Swisscash Bayar Balik RM 31 Juta Kepada Peserta
Wahh..selepas beberapa tahun dahulu cerita pelaburan haram internet ni panas, akhirnya terjawab juga hari ini iaitu apabila Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan kes pelaburan haram Swisscash dengan mengarahkan bayaran balik kepada semua peserta..Jumlahnya ialah Rm 31 juta..perghh banyak tu duit diorang dapat selama menjalankan pelaburan menipu swisscash ni. Tapi ini hanyalah 10.8% dari jumlah sepatutnya di bayar!
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.
Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.
“Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka,” katanya.
Dipetik dari Berita Harian 13/11/09
Swisscash scam? swisscash spam? Ianya pelaburan yang haram sebab tak berdaftar. Anda terlibat ke benda ni dulu? member saya dulu ada join tapi tak pasti berapa ribu..Tapi kenapa RM 31 juta je? Bukan sepatutnya RM286.3 juta ke? Cuba cek balik post saya yang lepas paada 29/9/08 Swiss cash payback RM 286,300,000.00 to investors.. So ada lagi RM 255.3 juta yang burn macam tu saja ke? Kalau korang nak tahu, Rm 31 juta dari Rm 286.3 juta ialah hanya 10.8% sahaja!
So maksudnya kerajaan hanya luluskan 10.8% je bayaran balik..oklah dari duit korang lesap terus kan?
Syarat-syarat:
- Bayaran tidak akan dilakukan kepada semua peserta.
- Hanya peserta bawahan dapat bayaran balik.
- Rekruiter atau upline tak dapat redeem
- Perlukan surat atau apa2 bukti yang anda dah bayar ke swisscash..
- Redeem melalui syarikat lantikan sahaja
Syarat ini ada dimaklumkan dalam Berita Utama TV3 tadi dan saya rasa ramai yang mula mencari info bermula malam ni sebab nak tahu berita terkini tentang swisscash ni.
Baca selanjutnya di:













13 November 2009
Masa 5:00 pm
hi.. nak tanya la.. macam mana prosedur nak redeem balik? TQ for your info….
[Reply]
wanmus Reply:
November 13th, 2009 at 5:05 pm
rasanya belum boleh..sebab kat situ tulis yang SC akan lantik syarikat pengurus untuk bayaran balik..so tak lantik lagi..nanti mungkin akan dikeluarkan kenyataan cara macamana nak dapatkan bayaran balik kot..insyallah kalau ada dikeluarkan cara nak redeem balik, saya akan post di blog ni
[Reply]
dah terkena aku Reply:
January 5th, 2010 at 4:33 pm
wokey…nim dah masuk tahun 2010 dah..tolong selesaikan duit2 swisscash nim tq for all
[Reply]
saudagarM Reply:
January 28th, 2010 at 10:19 pm
baca artikel kat blog secepat yang boleh jika anda benar2 nak keluarkan duit swisscash. Tarikh tutup permohonan pada 10 Februari 2010
[Reply]
WAN sYSteM.. Reply:
April 12th, 2010 at 9:43 am
SLM…
Bg mereka2 yg telah melabur dgn swisscash tu..last claim aritu bln Feb 2010…itupun pun yg claim terlalu ramai beb…dan sampai skrg masih blm terima lagi claim yg di buat…kalo setakat nnk tuntut bg no ID@nama introducer..mmg diorg tak layan…diorg nk yg hitam putih..itupun kena tgk betoi2 br leh dapat blk duit tu…fuh.!!!..mmg sakit kpala n hati beb.,nak lak org mcm aku ni nk claim dh tutup..coz ramai sgt.lg menyirap bai……so byk2 kan doa kengkawan..minta kerajaan byr secepat yg mungkin..AMIn…
[Reply]
13 November 2009
Masa 7:27 pm
harap kerajaan bagi secepat mungkin cara dapat duit tue balik
[Reply]
wanmus Reply:
November 13th, 2009 at 9:07 pm
lambat lagi bos. tahun depan baru nak assign syarikat lantikan..pastu tak tahulah bila start boleh redeem tu..
