Menjawab Persoalan FAQ Mengenai Web Hosting

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Facebook | jomhosting | wanmus | web hosting Tarikh: 11 March 2010 | 1 Komen

FAQ atau frequently asked question atau dalam BM soalan yang biasanya ditanya mengenai web hosting ni akan saya ungkaikan satu persatu supaya korang semua tak pening dan saya pun tak pening nak menerangkan..hehe.. ni soalan yang saya dapat dari smartzul untuk mewakili kita semua sebab soalannya general.

(more…)

Rahsia Memikat Pelanggan dan dapatkan Jualan

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa..semoga kita diberkati dan diredhai Allah..tambahkanlah amalan kita..

ingatan dari meja pengarang wanmus.com untuk diri dan semua..

Sekadar untuk berkongsi Kelebihan Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Dan selepas syawal menjelma, kita disunatkan utnuk berpuasa..dan ini antara fadilat puasa sunat 6 syawal:

 

Hari Pertama

mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.

 

Hari Kedua

mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s.

keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.

 

Hari Ketiga

mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s.

sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga.

 

Hari Keempat

mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.

 

Hari Kelima

mendapat pahala sebaigaimana pahala Nabi Isa a.s.

menyamai berpuasa sepanjang tahun

 

Hari Keenam

mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w.

jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat.

 

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Jangan makan ikan keli!!!

Assalamualaikum..mungkin anda yang baru dengar masalah ini akan terkejut tapi tidak kepada siapa yang dah tau hakikat sebenar..saya buka nak menjatuhkan sesiapa atau nak memburukkan syarikat mana2 pun..artikel saya ini sekdar untuk berkongsi maklumat yang saya perolehi..ikut kisah lanjut oleh saya..

Pada baru2 nih sekitar hujung bulan Ogos, saya diminta ke J-Biotech atau nama penuhnya Perbadanan Johor Bioteknologi dan Biodiversiti yang beroperasi di MTDC-UTM. Saya kesana sebab nak hantar invois. Sesampai saya disana, saya terpaksa tunggu untuk berjumpa pegawai yang bertugas kerana katanya sedang meeting.

saya pun tunggu di ruangan menunggu bersama beberapa ahli perniagaan bumiputra yang tengah rancak berbincang..saya pun duduk dan dengarlah perbincangan mereka..rupanya mereka sedang bercakap mengenai pembiakan ikan keli.

(more…)

Bukit Bendera dalam kenangan..best tuh..

Nilah gambar kenangan lawatan kami ke Penang iaitu ke Bukit Bendera. Best sangat walaupun xder ape sangat kat atas tuh tp mesti korang tak percaya ada bangunan macam tu kat atas puncak bukit tu..macamana diorang wat semua tu zaman dulu..

















Ini pulak gambar2 kenangan di puncak Bukit Bendera..
/>

Selamat tinggal Bukit Bendera..nilah coretan terakhir ku buat semua mengenai Tour de Penang kami…trima kasih kepada semua yang bekerjasama dalam menjayakan tour ini terutama kepada Dr.Rafiq kerana membenarkan kami menggunakan duit2 nih..hehehhe..

Nasi Kandar Penang RM22.50!!Mahal giler!!

Kalau anda baca petikan ruangan lawatan ke Penang arituh, nak bagitau yang korang kalu gi Penang hati2 makan kat Nasi Kandar di restoran mamak. Mahal giler!!! nih ape yang berlaku aritu..sepinggan RM22.50..cube tengok resit untuk makan 5 orang nih..tuh belum campur air minuman lagi…

Ianya berlaku di Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar Sdn Bhd katanya restoran ni established since 1970.. 

Nilah sepinggan yang dikatakan RM22.50 .. kenapa mahal tuh kami tanya..jawab si mamak kaunter  :
Nasi beriani RM 6.50 + Udang seekor RM 8!! jadi RM 16 untuk 2 ekor = RM22.50 !!

