August 5th, 2008

Derma YAPEIM guna SMS je.

Derma

Bismillah..Kali ni nak kongsi ngan anda semua sesuatu yang kita terlepas pandang iaitu menderma..iya derma..selalu kita tengok peminta sedekah kat tepi jalan tu takut nak bagi sebab mungkin didalangi sindiket..untuk sesiapa yang pernah berfikir macam tu, alhamdulillah..kali ni mudah je nak derma iaitu melalui SMS shj.

YAPEIM atau Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952. Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. Anda boleh semak YAPEIM di lawan web mereka di http://www.yapeim.net.my/.

Ok. kembali ke cara-cara untuk menderma melalui SMS. caranya mudah.

Pengguna hanya perlu menaip AJ diikuti jumlah wang yang mahu didermakan contoh AJ 1 dan dihantar ke 32728. derma boleh bermula dengan RM1 shj.

Taip AJ<space>nilai derma yang anda mahukan dan hantar ke 32728

cth: AJ 2 hantar ke 32728

*Semoga kita sama-sama mendapat manafaat.






One Response to “Derma YAPEIM guna SMS je.”

Minta nasihat web minta derma anak-anak yatim - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia says:
August 23rd, 2008 at 12:07 am

[...] boleh cuba sms payment kot macam yapeim buat sekarang. lagi mudah sebab semua org ada hp sekarang..n nak topup pun boleh 24 jam.jadi tak [...]

Leave a Reply