[Reply]
13 November 2009
Masa 11:12 pm
hmmm mesti lamabat kan prosedur ni…kawan saya ada masuk swisscah ni,..tapi dia tak ada hitam putih dokumen yang mengesahkannya..susah juga kan
[Reply]
rohaizad Reply:
November 13th, 2009 at 11:14 pm
Kalau takde hitam putih (legal documentation), alamat halalkan je lah duit yang telah di laburkan. Dalam court, semua mesti ada bukti.
[Reply]
wanmus Reply:
November 13th, 2009 at 11:23 pm
huhu..tau xpe..tapi cubalah cek penyata bank ke..hope adalah bukti kat situ
[Reply]
14 November 2009
Masa 12:53 am
saya ada gak melabur..tapi dlm syarat2 nak claim balik kat sc kena ada proof seperti sijil yg telah swisscash bagi dulu,saya dah tak tahu mana letak sijil tu…satu lagi upline2 yg terlibat dlm mempromosikan swisscash dulu tak layak untuk claim balik wang mereka…
[Reply]
wanmus Reply:
November 14th, 2009 at 12:57 am
yup..betul tu bro..upline tak boleh redeem
[Reply]
dah terkena aku Reply:
January 5th, 2010 at 4:35 pm
saya ader simpan lagi yg fotostat..boleh ke…
[Reply]
14 November 2009
Masa 7:39 pm
bagaimana kalau pelabur tu dri Brunei dia ada certificate pelaburan SC pada tahun 2007 dulu.Boleh kah redeem ? kalau boleh tapi dimana?
[Reply]
wanmus Reply:
November 14th, 2009 at 10:55 pm
hoho..tak pastilah pulak..kite tunggu je SC keluarkan notis macamana
[Reply]
Dominic Linus Reply:
November 15th, 2009 at 7:08 pm
Senang je kan yang tutup website tu kerajaan kita melalui kementerian komunikasi (mimoskah tu ) buka dan print semua yang telah melabur dalam swisscash.takan lah da hilang data base tukan. sedangkan data yang berkurun lama masih ada ini kan pula swisscash yang secure tu.Sekarang baru kita nampak SC ni betul punya kan. kalau tdk kenapa malaysia guna injunksi mareva ( undang-undang tu geng).kena tidak pada em-pay yang pak lah rasmikan di genting highland di saman. itu tipu tu geng. Euro, by-barrel dll.maksudnya sc yang betul.
[Reply]
ahli swisscash trg Reply:
December 20th, 2009 at 5:54 pm
yer betul..jadi pihak pewajib patut menyelesaikan wokeyy..kalau nak 0.5% kos menolong saya bagiii
[Reply]
15 November 2009
Masa 3:48 pm
Kalau betul nak bagi balik, cubalah permudahkan sikit, kan setiap pelabur melabur dengan nama dan menggunakan No IC yang sah, jadi takkan nama nama pelabur tidak boleh dibuktikan melalui pengkalan data dahulu?
[Reply]
wanmus Reply:
November 15th, 2009 at 4:03 pm
hmm tu tak pastilah diorang ada ke x database yang lepas. kalau tak de, memang susah nak claim balik
[Reply]
Dominic Linus Reply:
November 18th, 2009 at 12:08 am
betul tu.buka pangkalan yg kerajaan kita tutup tu.print out semua pelabur kita.baru telus kerajann menolong kita orang.ini minta pelabur tampil dengan sijil yg da berkurun dibuang.sbb kita sangka da tutup da swisscash ini.
[Reply]
wanmus Reply:
November 18th, 2009 at 1:34 pm
tu kene check balik ngan syarikat yang dilantik nanti.
[Reply]
15 November 2009
Masa 3:58 pm
Selamat sejahtera En Wanmus…..saya adalah salah seorang yang invest 10 k usd,soalan saya.Pada masa itu saya mendaftar guna IC saya dan faks kan nya,dan saya dapat sijil simpanan di swisscash….tapi masalhnya sijil itu tiada dengan saya.Adakah saya layak mendapat pembayaraan saya? Bolehkah semasa membuat pembayaran tunjukkan ic saya….inilah bukti yang saya ada En wanmus…..
TERIMA KASIH…….