Yang nih pulak RM 8.80 sepinggan, kenapa harga camtu:
Nasi beriani RM6.50 + (Telur dadar + sayur=RM2.30)  = RM 8.80

picture18-1.jpg

Jadi kesimpulannya, semua untuk 5 pinggan nasi beriani adalah RM49.30!!! tambah air minuman pula semuanya berharga RM 59.30!!! air pun berharga lebih kurang RM2/gelas.

So, kepada kawan2 yang naik try nasi kandar penang tu berhati2lah..

Tour to WEC 07 Penang – Part 2 (hari berjalan2)

Nih sambungan Part 1….

8/8/07

6.35pg: Semayang Subuh

8.00pg: Makan pagi kat hotel beramai2..hehehe..best..makanlah kenyang2 time tu,yerlah bukan selalu datang hotel 5 bintang nih..

8.30pg: Waktu bergembira, jadi kami pilih Pantai Batu Ferringhi..best..kami sampai awal,kedai pun tak buka lagi..so jadi kami pelanggan terawal..kami pilih nak main Banana Boat yang telah ku kempunan sejak gi Pulau Redang aritu..nihlah gambar kami bersuka ria..hehehe..





11.00pg: Kami balik ke Hotel dan on the way nak bayar parking kat hotel, x disangka bertembung dengan polis wat rush budak sekolah ponteng. ada gak bukti bergambar nih..


11.35pg:dan bersiap2 nak check-out..sempat lagi amik gambar tu..

12.00tgh: kami wat lawatan tak rasmi ke USM Penang..kecik jer..hehehe..sebab pack sgt bangunan, tak macam UTM ni.


1.30ptg: perutdah berbunyi so kami cari NASI KANDAR..ingat nak gi Line Clear Nasi Kandar tp macam jauh jer n takut jammed. So, kami pilih Kayu Nasi Kandar dekat dengan USM..mahal tak ingat harga..

2.45ptg: Kami sampi di kaki Bukit Bendera.perghh tinggi tu puncak..tp kami tekad nak naik jugak keretapi kabel Bukit Bendera..hehehehe..akhirnya tercapai jugak hasrat..

3.40ptg: Kami sampai ke puncak Bukit Kabel…macam2 ada atas ni..tinggi kami puncak kami duduk tu 630m dari aras laut.

4.30ptg: Kami turun ke kaki bukit dan menghala ke Balik Pulau sebab iskh nak makan durian..carilah kami nih..

6.15ptg: Kami berenti minum jap kat warong nak makan durian tapi punya lah cari jauh2 akhirnya iskh makan satu ulas jer..rasa nak cekik jer budak tu…tapi xper..kawan..hehehehe.

6.55ptg: Kami ke Bukit Jambul Shoping Complex nak cari buah tangan yang special iaitu jeruk buah pala..perghh..aku hbs RM30 beli jeruk saja..hehehehe

8.00mm: Kami ke stesen bas sebab nak antar kete sewa.Semayang kat situh tp x sempat mkn.mujur sempat beli burger..

9.00mlm: Akhirnya bas kami bertolak meninggalkan Pulau Pinang..sedih di hati..tapi sempat amik gambar Jambatan Pulau Pinang oklah tu..dahlah jammed teruk kat jambatan tuh..last2 kami tertido





9/8/07

4.30pg: Sedar2 dah kat Yong Peng.

5.20pg: Kami sampai ke Sri Putri..maka tamatlah Tour de Penang kami..semoga jumpa lagi Penang..huhuhu..tp seronok sangat..

The end..

Tour to WEC 07 Penang – Part 1

Assalamualaikum..hai..dah lame tak menulis.nih nak berkongsi cerita semasa sepanjang ke World Engineering Congress 2007 yang berlangsung di Pulau Pinang pada 6-9 Ogos 2007.tapi kami hanya pergi 7 dan 8hb Ogos sahaja kerana kekangan kerja.Kami pergi atas nama Bio-TEG (Biomechanic ans Tissue Engineering Group).Pada hari itu, bermula lah kisah 5 pemuda dari UTM melangkah kaki ke Pulau Pinang.

