Bukti Pembayaran Tu Ape? Macamana?

Penulis: wanmus Kategori: Beli-belah | Buat duit | Bukti pembayaran | Business | Duit | eKamus | Internet | jomhosting | Kedai maya | myekamus.com Tarikh: 21 July 2010 | 19 komen

Ok..ni saya dah banyak dapat pertanyaan sebegini..Ada lagi best antar mesej atau email ” Saya dah buat bayaran”..Boleh ke macam tu? Ni sebab masih ramai yang tak faham apa itu bukti pembayaran walaupun mungkin ada panduan atau contoh diberikan.. Bila dah dapat email atau mesej macam ni, peninglah nak cari bayaran tu untuk apa dan akaun mana..kalau nama @ email tu sama seperti order tu takpe..ni buat order email lain, bayaran guna email lain..hoho pening..so ni ada sikit panduan menghantar bukti pembayaran

Ok macam ni..Biasanya setiap peniagaan online ni perlukan anda sebagai pembeli membuat bayaran ke akaun bank atau third party payment mereka (seperti paypal, 2co, libertyreserver dan macam2).. so macamana nak hantar kat diorang ni?

Pembayaran melalui bank

  1. 1- Online bank transfer: Jika anda membuat bayaran melalui akaun bank ke akaun bank yang sama, ianya akan terus aktif pada masa yang sama. Cuma anda perlu masukkan di ruangan “Recipient email:” tu dengan email si penjual tersebut. Di ruangan “Description of transaction:” tu perlu juga anda masukkan info penting kenapa bayaran dibuat. Ini contohnya:
  2. 2- Interbank GIRO Transfer: Perkhidmatan ini disediakan pihak untuk pindahkan wang dari satu bank ke bank yang lain dan biasanya caj RM2 dikenakan untuk setiap transaksi. RM2 murah jika anda perlu bersusah payah ke bank untuk bank in. Mula-mula anda perlulah pastikan bank mana untuk pindahkan wang ke akaun penjual tu. Semuanya seperti di bawah:
  3. 3- Bank-in guna Cash Deposit Machine..alaa mesin masuk duit kat bank-bank kan sekarang ni banyak..haa mesin tu lah..ok caranya mudah je..kan selepas anda masukkan duit guna mesin tu akan ada resit..Resit anda perlu scan dan emailkan kepada penjual..Kalau tak ada, amik gambar pun boleh asalkan detail penting pada resit tu nampak. Ni nak mudahkan penjual kenalpasti bayaran anda tu. Contoh resit scan tu seperti:

Pembayaran melalui third party payment transaction

  1. 1- Bayaran menggunakan paypal. Selepas membuat tempahan, anda boleh pilih untuk bayaran menggunakan paypal. Kemudian klik pada subscribe untuk buat pembayaran. Penjual akan mendapat makluman selepas bayaran dibuat.
  2. 2- Third party payment transaction yang lain seperti 2checkout.com, libertyreserve, ipay88 dan macam2 lagi, sistem hampir sama iaitu anda perlu masukkan email dan detail pembeli dan penjual..pastikan detail tu betul dan tepat.

Ok..

Selepas bayaran di buat

Anda perlulah email atau buka support ticket (jika ada) untuk maklumkan kepada mereka yang anda telah membuat bayaran..Bukan tulis “Saya sudah buat bayaran”…

TAPI..

Contoh email bukti pembayaran:

Saya telah membuat bayaran untuk domain dan hosting wanmus.com invoice #3858 seperti berikut:

Status:  Successful
Reference number:  1410698808
Transaction date:  21 Jul 2010 11:17:03
Amount:  RM75.00
From Account:  162508056916
To Open 3rd Party Account : 551306720733
3rd Party Email Address : saless@jomhostings.net
Account Holder Name : WANMUS TECHNOLOGIES

Hoho..so macam tu je lah..harap2 mudahlah urusan antara penjual dan pembeli atas talian (online) selepas ini..Jangan kita persusahkan sesuatu yang mudah.

**Tambahan: Jangan cuba menipu resit pembayaran sebab penjual boleh semak akaun mereka online time tu jugak.. Jika disyaki bukti pembayaran anda palsu, kan malu..hoho

Baca selanjutnya di:



  1. velasrizal

    resit kena simpan . penting tu..

    Yossi Benayoun Ke Chelsea, Joe Cole Ke Liverpool

    [Reply]

    wanmus Reply:

    memang pun..sangat penting.

    [Reply]

  2. Rhapsody Lin

    contct lens ku beli on9 dh sebulan lebih x dpt2 lagi. huhu

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tu beli dari mana? tu boleh call direct si penjual, kot2 dia tak perasan awak dah bayar.

    [Reply]

  3. shah

    haha.. tension gak dpt email mcm tu tp biasala wan kalo x bg tahu mane deorg tau bukti pembayaran tu ape..

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tu yang sampai buat entri khas untuk makluman kita sama2..

    [Reply]

  4. karim

    Tapi untuk semak pembayaran melalui maybank pun susah gak sebab takde detail(time&date), kalau cimb ada, 1 jualan sehari oklah tapi kalau berpuluh tak ke pening. Untuk pembeli yang dah buat pembayaran melalui ATM tu nak kena scan resit tak perlu kot sebab leceh la nak kena amik gambar/scan plak, bagi detail pun dah cukup rasanya.

    [Reply]

    wanmus Reply:

    maybank memang susah skit sebab takde detail time dan date pembayaran.cuma kita boleh kesanlah kalau bayaran waktu pagi, ianya akan duduk awal skit kat list transaction..tu je..

    [Reply]

  5. Fazli

    bagus betul penerangan. harap orang yang tak pandai buat online banking baca. hehehe…

    [Reply]

    wanmus Reply:

    sangat2 perlu di baca..supaya semua senang untuk berurusan..

    [Reply]

  6. Juan

    Moga takde lagi yang bertanya.. “Bukti pembayaran itu apa?” Haha..

    [Reply]

    wanmus Reply:

    kalau ada tanya juga, minta mereka baca kat sini je..hehe

    [Reply]

  7. Anarm

    info yg serba lengkap.. bagus! *angkat ibu jari tangan*

    nnt kalo ade yg tanye Bukti bayaran tu ape, bleh directkan terus ke entri ni..

    [Reply]

    wanmus Reply:

    drectkan aje..nanti kita tak pening dah nak terang..hehe

    [Reply]

  8. Nasrul Hanis

    Benda penting. Tapi ada yang buat x kisah. Bila nak guna dan tersalah, baru nak gelabah. Hoho.

    [Reply]

  9. boy_bersahaje

    masa aku baru berkecimpung dengan dunia online ni, aku pun pening tang mane nk tunjukan bukti pembayaran. bukan pening je, tapi siap takut kalau ada apa2 prob. tapi bukan lagi sekrang…mostly beli barang sekarang online. hahahaha. nice sharing mus! memudahkan newbie

    [Reply]

  10. lin azlina

    saya dulu pun cam pening gak caner nak tahu org tu dah terima pembayaran kita…caner nak buktikan kita dah buat pembayaran…tp itu dulku..skang dah pandai..hehe

    [Reply]

  11. kasimo

    link ke post ni boleh diletakkan di laman maklumat pembayaran ni..

    senang sikit keja aku

    [Reply]

  12. mhnizam

    pembayaran kena la bagi ke email yang diberikan,sales@jomhosting.net tul tak hehe?sebab selalu hantar bukti pembayaran ke situ

    [Reply]

CommentLuv badge