[Reply]
wanmus Reply:
November 15th, 2009 at 4:06 pm
Hi logesvaran. maaflah, saya just post dari berita akhbar dan saya tak terlibat pun dalam proses pembayaran balik ni. Cuma yang saya tahu, SC nanti akan lantik syarikat untuk uruskan pembayaran balik dan dengan syarat yang saya nyatakan di post di atas. Saya akan cuba kongsikan jika saya adaapa2 maklumat terbaru nanti.
Thanks kerana sudi melawat ke sini
[Reply]
15 November 2009
Masa 7:14 pm
satu-satunya elaburan internet abab ke-21 Swisscash yang pernah dibawa ke mahkamah dengan menggunakan inter mareva.saya fikir diorang kalah sbb dokumen ja ba tu kan.
[Reply]
wanmus Reply:
November 15th, 2009 at 9:11 pm
tu x pastilah pulak..harap kerajaan do a good thing
[Reply]
16 November 2009
Masa 4:33 pm
ok…10q MR WANMUS….Harap harap dapat berita yang baik dan mempermudahkan investor lain yang invest tapi tidak mempunyai sijil………
Sekian Terima Kasih…..
[Reply]
wanmus Reply:
November 16th, 2009 at 5:33 pm
ok beres, nanti kalau ada info, saya akan maklumkan
[Reply]
16 November 2009
Masa 8:44 pm
tolongg. bro…..my prob now…..sya punya upline dah tak tau p manee sijil pun sya xde, pin no ada tpi dah lupe…..sya rasa dia dah lari jauh2 mugkin rmai org cari dia pasai sc ni la mcamana….dulu dia buka kedai stationary kat sri kembangan….kaalu di terbaca ni hubungi lah saya d talian 013,9175328…tq bro….
[Reply]
wanmus Reply:
November 17th, 2009 at 10:21 am
so kalau upline bro ni terbaca, tolonglah dia ni..
[Reply]
17 November 2009
Masa 10:02 am
Duit yang dibayar tu , dari BNM yang dibekukan atau duit menang kes makahmah ?
[Reply]
wanmus Reply:
November 17th, 2009 at 10:22 am
tu x pasti. x dinyatakan pulak dari mana duit tu
[Reply]
17 November 2009
Masa 11:01 am
hmm….spt ada yang tak kena bila pihak suruhanjaya sekuriti meletakkan syarat-syarat yang nampak menyusahkan pada para pelaburan untuk mendapatkan balik duit sendiri….(harap kerajaan dapat melonggarkan syarat supaya pelabur tidak terinaya lagi)
[Reply]
wanmus Reply:
November 17th, 2009 at 11:23 am
tu tak pastilah..tapi salah rakyat jugak yang melabur kat tempt2 macam ni..kan senang melabur je kat bank atau amanah saham..selamat dan dijamin
[Reply]
17 November 2009
Masa 11:58 am
saya juga join swisscash ni, tp masalahnya sijil yg diberikan telah hilang. cuma yg ada pada saya statement pengesahan join swisscash yg dikirimkan melalui email. adakah statement itu diguna pakai semasa kita ingin membuat tuntutan?
[Reply]
wanmus Reply:
November 17th, 2009 at 7:04 pm
seperti saya nyatakan di atas. keputusan belum di buat tentang cara dan siapa yang akan uruskan. nanti dah tahu bolehlah bertanyakan direct kepada syarikat tersebut
[Reply]
18 November 2009
Masa 12:51 pm
bunyi macam kerajaan nak bagi sedap je kat pelabur. klu btl ikhlas, mudah bagi diorg kesan pelabur. Bukankah pelabur daftar onlie. kita mana ada simpan bukti. yang ada senarai masuk dalam bank. tu je…. kalau btul biarlah kerajaan ikhlas… tu duit rakyat bukan duit dia…
[Reply]
wanmus Reply:
November 18th, 2009 at 1:36 pm
bukan anita, kita kena faham yang kerajaan perlukan bukti untuk elakkan orang menyamar..saya yang tak join pun boleh mengaku join kalau tak ada syarat cam tu..cuma kita tggu dan lihat nanti macamana
[Reply]
18 November 2009
Masa 7:51 pm
Mungkin Sy. yang dilantik nanti boleh menggunakan ID pelabur yang dibekalkan semasa daftar dlm SC dahulu utk mengenalpasti jmlh yg kita labur, itupun klu database masih disimpan. Harap dpt membantu Sy. yg dilantik nanti.
