Peserta Swisscash Segera Dapatkan Balik Duit Anda

Penulis: wanmus Kategori: Internet | Money game | Penipu | Risiko | Swiss Cash Tarikh: 03 February 2010 | 6 komen

duit-money-rm

Makluman kepada semua peserta swisscash! Sila hantar borang tuntutan pulangan wang anda sebelum 10 Februari 2010! Saya tak join swisscash ni, cuma saya nak maklumkan kepada sesiapa yang belum maklum. PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (573259-K) telah dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bertindak sebagai Pentadbir bagi penilaian tuntutan dan pengagihan wang kepada pelabur yang layak dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash (“Pentadbir” atau “Administrator”).

Post ini adalah rentetan ramai pembaca ingin mengetahui maklumat lanjut cara untuk mendapatkan balik duit mereka dalam post swisscash bayar balik duit peserta sebelum ini. Jadi saya buat satu post khas untuk maklumkan kepada sahabat semua yang dah terjoin dan tertipu dulu dalam skim ni.

Notis diberi kepada semua pihak yang telah melabur dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash hendaklah menyerahkan tuntutan mereka dalam bentuk tulisan untuk sampai kepada Pentadbir pada atau sebelum 7.00 ptg pada 10hb Februari 2010. Semua tuntutan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan berkaitan dan Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan. Penyerahan tuntutan mestilah dibuat seperti berikut:

Melalui Pos/Kurier
Di alamatkan kepada:
Administrator-SwissCash
c/o Suite 126, 3rd Floor, Wisma RKT
No. 2, Jalan Raja Abdullah
Off Jalan Sultan Ismail
50300 Kuala Lumpur
Malaysia.

Tarikh: 27 Januari 2010 hingga 10 Februari 2010
Masa: Isnin hingga Jumaat *
9.00 pg to 5.00 ptg
*Tutup pada cuti umum untuk Kuala Lumpur

Dengan tangan
Lokasi: Bilik Labuan,
Tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra
41, Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Lokasi Pusat Dagangan Dunia Putra

Tarikh: 3 Februari 2010 hingga 10 Februari 2010
Masa: Isnin hingga Jumaat *
9.00 pg hingga 7.00 ptg
Sabtu*
9.00 pg hingga 2.00 ptg
*Tutup pada cuti umum untuk Kuala Lumpur

Setiap penyerahan mesti disertai perkara berikut:

  1. 1) Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan asli yang ditandatangani dan diperakui seperti dalam borang di bawah yang menyatakan jumlah yang dituntut dan kiraan terperinci (Sebagai contoh, jika anda telah melabur sebanyak USD1000 dan menerima pulangan USD300, tuntutan adalah pada jumlah USD700)
  2. 2) Penjelasan ringkas tentang bagaimana anda telah diperkenalkan kepada skim tersebut dan sejarah pelaburan anda
  3. 3) Salinan Kad Pengenalan/pasport anda atau dokumen pengenalan lain
  4. 4) Sijil Pelaburan yang menunjukkan jumlah pelaburan
  5. 5) Bukti pembayaran yang dibuat bagi setiap Sijil Pelaburan atau resit rasmi daripada penerima jumlah yang anda labur (Contoh: penyata deposit bank, penyata pembayaran kad kredit, bukti pindahan telegrafik melalui perbankan internet atau ATM)
  6. 6) Bukti pulangan pelaburan yang diterima setakat ini
  7. 7) Sebarang dokumen-dokumen tambahan anda rasa diperlukan bagi mengukuhkan tuntutan anda.

Semua tuntutan mestilah diajukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Sila maklum bahawa keupayaan pihak Pentadbir untuk memproses tuntutan anda dengan sewajarnya bergantung kepada maklumat lengkap dan tepat yang anda berikan seperti di atas.

Para penuntut yang telah menyerahkan aduan sebelum ini secara sukarela kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hanya perlu menyerahkan perkara (1) dan (2) di atas kepada Pentadbir berserta sebarang dokumen tambahan yang dinyatakan dalam perkara (3) hingga (7) di atas, yang tidak diserahkan sebelum ini.
Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mahupun Pentadbir tidak akan mengiktiraf tuntutan:

(i) yang diserahkan selepas tarikh akhir 7.00 ptg pada 10 Februari 2010; atau
(ii) yang tidak disertakan dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti tertera di atas; atau
(iii) dalam bahasa selain dari Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Pertanyaan lanjut?

(+603 2173 0467)
Dibuka dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Waktu Malaysia GMT +8)
Isnin hingga Jumaat kecuali cuti am untuk Kuala Lumpur

Maaf, saya sekadar berkongsi dan tak tahu menahu berkaitan claim ni. so kalau ada apa2 masalah atau pertanyaan sila hubungi nombor di atas atau terus ke web mereka di http://www.administrator-swisscash.com.my/contact_bm.asp

Baca selanjutnya di:

Jangan terlepas updates, bonus atau info dari wanmus.com lagi,
masukkan Email anda di bawah:

Delivered by FeedBurner

pakejiklanwanmus

----------------------------------------------


  1. [...] dia, bukan terus call and mintak duit. Cara nak tuntut balik duit pelaburan tu, korang rujuk dekat bro Wanmus punya blog lagi senang. [...]

  2. shahraduan

    Pening kepala jerk..benda dah lama..mcm2 dia org minta..

    [Reply]

    wanmus Reply:

    takpelah, paling kurang kita membantu..harap2 dah kurang yang terjebak benda2 macam ni

    [Reply]

  3. TEKENG JERANI

    BAGI PELABUR PELABUR YANG TELAH MENGHANTAR BUKTI BUKTI @DOKUMAN PELABURAN DENGAN SWISSCASH …APA TUNGGU LAGI ..BAYAR LAH..HARAP DAPAT BALIK WANG YANG DILABUR…

    [Reply]

  4. Mohd Azizan

    DUKACITA SEBAB TAK SEMUA ANTARA KAMI YANG TAHU TARIKH TUTUP UNTUK HANTAR BORANG TUNTUTAN.ADA SESETENGAH ANTARA KAMI LANGSUNG TIDAK TAHU. INI AMAT MENDUKACITAKAN BAGI KAMI YANG TIDAK SEMPAT MENGHANTAR BORANG TUNTUTAN TERSEBUT. HARAP DAPAT MAKLUMBALAS DARI PIHAK TUAN.

    [Reply]

    wanmus Reply:

    seperti saya dah nyatakan..saya tak terlibat langsung..sila hubungi pihak tersebut dengan nombor yang diberikan di atas..terima kasih

    saya hanya berkongsi info..saya pun tak pernah join benda alah ni..hanya membantu kawan2..

    [Reply]