Rumah Termahal Di Dunia

Penulis: wanmus Kategori: Business | Economy | rumah | Share | termahal Tarikh: 18 August 2008 | 14 komen

antilla india

Rumah termahal dunia

Mukesh Ambani bakal menggaji 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah 27 tingkat

KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India, Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road, Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. ‘Istana’ yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.

antilla india

Fakta Menarik Antilla

  • Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.
  • Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.
  • Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.
  • Dua tingkat di atas ‘health level’ menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.
  • ‘Health level’, aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga.
  • Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan ‘ruang udara’ berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.
  • Credit to: Berita Harian



    1. lukman nulhakim

      wow itu rumah ataw istana kerajaan yaa,lagian mewah banget nanti mau beli ahh

      [Reply]

      syaiful azhar Reply:

      ak xstuju rumah mhal2 sume orng pndapatan bknya sma

      [Reply]

      akuorgkmpng Reply:

      hnya yg mampu ja boleh buat.. kita yg xdak duit sgt ni.. xyah la duk nk buat..

      [Reply]

    2. Ladfe Amir

      sekali pandang, nampak macam flat biasa aje rumah si jutawan ni.

      mmg hebat.

      [Reply]

      syaiful azhar Reply:

      mcm hotel pn ada

      [Reply]

      akuorgkmpng Reply:

      mmg hebat terkata.. bertingkt tngkt.. byk sngguh duit dia

      [Reply]

    3. Ronaldmohoni

      nih bukan rumah nih, mengalahkan hotel 5 bintang.

      [Reply]

      syaiful azhar Reply:

      bkny leh bwak msuk kbur pn

      [Reply]

      syaiful azhar Reply:

      basela umah org kaya

      [Reply]

      akuorgkmpng Reply:

      nama pn umah pling mahal..
      mmg kalah la hotel tu.. mmg dasyat laa..

      [Reply]

    4. syaiful azhar

      tpi lau besar2 pn ad kbrukanya jgk

      [Reply]

      akuorgkmpng Reply:

      apa buruknya?? ada hantu erkk… eee takut takut.. haha

      [Reply]

    5. akuorgkmpng

      rumah ni mmg mahal betoi..
      rasa aku umah ni idea dri pertandingan yg cipta bngunan pelik2 kt dunia.try hngpa cari mklumat kt skyscraper..

      [Reply]

    6. aimin

      ni rumah ke airport??? sampai ade helikopter huhu dasyaaaaat yelah orang yang ade duit je boleh beli rumah,sampai ratusan “m”tapi bile dah ade rumah besar jangan sampai tak ingat dunia :)

      [Reply]

    CommentLuv badge