[Reply]
wanmus Reply:
November 18th, 2009 at 8:20 pm
hmmm..susah jugak, sebab nanti ramai yang akan mengaku. pastu kalau takde id, nanti diorang katalah yang SC ni tipu buang database ke..huhuhu..susah sebenanya diorang nak dapatkan satu cara yang bernas untuk setelkan masalah pelabur yang tertipu yang takde atau hilang slip ni
[Reply]
aku Reply:
December 28th, 2009 at 10:19 pm
database tak ada ngan kerajaan. amir hassan n cina 2 ekor tu bukan pencipta laman web swisscash.
[Reply]
18 November 2009
Masa 10:20 pm
Kepada para investor kita semua berdoa kpd tuhan dan minta jasa baik pihak kerajaan supaya mempermudahkan pembayaran kepada investor yang tiada sijil seperti saya dan kamu sekalian,,,,,,harap bersabar dan tunggu jawapan dari pihak kerajaan…..betulke En Wanmus……
[Reply]
21 November 2009
Masa 11:14 am
Dulu memang menjadi sebutan swisscash nie…bagus laa bila di bayar balik..kesian para peserta2 tu..
[Reply]
Dominic Linus Reply:
December 19th, 2009 at 10:07 pm
saya setuju.mesti kerajaan telus dalam hal ini.sya terfikir klu katakanlah 80% pelabur 20% lagi milik orang yg takde sijil so wang lebih sape ambe geng.?
[Reply]
30 November 2009
Masa 10:05 am
dari sumber yang boleh dipercayai, SC hanya akan membayar start bulan 7 tahun depan.. hoho..
itu pun kalau bayar.. berita2 yang keluar dari media yang pro kerajaan ni aku dah tak berapa percaya..
nak sedapkan hati rakyat..padahal duit tu dah ada.. dia rolling dulu duit tu..
p/s: cucu sedara cikgu mail-ahli tegar swisscash dulu.
[Reply]
09 December 2009
Masa 12:27 am
aku hanya ada print screen je kat laptop…tu pun teringat nak buat masa join dulu. lain-lain dokumen ntah kemana hilang. harap kali ni adalah rezeki…kalau tak tak tahulah PRU13 nanti
[Reply]
wanmus Reply:
December 9th, 2009 at 1:33 am
tu tak tahu lagi macamana caranya untuk yang dah hilang bukti pembelian..mungkin akan ada caranya
[Reply]
12 December 2009
Masa 6:20 pm
dari sumber yang boleh di percayai, biloa kah duit ini akan di bayar? dan apa betulkah hanya downline saja yang akan di bayar? dan bagaimana kah nak daftar nama dalam senarai yang akan di bayar nanti? dan kepada siapa kah harus saya kemukakan bukti2 ini? di manakah pejabat kerajaan yang bertanggungjawab dalam proises pembayaran ini? kalau di Kuala Lumpur di mana dan kalau di Sabah dan Sarawak di mana tempatnya? info saudara amat di perlukan.terima kasih.
[Reply]
wanmus Reply:
December 13th, 2009 at 2:07 am
sila semak perbincangan dan post saya di atas
terima kasih
[Reply]
15 December 2009
Masa 10:06 pm
saya rasa kerajaan memang segaja bagi syarat yang menyusahkan pelabur.setahu setahu saya kesemua pelabur,memang melabur dari upline mana ada nak beli usd pakai tt.dan sesiapa yang melabur selepas amaran,kalau tak silap tahun july 2006 tak layak buat redeem.secara logik kan sesiapa yang melabur sebelum july 2006 memang dah balik modal dah.kerajaan cuma nak bayar modal je bukan keuntungan sekali.kerajaan cuma melepas batuk ditangga saja,kenapa cuma pelabur swisscash saja nak di byar saja,banyak lagi website di blok kerajaan.saya rasa kerajaan nak ambil duit tuk je sebenar nya,bukan nak tolong pelabur yang kantui…………………..
