Kenapa perlu KEDAI ONLINE??

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Internet | Kedai maya | Kedai online | Share | hosting | review Tarikh: 24 June 2008 | 2 komen


kedai online

Kedai online mungkin pelik bagi orang baru dengan internet tapi ianya sudah lama diguna pakai di Malaysia. Kedai online tidak mewajibkan anda mempunyai kedai betul sebaliknya kedai maya yang dikawal oleh sistem manual atau automatik. Anda hanyalah perlu mempunyai produk dan sistem pembayaran dan anda sudah dikatakan mempunyai kedai online.

Kedai mayaianya hanya satu nama bagi menggambarkan satu interface penghubung antara anda dan pelanggan anda dan bagi kedai berbentuk online, kedai maya anda adalah laman web anda.

Produk – produk anda boleh berbentuk maya atau fizikal. Produk fizikal seperti pasu bunga, kad kahwin, peralatan komputer dan apa sahaja yang memerlukan barang itu di pos. Kalau produk maya, ianya boleh berbentuk ebook, web hosting, domain, atau berbentuk perkhidmatan

Kenapa perlunya syarikat anda ada kedai online walau dah ada kedai di Jalan Tunku Abd Rahman (cthnya) ???

- ada beberapa sebab anda perlu fikirkan. antaranya:

  1. Minyak Naik – yes..bila minyak naik orang pun malas nak keluar rumah atau pejabat kalau hanya mahu membeli produk anda. Tu belum campur dengan harga parking kereta. Kan senang kalau mereka hanya perlu klik beberapa butang di web anda dan produk anda terus di hantar ke rumah mereka.
  2. Internet di mana-mana – sekarang dimana-mana ada internet, tak kt rumah pun di pejabat mesti ada. Kalu susah sangat, cyber cafe pun dah banyak sekarang. Tak kira lagi wifi free di KFC, Pizza hut, KLIA dan tempat2 lain. Kan mudah diorang nak dapatkan produk anda.
  3. Serata dunia – anda x perlu lagi buka kedai di Cape Town untuk jual kepada orang Cape Town, kerana internet dan web anda boleh dibuka diserata dunia. Silap-silap, orang Cape Town akan cari anda sendiri.
  4. Anytime Anywhere – oleh kerana web anda bleh dibuka bila-bila masa dan di mana jua, maka pelanggan tidak lagi perlu tunggu 9 pagi untuk dapatkan produk anda. Malah mereka boleh dapatkan produk anda pukul 3 pagi dengan hanya beberapa klik walau dimana mereka berada selagi ada capaian internet.
  5. Kos murah – kos membuka kedai di kampung pun perlukan modal beribu ringgit belum campur lesen2 perniagaan. Di internet, semuanya berubah. Anda hanya perlukan modal untuk membeli domain lebih kurang RM35 setahun dan web hosting lebih kurang RM40 setahun. kos anda hanyalah RM75 setahun!!!
  6. Sistem pembayaran mudah – tiada lagi silap pengiraan dalam urusniaga. anda boleh memasang script percuma untuk kedai online seperti Oscommerce, Cube Cart dan Zen Cart yang telah tersedia dalam fantastico (hanya untuk linux web hosting). script ini akan menguruskan semua urusan jual beli anda. anda hanya perlu sedikit setup dan mengesahkan pembayaran pelanggan samada Paypal, Bank Transfer atau mane2 sistem pembayaran yang lain. Semuanya anda boleh semak melalui internet 24 jam sehari.

Bukan ke mudah memulakan perniagaan internet? Bila lagi anda mahu mulakan? Seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Tapi di internet, seribu kejayaan bermula dengan klik pertama anda.

Di JOMHosting, kami menawarkan harga termurah untuk anda memulakan perniagaan internet.

Domain- .com, .net, .org, .info @ .biz = RM35 setahun

Webhosting – 2GB web space dan email, 10GB Bandwidth = RM40 setahun

logo jomhosting.net

Baca selanjutnya di:

Bookmark and Share

Tak nak terlepas updates dari saya? Dapatkan updates melalui email je.
Masukkan alamat email anda di bawah:

Delivered by FeedBurner



  1. wanmus

    cepat..sebelum peluang anda orang lain sapu dulu..

    [Reply]

  2. Azhari

    Mula kawan berjinak dalam blog ni pun saja-saja. tapi bila tgk otai-otai cari income menggunakan medium blog, kawan mula berminat. Akhirnya terciptalah kawan punya kedai online MyeShop™
    Tukar Read More Text Kepada Image =-.

    [Reply]

CommentLuv Enabled