Semua Orang Nak Berniaga Sendiri Kalau

Penulis: wanmus Kategori: Businessman | Internet | Pasar malam | Pengurusan Kewangan | Perniagaan | Risiko Tarikh: 09 December 2009 | 15 komen

bisnes

Berniaga sendiri menyeronokkan?? Bukan ke kerja makan gaji lagi seronok sebab anda tahu yang hujung bulan dah boleh gi shopping atau makan besar sebab gaji dah masuk? Tapi kalau korang tanya yang kerja makan gaji ni, kalau diberi peluang berniaga, adakah anda akan berniaga? Konfirm 90% akan jawab IYA! saya mahu!

Betul kan? setakat survey rambang saya, camtulah keadaannya. Pelik jugak sebab kita yang duk berniaga ni kekadang pikir, bestnya keje makan gaji sebab tak perlu pikir banyak benda..Hmmmm..tulah manusia, tak pernah puas..termasuklah saya yang menulis ni. hehehe

ok berbalik ke cerita asal..saya akan berikan faktor atau keadaan dimana semua orang nak berniaga/bekerja sendiri kalau..

  1. Tak ada risiko langsung. Risiko kerugian, risiko ditipu, risiko bankrap, dan macam2 risiko lagi. Hakikatnya, semua risiko ni perlu dihadapi dan ditangani dengan bijak sepanjang bergelar peniaga/bekerja sendiri
  2. Mudah membuat pinjaman dari bank. Kalau pergi bank sebut kerja kerajaan, beberapa hari loan anda akan lulus tanpa banyak soal. Tapi kalau bekerja sendiri, macam2 surat dan dokumen diperlukan.
  3. Pendapatan tetap akan diperoleh setiap bulan. Sememangnya tiada pendapatan tetap dapat diramalkan untuk setiap peniaga setiap bulan. Ada bulan dapat lebih, ada bulan dapat kurang dan ada bulan cukup-cukup makan je.
  4. Tak perlu melayan kerenah pelanggan. Pelanggan adalah nadi kepada perniagaan. Jadi nak ke tak nak, anda terpaksa melayan pelanggan sebaiknya. Pelanggan yang berpuas hati akan memberikan lebih ramai pelanggan kepada anda..Tapi pelanggan yang tidak berpuas hati akan menyebabkan ramai pelanggan sedia ada melarikan diri..
  5. Pakej Promosi atau pengiklanan adalah percuma. Perniagaan atau syarikat anda perlu diiklankan untuk mencari lebih ramai pelanggan. Kos pengiklanan ada murah dan ada mahal.. Sudah tentu yang terbaik, mahal harganya. Tapi jangan kedekut untuk melakukan iklan. Pastikan ada modal diperuntukkan untuk iklan. Kalaulah iklan kat tv tu percuma, gerenti ramai akan berniaga hari ni..
  6. Tiada modal permulaan. Macamana sekalipun, modal permulaan memang anda perlukan. Kalau anda nak menjual ebook, anda perlukan modal sambungan internet dan komputer. Kalau nak menjual goreng pisang, anda perlukan modal untuk membeli pisang, tepung, kuali, minyak dan sebagainya. Untuk modal permulaan inilah yang menyebabkan sesetengah bakal usahawan, mengundur diri untuk menjadi usahawan.
  7. Mereka dididik menjadi usahawan dari kecil. Persekitaran kita dari kecil membentuk hala tuju kita sedikit sebanyak. Jika kita dilatih dan dididik menjinakkan diri dengan berniaga dari kecil, insyallah kemungkinan besar kita akan berminat berniaga. Jika kita dilatih bermain bola sepak dari kecil, insyallah kemungkinan besar kita akan berminat untuk menjadi pemain bola sepak terkenal suatu hari nanti..Sebaiknya, didiklah minda anak kita ketika umur 4 tahun.

Anda ada idea tambahan? sila tambah di bahagian komen, Semua Orang Nak Berniaga Sendiri Kalau…..



  1. syazwan

    …kalau duduk goyang kaki tetapi tiap2 ari ada duit masyuk!!
    Tetapi realitinya kita kena berusaha.Tidak ada benda yang mudah dalam hidup ini..Dare to fail.Jangan mudah putus asa..

    p/s: teringat iklan di radio,
    Anda Tidak Tewas Jika Gagal Sekali,
    Anda Tewas JIka Tidak Bangun Semula..

    @sungguh memotivasikan diri ini~

    [Reply]

    wanmus Reply:

    dalam bisnes, tiada perkataan mengaku kalah kalau nak jadi usahawan sebenar

    [Reply]

  2. Aqif

    Kalau semua yang bro senaraikan di atas tu memang wujud. Dah lama kita semua millionaire kot. Hehehe

    [Reply]

    wanmus Reply:

    hehe..tau xpe, tu yang tak ramai berani

    [Reply]

  3. denaihati

    Kalau perkara di atas mereka fikir untuk mula berniaga MAKA tak perlu lah nak berniaga. kita mesti ada fikiran BERANI UNTUK GAGAL. semua usahawan yang berjaya bermula dengan jalan yang sukar no sort cut tapi percayalah 9/10 rezeki ada dalam perniagaan.

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tapi lebih ramai yang nak pilih 1/10 tu sebab tak perlu risau dan pening kepala :(

    [Reply]

  4. zuls

    Betul kata bro denaihati.. MESTI BERANI UNTUK GAGAL :)

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tapi apa pun, langkah pertama tu yang penting. mula dulu slow2, barulah tahu betapa best dan peritnya menjadi usahawan :)

    [Reply]

  5. Syed Akmal

    Kalau senang sangat nak bisnes, tak mencabar la bro. tak ada susah senang. tak ada yang betul betul nak berusaha untuk berjaya dalam bisnes. semua senang je nak jadi kaya.

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tapi kalau semua dah kaya, nanti tak best pulak jadi kaya..hehe

    [Reply]

  6. zool

    Meniaga banyak risikonya…
    Biasalah

    [Reply]

    wanmus Reply:

    yup..risiko dalam bisnes memang banyak..

    [Reply]

  7. adrenal

    bagus info ni bro..yela,kalau semua nak berbisnes,sape plak nak makan gaji kan?hohohoho..

    risiko mmg x dapat lari drpd bisnes..bisnes utk sesiapa yg BERANI GAGAL je..

    bill gates & gurbaksh chahal pon amik risiko berenti skolah tinggi utk masuk dunia bisnes..so pikir-pikirkan sape yang sesuai utk masuk bisnes..

    p/s : budak2 zaman skrg belajar takat SPM je pastu berangan nak jadi artis..tu je diorg tau..kalau diorg berpikir mcm bill gates n chahal kan bagus..alahai…

    [Reply]

  8. TanyaLelaki.com

    hmm.. bagi aku ler, aku suka biz sendiri je, tapi buat masa ni, aku masih bekerja.. mungkin 2011 ni aku dh tak keje dh.. mintak2 projek aku berjalan dgn lancar la.. amin

    [Reply]

  9. Ronaldmohoni

    nak berniaga sendiri kena berani menghadapi rintangan.

    [Reply]