[Reply]
wanmus Reply:
December 16th, 2009 at 12:27 am
saudara, kerajaan nak tolong tu pun mujur dari duit tu hangus begitu saja. syarat dibuat untuk elakkan dari sesiapa sahaja pergi redeem. biarlah, kalau nak redeem mesti ada bukti, so bahagian bukti tu harap kerajaan dapat longgarkan syarat yang berkaitan kot..ntahlah, saya pun x tahu sebab saya bukan dalam bidang ni..ni pun sebab saudara jugak yang salah pergi percaya sangat ke program penipu macam tu. Jelas lagi bersuluh program macam tu pelaburan atas angin. Kalau wat melabur kat ASB, konfirm dah berapa pulangan saudara akan dapat.
[Reply]
16 December 2009
Masa 1:37 pm
salam..ibu sy ade masuk SC ni.so mcmane nk claim duit ibu sy yg dh dilaburkan..
[Reply]
wanmus Reply:
December 16th, 2009 at 1:57 pm
tunggu kenyataan dari kerajaan tahun depan
[Reply]
20 December 2009
Masa 2:54 pm
apa boleh buat
kita tunggu dan lihat jer la…..
[Reply]
wanmus Reply:
December 21st, 2009 at 12:17 pm
yup..itu je yang termampu kita buat
[Reply]
02 January 2010
Masa 5:50 am
skrg dah masuk taun 2010.. apa crita terbaru
[Reply]
wanmus Reply:
January 2nd, 2010 at 8:17 am
kita tunggu je lah perkembangan dari kerajaan
[Reply]
09 January 2010
Masa 7:38 pm
saya ada pelabur swisscash… malah saya sudah buang kertas sijil swisscash kerana saya sedih tak dapat balik duit.. tapi saya ada simpan id swisscash… mungkin ada caranya … harap selesai dengan selamat
[Reply]
wanmus Reply:
January 9th, 2010 at 11:22 pm
semuanya kita perlu tunggu apa2 makluman dari kerajaan nanti..
[Reply]
15 January 2010
Masa 3:08 pm
hi all forumers.. camne ek nak dapatkan balik wang pelaburan dari swisscash ni… i x tahu la caranya… can u all help me????
[Reply]
wanmus Reply:
January 15th, 2010 at 11:49 pm
tunggu pengumuman dari kerajaan nanti. kami pun tak tahu
[Reply]
mangsa penutupan swisscash Reply:
January 17th, 2010 at 7:46 pm
semalam saya x sempat tengok pengumuman kerajaan tentang swisscash…boleh tak wanmus berikan maklumat terkini tentang swisscash tu?
[Reply]
wanmus Reply:
January 18th, 2010 at 1:03 am
ada ke? maaflah, saya pun tak tengok berita semalam
[Reply]
22 January 2010
Masa 12:08 pm
semekom bro,leh tolong saya dapatkan informasi mcm maner nak cari syarikat yang di lantik sc untuk claim lik duit yang telah saya labur,setakat nie saya blm dapat apa2 berita tentang syarikat apa yang dilantik utk claim lik duit….tolong bro saya amat memerlukan bantuan mu bro….ada no fon tak senang nak contack nanti….
[Reply]
wanmus Reply:
January 23rd, 2010 at 5:24 pm
wsalam. maaf, saya sendiri pun tak tahu..kita tunggu sajalah makluman dari kerajaan nanti ye
[Reply]
24 January 2010
Masa 11:53 pm
penantian satu penyiksaan..
[Reply]
28 January 2010
Masa 3:23 pm
Askm..
sekadar membantu:
utk pengetahuan, rata2 surat khabar semalam (BM, BI) ada meletakkan borang tuntutan balik modal Swisscash. syrt yg menguruskan hal2 tuntutan ni dah pn dilantik…. sila ke laman web ini tuk d’load borang… tapi tarikh tutup minggu depan .. so.. baik saudar/i cepat bertindak… salah satu keperluan utk penebusan… akuan drp suruhanjaya sumpah….
http://www.administrator-swisscash.com.my
SEMOGA USAHA SAUDARA/I DIPERMUDAHKAN…
[Reply]
mat Reply:
January 29th, 2010 at 7:00 am
dapat akuan dari suruhanjaya sumpah tu , pergi ke majistret ke atau mahkamah atau macam mana, ada bayaran juga kah?