Mus (x pernah pergi pun penang tu yang seangat tu), Hamzi (memang kampung kat Penang), Iskh (pernah datang tp sesat juga..hehehe), Nazman (pernah datang tp lupa), dan our Chief de Mission, Halim sebagai ketua rombongan (memang belaja kat USM tp bukan kat Penang tp pernah datang,tu yang kene jadi driver).. tu lah serba sedikit para peserta tour kami pada kali ini..seterusnya, baca diari ini oleh wanmus :

6/8/07

10.05mlm : Bertolak ke Butterworth dari Sri Putri ngan bas konsortium..pergh besar giler seat.kalulah balik ke Besut seat besar camtuh, memang seronok aku. Dalam perjalanan tu kitorg tidor nyenyak giler siap ada lagu lagi..hehehehe..

7/8/07

6.30pg : Akhirnya sampai kami di Stesten bas Butterworth..tapi macam x berape baru pun..hehhehe..pastugi semayang subuh di Stesen KTMB kat tepi tu. dan disitulah waktu aku tertinggal jaket..huhuhu..

6.50pg: Ke jeti feri. Tambang RM1.20 sistem macam naik bas tuh..hehhe..sebab pakai duit syiling.aku ingat pakailah tiket yang cangih2 skit..Pastu mulelah usha sekitar feri tuh…

ni gambaran feri dan dalam feri untuk sesiapa yang tak pernah naik feri..


7.20pg:feri berlabuh, dan akhirnya kaki ku jejak ke bumi Pulau Pinang. Perut lapar nih akhirnya mengajak kami ke Restoran Kassim Mustafa katanya popular nasi kandar..sampai disana, kami mencuba nasi dalca..perghhh..dia punye nasi lembik tapi kuah dia mengancam jiwa beb…errrkkk…heehhe..


8.00pg: Bergerak ke masjid kapitan keling untuk bersiap sebab petang tuh nak kener present.Masjid ni masjid tua kat Penang tp sekarang bawah Yayasan Al-Bukhary.


9.30pg: sampai ke gurney resort hotel (5 Star tuh).letak barang dan terus ke Laurel Evergreen Hotel(ingat jauh,rupenye sebelah je)..

10.15pg:daftar dan makan pagi dan prepare untuk present petang tu..

2.15ptg:Mulalah masa kami present paper..Mula2 Halim, pastu Hamzi, diikuti Iskh.


3.00ptg:akhirnya waktu namaku dipanggil untuk present dan last sekali Nazman. waktu berdebar jawab Q&A..lagi2 kene ngan Prof Ir Dr Barkawi dari UPM.

4.00ptg:check-in hotel dan lepak2.bincang nak sewa keta

8.00mlm:kete datang dan mulelah Jalan-jalan cari makan.Kalu anda semua nak tau, nilah kete yang kami sewa..hehehhee..

9.00mlm:makan di Idrus Ikan bakar kat Jabatan Marin Penang. Nih semua dah x ingat dunia..mentang2lah makan seafood free…hehehe..ke camne Hamzi,best kan kerang?…hehhe




11.30mlm:Oleh sebab letih sangat, kami pun balik ke Hotel..ngantuk+letih beb..tapi tido kat pukul 1 jgk..hehehhe

untuk sambungannya..ikuti siri ke-2 pengembaraan di pulau mutiara ini….

Bersambung………….

Perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29″, Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensik, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. “Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan”. ” Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang”.

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan ‘kepala’ Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : “Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat “. ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder engan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem ‘A Better Tomorrow’. Tapi best ooo…..

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

Drama/Filem India/Hindustan.

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abangdan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satukampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ‘ I’m sorry. I didn’t know that na pere tomhe cha….bla….bla….bla…’.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.

