Boikot KFC Malaysia?
Ramai yang beranggapan KFC dari Amerika dan kerana Amerika sokong Israel, jadi kita perlu boikot KFC. Memang tidak dinafikan Kentucky Fried Chicken asalnya dari North Corbin, Kentucky, US dan bermula sejak 1929 lagi. Tapi tahukah anda siapa yang menguruskan KFC di Malaysia? Baca seterusnya..
Kulim (M) Berhad adalah antara anak syarikat Jcorp atau Johor Corporation dalam bidang perladangan kelapa sawit pada asalnya. Tahun demi tahun, Kulim Bhd ini telah melangkah lebih jauh. Begitulah sehingga Jcorp melalui Kulim (M) Bhd berjaya mendapatkan QSR Brands Bhd yang mana pemegang saham terbesar KFC Malaysia.
Selain Restoran KFC yang kita selalu gi makan tu, KFC Holdings juga mempunyai beberapa lagi anak syarikat yang kita semua pasti tahu iaitu Pizza Hut, Rasa Ayamas dan Sos Life. Anda boleh layari laman web mereka untuk mendapatkan info lanjut, Kulim (Malaysia) Berhad, QSR Brands Berhad, KFC Holdings Berhad, Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd dan Ayamas Food Corporation Bhd.
Kajian saya ini bagi mengesahkan bahawa penerangan oleh email dari Muhamad Ammar Abdullah, Halal Audit Executive, KFC Holdings (M) Bhd adalah benar. Email beliau adalah seperti berikut.
Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata “baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin”… .dah banyak sms yang saya dapat…daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.
Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.
akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :
Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.
sekian.
Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
Baca selanjutnya di:













25 January 2009
Masa 12:16 am
oo, bagus info ini.
saya dapat info juga, yg menyatakan KFC tidak menyalurkan sebarang keuntungan kpd US.
tapi ada khabar mengatakan bahawa KFC telah ditukar nama dan logo kepada Kitchen Fried Chicken.Sahih ke malklumat ini?
Minta penjelasan kalau dapat huraikan persoalan ini..
[Reply]
25 January 2009
Masa 9:27 am
tak pasti lah pulak tentang tu safuan. kalau betul pun, mungkin masih di peringkat perbincangan. Tapi di website KFC Malaysia, KFC tu masih Kentucky Fried Chicken dan bukannya Kitchen Fried Chicken.
[Reply]
29 January 2009
Masa 9:53 am
“tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.
Daripada petikan ini, adalah meyakinkan bahawa KFC malaysia, masih lagi menjadi francais di sini. betul tak, kalau kita bayar guna nama, jadi kita bayar juga namanya tu.
ada sape nak komen
[Reply]
29 January 2009
Masa 12:17 pm
Sudah tiba masanya KFC ditukar nama. Mengapa perlu bayar penggunaan nama. Kalau dimaklumkan kepada semua saya rasa rakyat Malaysia akan terus membeli juga. Rakyat Malaysia akan berbangga mempunyai jenama ayam goreng sendiri.
[Reply]
29 January 2009
Masa 12:27 pm
Saya juga ingin response kepada persoalan Zalie. Ada betulnya keuntungan KFC M’sia disalurkan ke US. Berapa JCorp bayar kepada KFC US? Walaupun bayaran untuk penggunaan nama sahaja, ianya tetap wang yang disalurkan kepada US. Saya rasa yurannya bukanlah setakad RM100 – 1000 setahun. Mungkin lebih dari itu. RM 1 juta mungkin???
[Reply]
30 January 2009
Masa 3:29 pm
korang keje bwh kfc, then mesti gune hasil die utk bayar nama KFC tu. even korang x salur keuntungan, tapi korang still bagi duit kt US/JEWBITCH dengan pembelian nama KFC tu. x same? x leh pikir? klau boikot kfc, so trus xde 1 sen pon disalurkn ke US/JEW. senang.
“bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia ?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini.” <<rm9billion orang idon bwk kuar dari keje construction, drpd bagi kt indon, asal x bagi kt orang islam msia. tu ar orang kite memilih sangat. pui.
[Reply]
31 January 2009
Masa 1:46 am
just ingin berkongsi.. mungkin betul niat kita untuk menghalang sesen pelaburan ke US. tapi mungkin juga kita perlu paham yang mana-mana perniagaan francais terlibat ikatan kontrak. Mungkin kerana kontrak yang telah termeterai lama dahulu menyebabkan sampai sekarang nama KFC masih lagi Kentucky Fried Chicken. Jadi saya tidak menyokong ataupun menghalang anda..Tepuk dada, tanya selera..wallahualam.
