Kerja Online Untuk Pelajar Ipta Tanpa Perlu Keluar Duit Untuk Mula Kerja

Penulis: wanmus Kategori: Blogging | Buat duit | Business | Gaji | Internet | Perniagaan | wanmus.com Tarikh: 25 March 2010 | 28 komen

Masa check sitemeter saya, adalah satu keyword yang saya pun pelik kenapa google bawak si pencari tu ke page saya. Google bawak ke page http://wanmus.com/category/buat-duit/page/4. Rupanya page saya tu berapa dalam first page untuk hasil carian keyword “Kerja Online Untuk Pelajar Ipta Tanpa Perlu Keluar Duit Untuk Mula Kerja” tu. Tapi bukan saya nak bincangkan apa yang hasil dari carian tu, tapi apa yang sebenarnya si pencari ni cari di internet.

Apa lagi kalau bukan kerja tanpa modal untuk pelajar ipta kan? Betul ke pelajar ipta ni perlukan duit banyak sampai nak cari kerja masa belajar? kawan saya dulu just hidup dengan ptptn pun siap boleh simpan beribu ringgit pada hujung semester di UTM. Tapi saya biasanya cukup2 je setiap sem..hehehe..apa pun, kalau boleh berjimat tu, berjimatlah (nasihat senior yang kurang berjimat..hehe)

Ok, back to my point.. Kenapa nak cari kerja tanpa modal?? Haaaa…takut nak keluar modal?? Takut rugi?? Memang akan rugi kalau korang masuk skim yang tak betul macam skim cepat kaya tu. Tapi jika guna untuk mula berniaga tu, gerenti korang tak rugi jika pandai manage sebaiknya.

Contohnya? Dulu saya n kawan2 pernah jual hotdog dan letak kat blok2 asrama pelajar. Laku tu tengok hari. Adakalanya habis licin, adakalanya banyak lagi balance dan adakalanya barang habis tapi duit licin kene sapu dek malaun! Tapi still tak rugi. Sebab doa orang teraniaya ni mudah nak makbul. Bila dah penghujung perniagaan, untung tu bolehlah dikatakan best..

Kalau takut jugak nak keluar modal, kan senang korang amik ubah ikut minat dan kepakaran korang. Contoh korang ni student programming dan pandai buat programming, cuba promote dan cari job kat forum2 berkaitan..jika rezeki, akan ada orang minta korang wat programming nanti. Nahh..kan tanpa modal tu. Perniagaan internet kan banyak yang tanpa modal. Buat slow, insyallah rezeki ada dimana-mana.

Korang pernah berniaga @ kerja tak masa belajar dulu? Ikutlah masa kat U ke, kat sekolah ke..ada? best x? sharelah kat bawah ni..



  1. zool

    Masa belajau dulu tak penah meniaga..
    Terasa rugi gak

    [Reply]

    wanmus Reply:

    best berniaga masa belajar sebab leh kenal macam2 ragam manusia..hehe

    [Reply]

  2. Shahrul

    Masa belajar, mendalami ilmu elektrik yang tiada dalam kelas. Sekarang barulah mendalami ilmu perniagaan internet.

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tu yang best sebenarnya..belajar tambahan ikut minat kita kan?

    [Reply]

  3. Jmay

    Saya penah tolong kawan berniaga msa awl2 msuk U dulu..skrng da kenal dunia internet da macam2 pluang nmpak bila da berada dlm final year..rugi x start awl..ish2..hehe

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tau xpe.kalau start awal2 masa kat U tu dulu memang best dah sekarang ni..hehe

    [Reply]

  4. Anarm

    kerja part time zaman study dulu2, tolong member buat laman web.. tu pon amik job yg rasa bleh buat je.. yg nak gempak2 terpaksa tolak sebab takut ganggu pelajaran plak.. payment tu ada la dapat skit2.. ckup la buat belanja makan, beli buku tulis, pen, bahan2 study..

    dulu buat web pakai dreamweaver.. sekarang dh pkai wordpress.. ilmu dreamweaver tu dah semakin hilang.. hebat btol teknologi sekarang ni.. makin senang kerja kita..

    [Reply]

    wanmus Reply:

    “semakin senang kerja kita = semakin senang nak dapat duit” hehe..

    [Reply]

    jawatan kosong Reply:

    Tak selalu macam tu. Bole jadi kerja kita senang saja, tapi duit tak senang didapat. Kalau kita dapat keja yang kita senang dan duit pun senang didapat, senang lah pula hidup kita ni. hehehe..

    [Reply]

  5. mr.eims @ perfume

    aku dulu freelance buat mcm2 jugek. huhu~ aku pun UTM gak.. :p
    dulu masa study wat freelance projek2 websites, PHP, VB, etc,, masyuk~ yang pnting.. remaja sekarang walaupun sambil stadi, patutnya pandang kehadapan lah.. xle nak enjoy je kjenye macam budak2. huhu

    [Reply]

    wanmus Reply:

    betul..kalau diorang start awal2, nanti senang bile dah kluar U nanti.

    [Reply]

  6. usahawan muda

    biasa la juga berniaga time bdk2 baru masuk u.blh la gak dpt untung

    [Reply]

    wanmus Reply:

    kalau pandai ambil peluang, kat mana2 pun boleh buat duit kan? cuma nak @ tak nak je

    [Reply]

  7. JundullahOsman

    sekarang makan kat cafe 2 kali dah dekat rm10. tak kira transport pergi balik kekelas lagi. tu yang ptptn pon tak cukup.
    pendek kate, memang betol student ipt koring. he

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tu tak campur lagi dengan yang bergaya kasut baru, beg baru, baju baru, HP baru, laptop baru..tak tau dah nak kata koring ko apo dah..hoho

    [Reply]

    azwan_mcs college Reply:

    saya nak jadi mcm korang..berniaga.,,pls help me..saya pelajar..nak dapat duit poket.,,

    [Reply]

  8. paan

    ada sesape nak mintak aku tolong wat laman web ?? student price.hahaha.nak cari duit gak nie…

    [Reply]

  9. Michelle

    Saya penah tolong kawan berniaga msa awl2 msuk U dulu..skrng da kenal dunia internet da macam2 pluang nmpak bila da berada dlm final year..rugi x start awl..ish2..hehe

    [Reply]

  10. HisyamDen

    Saya pulak jual topup kat U. Walaupun untungnya tak banyak sangat. hehe

    [Reply]

  11. man

    selamat

    [Reply]

  12. mhnizam

    ada berniaga jajan..boleh la lepas duit top up n makan haha..

    [Reply]

  13. liza

    leh cye kew?????bgmane sistem bisnes online yg dtwarkn

    [Reply]

  14. ila

    hye…i nk join.tp i xpnah uat job…emm law join ad org ley bantu ila x??

    [Reply]

  15. Adityo

    yang mau kerja online dapet gaji 10-15 dollar per job silakan masuk sini kerjaonlinedollar2012.blogspot.com, terima kasih

    [Reply]

  16. Ally

    Bole emailkan saya macam mana nak mulakan?

    [Reply]

  17. rikiimmanuelsiregarsilo

    aku perlu kerja untuk biaya sekolah

    [Reply]

  18. rikiimmanuelsiregarsilo

    aku kekurangan keuangan untuk biaya sekolah

    [Reply]

  19. Arieon

    info yang sangat menarik. Sekarang ni dah ada pendapatan sampingan sudah dari blog. Bolehlah dapat sebulan seratus lebih. Kalau nak lebih kena berusaha lebih lagi nampaknya.

    [Reply]

CommentLuv badge