Credit to : Ah yau Jengkol Spielberg.

Cara-cara menambah kelajuan internet connection Streamyx dari 10kbps to 170kbps!

Earl’s latest result:

Josh’s latest result:

The Story In Summary:

1. Earl, not happy with TMNet, wrote a letter to The Malay Mail
2. The Malay Mail published the letter.
3. He got a couple of phone calls.
4. Next thing he knows, the CEO of TMNet is in his house, sitting on his bed
5. Earl shows the CEO his connection speed of 10-12kB/s
6. CEO plugs in his own laptop and gets 160-170kB/s
7. When Earl asked…how can the speed be so different?
8. They said its maybe because of “spyware”, or his “processor”.
9. Earl is still not happy.
10. Earl tests his connection again later in the day.
11. His speed is now 130-155 kB/s. Wow.
12. My speed still sucks.
13. So, when can I expect a visit?

Consumers, getting faster broadband speeds with Streamyx is now easy. Just sign up with your nearest friendly Streamyx reseller. Then, after you’ve set up your connection, all you have to do is write a letter, get it published, get the CEO of TMNet to show up in your house, and your connection will be super fast!

Credit to Josh Lim

Proton Persona 2007

persona1.jpg

proton_persona_7.jpg

proton_persona_13.jpg

Secara kasarnya,kockpit atau dashboardnya macam gen2 jer..tapi smart jugaklah

persona_rear_bench_450.jpg

proton_persona_6.jpg

proton_persona_9.jpg

specpersona.jpg

Gambar atas ni perbezaan Persona dan kereta sedan yang lain.

concernpersona.jpg

Oleh sebab banyak sangat komen tentang Gen2,nihlah ubahsuai pada Persona depend kepada komen pada Gen2.

Model range:

BL – 4 power windows, CD player and basic features.
ML – all BL features with additional alloy rims, foldable rear seats, MP3 player and electric door mirror.
HL – all ML features with additional dual airbags, ABS, EBD and standard Captor alarm

proton_persona_features.jpg

Harga Proton Persona (*mungkin berbeza ikut tempat)

LOW LINE – 1.6MT SOLID – RM45,350.00
1.6MT METALLIC – RM45,800.00
1.6AT SOLID – RM48,350.00
1.6AT METALLIC – RM48,800.00

MEDIUM LINE – 1.6MT METALLIC – RM49,800.00
1.6AT METALLIC – RM52,800.00

HIGH LINE – 1.6AT METALLIC – RM55,800.00

Artikel SEKS hari ini…

artikel seks hari ini?semua mesti pelik kenapa tajuknya macam ni..tapi baca dulu apa yang ingin dikongsikan bersama-sama..

Nenek 65 tahun masih jual tubuh
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Realiti yang mengejutkan apabila masih ada warga emas mencecah usia 65 tahun terus bergelumang dosa dengan menjadi pelacur di Jalan Chow Kit di sini, sehingga menimbulkan persoalan mengapa perkara ini harus terjadi.

Wanita yang layak digelar nenek itu mendakwa masih perlu ‘menjual’ tubuh untuk meneruskan hidup selain memastikan anaknya berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti.Perkara ini didedahkan Presiden Persatuan Wawasan Warisan Wanita (Warista), Dr Mai Sargeant selepas melakukan lawatan ke kawasan hitam sekitar Chow Kit serta beberapa rumah perlindungan kepada penagih dadah, pekerja seks dan golongan mak nyah, semalam.

Menurutnya, lawatan yang disertai lapan ahli Warista itu cuba mendekati golongan berkenaan, sekali gus cuba mendapatkan gambaran sebenar masalah dihadapi mereka.
“Ketika melawat rumah perlindungan Yayasan PT yang menyediakan program pemulihan kepada wanita dan mak nyah, saya dimaklumkan nenek terbabit menggunakan wang lacur untuk membesarkan anaknya.
“Namun, selepas anaknya berjaya mendapat ijazah serta pekerjaan bergaji lumayan, dia enggan mengaku wanita tua itu ibunya kerana malu,” katanya.