TQ
[Reply]
wanmus Reply:
January 29th, 2010 at 11:39 pm
wahh thanks bro kerana update tentang ni
[Reply]
28 January 2010
Masa 3:26 pm
PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (573259-K) telah dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bertindak sebagai Pentadbir bagi penilaian tuntutan dan pengagihan wang kepada pelabur yang layak dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash (“Pentadbir” atau “Administrator”).
Notis diberi kepada semua pihak yang telah melabur dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash hendaklah menyerahkan tuntutan mereka dalam bentuk tulisan untuk sampai kepada Pentadbir pada atau sebelum 7.00 ptg pada 10hb Februari 2010. Semua tuntutan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan berkaitan dan Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan. Penyerahan tuntutan mestilah dibuat seperti berikut:
[Reply]
28 January 2010
Masa 3:31 pm
Setiap penyerahan mesti disertai perkara berikut:
1) Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan asli yang ditandatangani dan diperakui seperti dalam borang di bawah yang menyatakan jumlah yang dituntut dan kiraan terperinci (Sebagai contoh, jika anda telah melabur sebanyak USD1000 dan menerima pulangan USD300, tuntutan adalah pada jumlah USD700)
2) Penjelasan ringkas tentang bagaimana anda telah diperkenalkan kepada skim tersebut dan sejarah pelaburan anda
3) Salinan Kad Pengenalan/pasport anda atau dokumen pengenalan lain
4) Sijil Pelaburan yang menunjukkan jumlah pelaburan
5) Bukti pembayaran yang dibuat bagi setiap Sijil Pelaburan atau resit rasmi daripada penerima jumlah yang anda labur (Contoh: penyata deposit bank, penyata pembayaran kad kredit, bukti pindahan telegrafik melalui perbankan internet atau ATM)
6) Bukti pulangan pelaburan yang diterima setakat ini
7) Sebarang dokumen-dokumen tambahan anda rasa diperlukan bagi mengukuhkan tuntutan anda.
Semua tuntutan mestilah diajukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Sila maklum bahawa keupayaan pihak Pentadbir untuk memproses tuntutan anda dengan sewajarnya bergantung kepada maklumat lengkap dan tepat yang anda berikan seperti di atas.
Para penuntut yang telah menyerahkan aduan sebelum ini secara sukarela kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hanya perlu menyerahkan perkara (1) dan (2) di atas kepada Pentadbir berserta sebarang dokumen tambahan yang dinyatakan dalam perkara (3) hingga (7) di atas, yang tidak diserahkan sebelum ini.
Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mahupun Pentadbir tidak akan mengiktiraf tuntutan:
(i) yang diserahkan selepas tarikh akhir 7.00 ptg pada 10 Februari 2010; atau
(ii) yang tidak disertakan dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti tertera di atas; atau
(iii) dalam bahasa selain dari Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Untuk sebarang pertanyaan, sila layari bahagian “Hubungi Kami“ untuk maklumat lanjut.
PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (573259-K)
Pentadbir
Bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Bertarikh: 27 Januari 2010
[Reply]
Dominic Linus Reply:
January 28th, 2010 at 8:53 pm
mana borang yg pihak berkanun sediakan?
[Reply]
Shine Reply:
January 29th, 2010 at 6:39 am
Saya ada 3 akaun dengan swisscash. Nmbor akaun itu adalah gabungan dengan 4 digit mykad. Dokumen-dokumen lain saya tiada. Cukupkan dengan menyertakan nombor akaun pelaburan swisscash dan salinan kad pengenalan?
Tq.
[Reply]
wanmus Reply:
January 30th, 2010 at 12:02 am
tu mungkin kene call mereka yang bertanggungjawab
[Reply]
28 January 2010
Masa 10:51 pm
no tel hotline psl swisscash ni=03-21730467..kol kol kol…jgn xkol…bagitau kt bekas-bekas pelabur swisscash lain jgk…
[Reply]
matteropong Reply:
January 29th, 2010 at 3:07 pm
berdering-deringla telefon tu..huhuu
[Reply]
wanmus Reply:
January 29th, 2010 at 11:45 pm
wahh mantop..terima kasihlah tolong update post ni..japgi saya wat post baru yer
[Reply]
29 January 2010
Masa 3:06 pm
fuh..tapi kenapa hanya 10% sahaja??
