wanmus.com

Internet Marketing | Monetize Blog | Malaysian Muslim Entrepreneur

Archive for the ‘Kaya’ Category

Sembahyang untuk kaya

Written by wanmus on Sep 3rd, 2008 | Filed under: Agama, Buat duit, Business, Kaya, doa, solat

Solat

Assalamualaikum..tentu pelik untuk tajuk kali ini kan? saya hanya ingin berkongsi sepintas lalu mengenai tajuk post kali ini.

Adakah anda bersetuju dengan post kali ini? Ok..untuk pergi lebih jauh, saya bawa anda berfikir mengenai sembahyang yang difardhukan (diwajibkan untuk muslim) seluruh alam. Azan sebelum sembahyang pun dah menceritakan semuanya..

Jika kawan anda pernah mengajak anda untuk bersolat ketika anda khusyuk membuat kerja dan anda menjawab ‘pergilah dulu, aku solat nanti’..apakah maknanya? maknanya anda mencari kaya didunia tapi belum konfirm kaya di akhirat dan dunia. Sebab dalam azan, marilah mengerjakan solat terlebih dahulu di sebut berbanding marilah menuju kejayaan. Ini menunjukkan kepada kita, untuk berjaya kita perlulah bersolat terlebih dahulu sebelum meneruskan semua kerja kita.

Itulah maksud saya dengan tajuk di atas. Jadi, untuk berjaya (kaya) anda perlu terlebih dahulu bersolat dan menjaga solat kita..Tapi solat perlulah bukan untuk kaya semata-semata..Ianya untuk kebahagiaan didunia dan akhirat kelak.

Sama-samalah kita bersolat dan menjaga solat kita kerana solatlah tiang agama..peringatan untuk saya dan kita semua. Wallahu’alam.

Pic credit to : http://fiqq.blogs.friendster.com/mohd_syafiq/

Kedai Online

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


  • UserOnline

  • Bookmark and Share