Menurutnya, perbuatan itu amat dikesalkan, namun ia dianggap antara cerita `duka’ golongan berkenaan yang perlu dijadikan iktibar.”Hakikatnya golongan ini bukan mahu menjadi pekerja seks. Mereka mempunyai cerita pahit dan sejarah duka hingga terjebak ke lembah hina.

“Malah, kurang pendidikan dan latar belakang keluarga bermasalah turut menjadi punca mereka menjadi pekerja seksi. Namun, maklumat juga mendapati ada antara pekerja seks di kalangan mak nyah adalah siswazah,” katanya.

Menurutnya, sikap orang ramai yang memandang hina dan menyisihkan golongan ‘lembut’ menyebabkan mereka seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat sehingga akhirnya terperangkap dalam kancah pelacuran.

“Lebih membimbangkan apabila golongan ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya berikutan sikap masyarakat yang lebih memandang hina berbanding keinginan membantu mereka mengubah cara hidup.

“Akibatnya ada antara mereka terpaksa membawa anak kecil ketika menjual tubuh, malah bekerja 24 jam sehari bagi membesarkan anak-anak,” katanya.

Helah ‘gadis kuaci’
Oleh Zainal Zawawi Mohamed

KUALA LUMPUR: Kebanjiran wanita warga China atau lebih dikenali sebagai ‘gadis kuaci’ dikesan berpura-pura menjual makanan ringan itu kepada pelanggan yang mengunjungi sebuah restoran di Jalan Pasar, di sini, sebelum menawarkan perkhidmatan seks.

Golongan itu dikatakan mampu memperoleh pendapatan sehingga RM20,000 dalam tempoh 15 hari sebelum pulang ke negara asal sebaik pas lawatan sosial mereka tamat tempoh.

Wanita yang ‘mencari makan’ dengan menawarkan khidmat seks itu akan mengunjungi setiap meja kononnya untuk menjual kuaci tetapi sebaik mengesahkan pelanggan itu bukannya pihak berkuasa mereka akan terus menawarkan khidmat seks.

Gadis kuaci terpaksa berpura-pura menjual biji tumbuhan itu kerana takut kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Tinjauan Harian Metro di restoran itu mendapati gadis asing terbabit akan mula memenuhi setiap sudut restoran sambil membawa bungkusan besar kuaci setiap seorang kira-kira jam 7 petang.

Ada belasan gadis kuaci akan muncul di sekitar restoran itu tetapi mereka akan memerhati pelanggan yang sedang minum atau makan sebelum mengunjungi meja itu dengan menawarkan kuaci.

Apabila pelanggan prihatin membeli kuaci itu gadis yang hanya faham bahasa ibundanya akan terus menawarkan khidmat seks dengan menunjukkan bahasa isyarat.

Harga ditawarkan bagi perkhidmatan gadis berusia 20 hingga 30-an itu ialah RM60 hingga RM80 untuk `short game’.

Tinjauan mendapati, sebaik membuat pembayaran gadis kuaci itu akan membawa pelanggan ke bilik sewa mereka untuk melakukan hubungan seks dan tidak lagi menyewa hotel seperti dilakukan sebelum ini.

Gadis kuaci dikatakan menggunakan modus operandi baru itu bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Difahamkan, gadis itu tidak menggunakan khidmat ‘bapa ayam’ kerana tidak mahu mempunyai ikatan dengan mana-mana pihak selain mahu memperoleh pendapatan lumayan.

Jadi, dimanakah kita dalam hal ini? tiap-tiap hari ada berita mengenai seks, rogol, aksi lucah, video lucah dan macam-macam lagi..apa tindakan kita?

Officially launched wanmus.com

Alhamdulillah.akhirnya wanmus.com officially launched pada 18 Ogos 2007.

