau xpe..bajet tau mula2, dah guna tu baru tahu yang memang banyak lagi tak tahu..hehe

  11. [...] Bro Wanmus [...]

  12. jutawansenyap

    hu hu banyak rupanya function excell bagus bagus

  13. Ronaldmohoni

    Panduan yang patut dimiliki. Kalau tak faham tentang excel, kena beli panduan nih.

  14. siti zubaidah binti zainudin

    assalammualaikum..
    saya berminat nak dapatkan panduan ini..macam mana ya..nak mahirkan diri dengan excel..paling berminat nak tau macam mana nak buat huruf kecil jadi besar dalam excel tanpa perlu taip balik..huhuhu