Pesta Candat Sotong Di Terengganu

Sekitar April hingga Ogos, kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti bandar terapung yang diterangi cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.

Kawasan perairan seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Kemaman, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan sedang berpesta apabila kerlipan cahaya itu menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gelita.

Pesta mencandat sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.

Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan “candat”.

JENIS CANDAT

Alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya.

 

Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam.

Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sotong yang dicandat sama ada sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum, mengabang, sotong katak, dan sebagainya.

“Setiap kali mencandat, kita menggunakan lampu kalimantang yang disuluh ke laut untuk menarik perhatian sotong. Candat itu akan dicampak ke dalam air sehingga ke dasar sebelum diangkat balik sepanjang sedepa.”

“Ketika itulah kita perlu menggerak-gerakkan candat tadi dengan menarik-narik talinya supaya ia kelihatan seolah-olah umpan hidup untuk `menipu’ sotong yang kemudian akan menyambar umpan tiruan tersebut,” katanya.

5 Comments

  1. teringat masa form 6 dulu, Kat Kudat, Sabah. sekitar bulan Jun. Mencandat sotong di Pantai Bak-bak, pada siang hari, dihujung minggu. Adalah juga sikit sikit, maklumlah belasah disiang hari. Tak sangka kat terengganu banyak sotong sampai boleh dapat ratus kilo semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.