Thanks to all..

from admin www.wanmus.com

My Very First JOB

Alhamdulillah..akhirnya bekerja jugak aku..nih syarikat aku CREST EXOTIC SDN BHD..

copy-of-logo-crest-copy.gif

Ayat2 poyo yg artis m’sia cakap..check it out!!

Calon pertama: CHEF WAN
“Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke
sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk
berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah
seperti aerobik?”,

Calon kedua: MISHA OMAR
“Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali
ini, dapat berduet ngan abang jamal”.

Calon ketiga: SYANIE
“Syanie…apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan”…
Jawapan dari Syanie..”Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai…..” .

 

Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
“Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita
berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956,” jawab salah
seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan
khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri “Bersama Norman” yang
disiarkan di TV1.

 

Calon kelima: FIZA
“Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan”

 

Calon ke enam: anita sarawak
“Petua kecantikan saya baca selawat setiap kali basuh muka”

 

Calon ke tujuh: IFA RAZIAH
“Tak ade lah.. amik air sembayang je” – menjawap soalan kenapa muka nampak berseri-seri

 

Calon ke lapan: JESLINA
saya pakai baju seksi2 kerana malaysia ni panas…hehehehe!

 

Calon ke sembilan: ARTIS2 BARU
“saya masuk dunia seni bukan carik glamor”

Calon ke sepuluh: INA NAIM
“saya buat buku ni untuk menjelaskan segala fitnah yang melanda saya”
“cinta ptama bang…susah nak lupa”…. dan “Jaga mak, jaga mak, jaga mak…..”

 

source:forwarded from email

Pesta Candat Sotong Di Terengganu

Sekitar April hingga Ogos, kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti bandar terapung yang diterangi cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.

Kawasan perairan seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Kemaman, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan sedang berpesta apabila kerlipan cahaya itu menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gelita.

Pesta mencandat sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.

Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan “candat”.

JENIS CANDAT

Alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya.

 

Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam.

Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sotong yang dicandat sama ada sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum, mengabang, sotong katak, dan sebagainya.

“Setiap kali mencandat, kita menggunakan lampu kalimantang yang disuluh ke laut untuk menarik perhatian sotong. Candat itu akan dicampak ke dalam air sehingga ke dasar sebelum diangkat balik sepanjang sedepa.”

“Ketika itulah kita perlu menggerak-gerakkan candat tadi dengan menarik-narik talinya supaya ia kelihatan seolah-olah umpan hidup untuk `menipu’ sotong yang kemudian akan menyambar umpan tiruan tersebut,” katanya.

13 jam mencandat sotong..

13 Jam Candat Sotong

5.30 ptg : berkumpul di jeti LKIM Chendering

6.00ptg: mula bergerak ke kapal Jabatan Perikanan dengan sebuah speed bot.kapal nih dibuat pada tahun 1992 dengan kerjasama kerajaan Jepun..tp kukuh sampai sekarang..kelajuanya hanya 19 knot maksimum..tp cukup tahan enjin n badannya.

picture141.jpg

6.10ptg:bergerak ke perairan Pulau Kapas,Marang,Terengganu..best sebab naik bot besar..tak pening,hehehe

picture145.jpg

6.40ptg:dalam on the way ke tempat candat tuh,dalam bot disediakan minum ptg..best kat dalam air-cond kat kafe kecik dalam kapal tuh..nih gambanya

picture146.jpg picture147.jpg

7.00ptg: dah sampaikat tempat candat,semua berebut naktest power candat..tapi aku jugak yang dapat angkat sotong ke kapal pertama..hehehe..walaupun nih kali pertama aku mencandat sotong..

