Nasi Ayam Penyet Boleh Sasakan Badan Anda Tau
Tadi duk khusyuk berbual bab ayam penyet ngan smartzul, terjumpa pulak video ni kat youtube masa mencari video untuk praktik apa yang di ajar kat pakej video youtube puan lisa tu. Apa yang nak diterangkan dalam video tu? haaa..special tau..lagi2 kaki nasi ayam penyet/penyek nih..hehe
Perbincangan dalam AC sempoi tu biasalah mengenai artis yang top dan glamor sekarang ni iaitu scha dan memey. Bukan nak cerita pasal kes tergempar artis ni tau tapi pasal sesuatu yang bakal mengejutkan lelaki-lelaki semua..hehe.. Disebabkan dah ramai im Johor ni yang dah kena penyakit “TakBolehLupakanNasiAyamPenyet”, di sini saya nak membawa perkhabaran gembira untuk kita semua yang dah terkena penyakit ni..
Kalau korang semua dengar antara yang memey dan scha cakap ialah pakwe mereka bertubuh sasa dan seksi sebab suka makan ayam, makan nasi ayam dan sup ayam..SO.. Nasi ayam penyet adalah gabungan nasi, ayam, ulam dan sup..WAHHH..so boleh disimpulkan disini ialah makan Nasi Ayam Penyet dapat menjadikan tubuh anda sasa dan seksi.. lagilah ulam dalam nasi ayam penyet ni banyak jugak, jadi kita ada lagi kelebihan iaitu ketahanan tubuh dan sihat..
So, janganlah risau jika anda terkena penyakit “TakBolehLupakanNasiAyamPenyet” kerana ianya suatu petanda yang tubuh anda akan sihat, sasa dan seksi..hehe..
**Sapelah perkenalkan Nasi Ayam Penyet dalam persada im ni sampaikan cerita main bowling pun keluar ayam penyet..hehe..gambar kat atas tu Nasi Ayam Penyet Pinang kat Tmn U yang menjadi kegilaan ramai. :)
Baca selanjutnya di:












01 November 2009
Masa 6:50 am
Apa pula khasiat sambal?
Ijad kata sambal untuk melawas perut.. Haha..
ps. Diaorang berdua tu pun dah lari topik. Cakap pasal ayam je. :p
[Reply]
wanmus Reply:
November 1st, 2009 at 8:10 am
memang pelawas pun..hehe..takpezul lari topik asalkan dapat tubuh sasa dan seksi..hehe
[Reply]
01 November 2009
Masa 6:50 am
yang kak jie tau..nasi ayam boleh hilangkan lapar..haha
[Reply]
wanmus Reply:
November 1st, 2009 at 10:57 am
tu dah semestinya kak jie..hehhe
[Reply]
01 November 2009
Masa 8:06 am
wahh.. teringin juga nii.. kat penang tak ada ke nasi ayam penyet ni.. nak try juga.. asyik pekena nasi ayam misai.. cemuih jugak..
[Reply]
wanmus Reply:
November 1st, 2009 at 8:15 am
Nasi ayam misai tu cmner bro? x pernah dengar ni
[Reply]
01 November 2009
Masa 8:46 am
Menyampah aku tengok muka si Memey tu… macam muka tak malu jer. Si Scha tu pon sama… walaupun aku tak kenal dia, tapi WTH!!!!! hahahaha….
[Reply]
wanmus Reply:
November 1st, 2009 at 10:45 am
ai bos..betul2 marah tu..hehe
[Reply]
ishak hasimi Reply:
November 1st, 2009 at 12:08 pm
si Ac pandai betul dia perli si memey tu…bro nak cip memey tu apa ?
[Reply]
wanmus Reply:
November 1st, 2009 at 12:11 pm
tu ar, memey pun dah muka lain bila kena tanya soalan2 panas..hehe..
“bro nak cip memey tu apa ?” tu saya tak faham ape yang bro nak maksudkan
[Reply]
Amzani Mokhtar Reply:
November 1st, 2009 at 6:10 pm
hahaa…. norman hakim tu budak kuantan, satu sekolah ngan wa sekejap. dia pernah kena pukul ngan geng2 budak kuantan sebab buat perangai tak senonoh. camne lah si memey tu buleh syok kat dia… adehhhh hahahahaha… ish komen wa ni dah lari dari tajuk dah ni.
Kat kuantan ada satu kedai nasi ayam best. dulu masa wa bujang teruna, selalu makan kat kedai tu. tapi skang dah 8 tahun tak pergi. sekali balik kuantan raya aritu ingat nak makan kat sana, mak wa cakap kedai tu dah tutup… aduh… putus selera…..
[Reply]
01 November 2009
Masa 12:11 pm
saya tengok rancangan ac tu makin popular pulak,dulu orang nak kerawa pun susah,maybe itu tuah dia mengacara akademi fantasia kot
[Reply]
01 November 2009
Masa 3:01 pm
hohoho memeber aku ramai indon.. nak tak nak mmg kene makan gak la ayam penyet ni.. hohoho xlama lagi sasa la badan aku..
[Reply]
wanmus Reply:
November 1st, 2009 at 7:23 pm
tak pe bos selagi halal makanan tu..
[Reply]
01 November 2009
Masa 3:07 pm
pelik dah nie.. :p
[Reply]
wanmus Reply:
November 1st, 2009 at 7:24 pm
post peribadi ni bukan berkaitan bisnes..takpe lah sekali sekala lari sikit..hehe
[Reply]
02 November 2009
Masa 9:26 pm
patut la duk bantai ayam penyet je..kekekek..ini rupanya muslihat disebaliknya..hahaha..
tapi aku tgk, perut je makin sasa..aku tengok perut aku ni ha..sasa kemain..hahahaha
[Reply]
03 November 2009
Masa 8:42 am
nasi ayam penyek boleh kuruskan badan..dah terbukti!!
[Reply]
10 November 2009
Masa 4:56 am
ai bro..dh bnyk kali dengar nasi ayam penyet nih..=P
bro..kasi resipi la bro..hohohohoho..mengidam!
[Reply]
wanmus Reply:
November 11th, 2009 at 5:31 pm
ada bro..leh cek di post http://wanmus.com/resepi-nasi-ayam-penyet.html
[Reply]
12 November 2009
Masa 10:34 pm
time kami kat sarawak dulu, ari2 pekena nasi ayam penyet. yg best punye nasi penyet still kat sane la..
[Reply]