[Reply]
30 January 2010
Masa 2:32 am
salm wanmus, sy ada sijil pelaburan swisscash tp, slip bayran pulangan tak dak, macam mana dpt sy claim back yg baki lagi tu?
[Reply]
wanmus Reply:
January 31st, 2010 at 3:19 pm
maaf saya tak tahu. saya hanya sampaikan setakat saya tahu sahaja. untuk pertanyaan, sila ke web dan nombor yg telah diberikan.
[Reply]
30 January 2010
Masa 2:56 pm
I pun labor! Tapi takda bukti banking sebab upline hanya ambil wang saja.Tapi dalam webside ada nama dan butiran akaun.malangnya cetakan sijil dan butiran bayaran dah hilang.Saya harap pihak t’jawab cari bukti bayaran dari webside. Dalam webside mesti ada nama dan no kp!Itu dah cukup untuk buat bayaran.Janji dpt wang yang labor dah cukupdah.Tolong uruskan..!
[Reply]
30 January 2010
Masa 6:12 pm
saya nak tanya apa maksudnya notis ini memberi kesan kepada hak perundangan – adakah kita akan dipanggil oleh pihak kerajaan untuk menjadi saksi kepada mana-mana perbicaraan nanti. Sekiranya kita dipanggil utk menjadi saksi, adakah semasa proses itu dijalankan tindakan membekukan harta kita akan diambil? Ini saya dengar dari orang2 uplne saya dulu. Tolong jelaskan.
[Reply]
30 January 2010
Masa 9:14 pm
salam wanmus, kenapa tidak jawab pertanyaan kami? sudah banyak komen ni, saya nak dengar komentar drp wanmus pula. tolong la. bol
[Reply]
wanmus Reply:
January 31st, 2010 at 3:25 pm
anda boleh hubungi dan bertanya kepada mereka yang lebih tahu di http://www.administrator-swisscash.com.my/contact_bm.asp
Terima kasih
[Reply]
31 January 2010
Masa 10:53 pm
TQ, ADA MEMBER TANYA BG KAKITANGAN KERAJAAN, TIDAKKAH INI SATU PERANGKAP PIHAK KERAJAAN UTK MENDAKWA MRK KRN TERLIBAT DGN PELABURAN SWSCASH?
[Reply]
01 February 2010
Masa 12:13 am
wanmus, macam mana ni upline saya tak mahu bantu saya, dia kata semua dokumen dowline dah hilang, kerajaan nak perangkap kita je, susah nak dpt duit bali dan macam-macam lagi. Saya cadangkan kpdnya supaya buat satu perjumpaan dgn semua downline dan bincangkan bagaimana jalan terbaik utk mendapatkan duit, tp dia siang-siang lagi kata tak mungkin dpt duit tu. Mcm mana, saya masih simpan sijil itu, saya juga ada salinan tarikh-tarikh saya mula melabur tetapi upline tak pernah print jumlah duit yg saya dah dpt, so sy tak ada pament slip la, masih ada jln lagi ke utk sy claim back wang tu? tolong jelaskan ye…..
[Reply]
wanmus Reply:
February 1st, 2010 at 1:08 am
maaf, tu saya tak pastilah pulak.tapi kalau dia nak tangkap orang yang join benda camni pun nk watpe..yang salah tu si penganjur, so penganjur dah kene hukuman. cubalah call mereka tanya..saya tak boleh berikan apa2 jawapan.
Terima kasih
[Reply]
03 February 2010
Masa 2:41 pm
[...] ramai pembaca ingin mengetahui maklumat lanjut cara untuk mendapatkan balik duit mereka dalam post swisscash bayar balik duit peserta sebelum ini. Jadi saya buat satu post khas untuk maklumkan kepada sahabat semua yang dah terjoin [...]
05 February 2010
Masa 11:41 pm
Salam….saya nak tanya..apakah maksud peserta bawahan? dan apakah syarat2 yang diterima utk mendapatkan kembali wang mereka balik?
[Reply]
wanmus Reply:
February 6th, 2010 at 11:00 am
wsalam..maksudnya bukan top level referer lah..orang atasan yang cari orang..nak pengesahan boleh hubungi mereka yang berkenaan
[Reply]
26 February 2010
Masa 3:13 pm
bagi mereka yg terlewat hantar borang camner.
masih ada harapan lagi ker nak dpat balik?