7.50ptg:syok2 mencandat,semayang x lupe..semayang dalam bilik crew kapal..air cond tuh tp pening sbb arus kuat maser tu,kapal bergerak2..nih gambar dalam bilik crew..

picture154.jpg

8.45mlm:tengah syok mencandat,isyak pun dah masuk..nak gih semayang tp nk gih toilet dulu..terkejut aku toilet dia..yerlah air flush dia gerakx henti2 sebab pakai sedut air laut.pastuh tingkap tuh sebangai pengudaraan..best giler cume sempit sikitlah..hehehhe

picture156.jpg

10mlm:nilah gambar orang2 duk candat..ngantuk pun wat x layan..yg layan bile dapat tangkap sotong… kitorg pun candat sotong sampai pag..

picture158.jpg

6.20pg:candat sotong time nilah best sbb sotong banyak giler..x menang tangan kitorg walaupun ngantuk n dah letih satu badan..badan pun dah bau sotong..sotong paling banyak waktu maghrib n subuh…

picture161.jpg

7.00pg:bertolak balik ke jeti Chendering..perghhh..penat giler rasa badan..badan pun dah x bau manusia.. heheheh

8.00pg:sampaike jeti Chendering..nilah hasil tangkapan sotong kami..

picture164.jpg

Kristian agama penyelamat??

Petikan dari bible:

Ketahuilah hanya Kristian yang dapat menyelamatkan kamu dari api
neraka, “Yesus: ‘Tidak ada seorangpun yang dapat datang kepada Allah,
jikalau tidak melalui saya’”…

- Bukalah mata, bahawa seseorang Muslim yang telah memeluk agama Kristian adalah:
a) Tanpa paksaan
b) Tidak perlu berperang ataupun memerangi orang lain
c) Menganggap semua manusia adalah bersaudara dan berasal daripada adam & hawa – Kalau Islam, hanya sesama muslim sahaja bersaudara dan yang bukan muslim adalah musuh dan harus diperangi walaupun adik-beradik.
d) Tidak perlu mati syahid(meletupkan diri) untuk membunuh orang lain yang tidak bersalah, sebaliknya sanggup mati demi keamanan.
e) Kristian beranggapan bahawa dunia ini adalah milik Allah dan didiami oleh manusia secara berkongsi – Umat Islam beranggapan bahawa hanya Muslim sahaja yang layak menduduki muka bumi ini dan yang bukan muslim harus dilenyapkan dari muka bumi ini.
f) Kerajaan Islam Malaysia telah membuat pelbagai cara, bagi duit, biasiswa, kemudahan, keistimewaan, menyekat Muslim daripada murtad, menyekat aktiviti keagamaan Kristian, menangkap para Paderi, memberi pelbagai tekanan terhadap Non-Muslim… Tetapi Muslim masih Murtad, kenapa ?
Sebab terlalu banyak perkara mengarut dalam Islam dan, tetapi Kristian tidak perlu main paksa, tidak perlu beri duit, tidak perlu keistimewaan tetapi tetap juga Muslim mahu menganuti agama Kristian kerana hanya dalam Kristian terdapat penyelamatan dan jalan kebenaran…. Nabi Muhamad sendiri tidak pernah yakin untuk masuk Syurga malah minta didoakan oleh kita agar dia boleh masuk syurga, jadi kalau dia pun tidak dapat masuk syurga apalagi kamu bernafsu mahu masuk syurga… Malah Nabi Muhamad sendiri telah mengatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa Yesus(Isa anak Maryam) lah yang akan datang untuk membuat pengadilan pada hari Kiamat nanti bukan Nabi Muhamad(juga akan dihakimi oleh Yesus)… ingatlah “Yesus: ‘Tidak ada seorangpun yang dapat datang kepada Allah, jikalau tidak melalui saya’”…

Sahabat-sahabat..nih antara petikan pamplet edaran mubaligh kristian…kenapa dia bagi kepada semua orang? Nih lah yang dikatakan perang psikologi oleh orang kafir untuk mengkristiankan orang-orang Islam terutama kepada yang cetek ilmu dan iman…Selamatkanlah umat islam seluruh dunia Ya Allah