[Reply]
wanmus Reply:
February 28th, 2010 at 7:56 am
yang tu kene call tanya pihak pentadbiran..saya tak terlibat langsung tentang ni..terima kasih
[Reply]
19 April 2010
Masa 1:50 am
bro duit 2 kite nak klim kat mana?
klu dah lps bln 2.bleh klim lg x?
[Reply]
19 April 2010
Masa 6:11 am
Kepada sesape yg dah hantar borang “swisscash internet investment scheme statutory declaration as to proof of claim” check kat link ni letak ic contoh 000000-00-0000 good luck
http://www.administrator-swisscash.com.my/swiss/
[Reply]
mamat Reply:
April 20th, 2010 at 8:28 am
Aku dah check nama ada. Pembayaran balik melalui chek rm500 dari pelaburan sebanyak rm25,000 biarpun ada bukti transfer ke Swisscash. Ada bukti pun belum tentu dapat penuh .
[Reply]
huhu aku x bleh claim Reply:
April 20th, 2010 at 5:57 pm
macam mane dgn org yg baru melabur contoh usd1000 dapat 100% x?
[Reply]
22 April 2010
Masa 7:38 am
Sy dah baca AFIDAVIT dari secom..hanya 40% sahaja yang akan dibayar. Pelabur dibahagikan kepada category A-H, category A, B & H sahaja yang akan dapat 40%…sila rujuk website http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=879…60% siapa yg ambik
[Reply]
11 May 2010
Masa 10:30 am
aku bila baca skim cepat kaya ni, sedih pasal tgk org tipu org. lagi sedih bila yg terkena org melayu. lagi suwey bila yang buatnya adalah org melayu sendiri.
hmmmm… kita kenelah beringat nak melabur ni kene berhati hati ramai sgt yg nak menipu.
ini ada plak yg meminjam kat bank nak buat investment, sudahnya terpaksa menanggung hutang bertahun tahun.
dari apa yang aku lihat macam kes noradz travel tuh, apa depa buat bagus, cuma caranya tak betul.
apalah salahnya minta kebenaran dari bank negara kalau benar nak buat bisnes tolong org melayu..
lebih baik melabur dalam amanah saham, walaupun untung tak besar tapi for long term confirm untung.
by the way aku bukan la ejen unit trust.
ini cuma pendapat 1 sen ambo ajer.
[Reply]
05 June 2010
Masa 9:21 pm
Tuan tlg aku yaa , gmn prosos untk mengembalikan dana tmn tmn yg bergabung sc ,byk orang yg tntut sy , sy mmber sc di lombok mataram NTB.indonesia .triama kasih tuan sebelumnya,smg kt mndpt rahmat Nya .AAmiin
[Reply]
07 June 2010
Masa 6:53 pm
kalau ada no akaun swisscash….tak kan x leh u all wat keja kot. nak cari bahan bukti tu dah lama . mana ada….usah menyusahkan pelabur yang dh terkena la.
duit kita orang yang penat-penat nak join…mana tau halal ke haram ker. jagan ingat semua org tau kes ni. org kampung bukan semua ada internet.
[Reply]
07 June 2010
Masa 6:58 pm
katanya kerajaan nak tolong pulangkan balik duit pelabur swisscash. usah la nak susah2 kan pulak. kalu i.c pun dah kerajaan boleh kesan pemiliknya. wal hal…hanya number ackaun pun leh kesan la. tak payah nak tunjuk dokumen swisscash dulu2 nie. kes dah lama may be …org dah buang dokumen tersebut. nak rampas senang je kau orang buat….yang naya rakyat yang benggong ni la. pihak admin mau cekap la. bukan kes bunuh pun nak kan dokumen yg detail. atau perangkap dari pihak berkuasa nie….
[Reply]
07 June 2010
Masa 6:59 pm
ade pe-pe…email aku
khairie252@yahoo.com
[Reply]
18 August 2010
Masa 1:55 pm
kepala butuh betul la Swisscash ni..aku melabor 5000usd..belum dapat satu sen dah ditutup..Bedebah betul
[Reply]