[Reply]
01 February 2009
Masa 3:27 pm
Terima kasih atas perkongsian maklumat mengenai KFC…..nampaknya adalah lebih baik pihak yang berkenaan beri keterangan atau penjelasan berkaitan produk mereka kononnya takde kaitan dengan salurkan wang jualan ke US
[Reply]
07 February 2009
Masa 6:00 pm
salam…betul kata hazman…pihak kfc malaysia sepatutunya menhebahkan kepada media,samada media elektronik atau media cetak.bukan sekadar bercerita di internet.ini mengukuhkan lagi kepercayaan pennguna kepada kfc…akan tetapi,sesuatu yang belum pasti,lebih baik kita katakan tidak
[Reply]
07 February 2009
Masa 7:09 pm
Kepada Hazman dan Sokong Hazman, ada betul kata awk. tapi biasalah bila sesuatu tu disebalik nama perniagaan yang besar yang perlukan kepastian dan hitam putih dahulu barulah boleh diumumkan..
[Reply]
07 February 2009
Masa 8:41 pm
Kalau info ini benar, dan KFC langsung tiada kena mengena dalam menyalurkan sumbangan kepada US, maka saya rasa sewajibnya pihak KFC warwarkan pada media, Buletin Utama khususnya, supaya semua orang di Malaysia tahu. Jangan salahkan orang ramai yang membabi buta mengambil keputusan memboikot KFC. Bukan senang nak boikot KFC. Sape je dalam dunia ni yang tak suka KFC?? . Jadi saya rasa, lebih baik sebarkan perkara ni dalam akhbar,TV dll. Wassalam
[Reply]
07 February 2009
Masa 11:48 pm
Bukan..maksud saya memang ada wang disalurkan untuk KFC kat US tapi atas dasar nama pinjaman semata-mata kalau ikut apa yang diceritakan. tapi boikot tu atas inisiatif kita sendiri. Anda pikirlah yang mana terbaik
[Reply]
23 February 2009
Masa 11:44 pm
BOIKOT ZIONIS! BOYCOTT ISRAEL
Assalaamualaikum..
Saya tak mahu komen samada KFC ada kaitan dengan Zionis/Israel atau tidak. Apapun saya tidak masukkan KFC ke dalam senarai boikot saya.
Teruskan BOIKOT. BOIKOT ZIONIS! JAHANAM ISRAEL. Semoga boikot kali ini akan berterusan, bukan sekadar manifestasi kemarahan, yang bersifat sementara. Matlamat akhir kita sepatutnya ialah melemahkan (kalau pun tidak boleh melumpuhkan) ekonomi Zionis supaya:
1. Sumbangan dana oleh syarikat-syarikat Yahudi kepada pelobi-pelobi polisi di Amerika (dan egara-negara maju lain) berkurangan dengan ketara (kalau pun tidak terhenti sama sekali). INI YANG PALING PENTING.
2. Sumbangan dana oleh syarikat-syarikat Yahudi kepada Negara haram Israel berkurangan dengan ketara
3. Pelaburan syarikat-syarikat multinasional Yahudi di Israel berkurangan dengan ketara
Saya berkempen supaya memboikot perniagaan Zionis Yahudi secara spesifik/terpilih, seragam dan berterusan. Saya mengenengahkan pendekatan yang pratikal, yang mudah diikuti oleh khalayak—HANYA SATU JENAMA UNTUK SETIAP PRODUK. Risalah-risalah berwarna dibuat sendiri, mengandungi hanya produk yang ada di pasaran Malaysia sahaja. Setiap syarikat yang tersenarai dituruti dengan barisan produk-produk masing-masing berserta tanda dagang dan logo.
Untuk memuat-turun risalah-risalah dalam format PDF sila ke blog saya:
http://boikot-boycott.blogspot.com/
Blog ini khusus untuk wacana boikot. Risalah-risalah dikemaskini secara berterusan dari masa ke semasa.
Semoga Allah memberkati usaha anda
AntiJajah.
[Reply]
25 February 2009
Masa 12:59 pm
Kalau takleh makan kfc..makan la radix fried ciken… dia ada radix cola gak..sebijik set cam kfc nye snack plate tu…lagi satu dah sah sah tepung goreng ayam semua keluaran radix…mai la..!
[Reply]
25 February 2009
Masa 10:46 pm
tu ar..dah lama nak try..tapi sebab ada satu je kat Kedah tu..huhu..satu lagi, utk jadi francaiser Radix Fried Chicken ni, kosnya RM1 juta..huhu..satu lagi iklan kurang meluas, tu kurang ramai nak amik francaiser Radix FC ni kot..tapi apa2 pun, sokong Radix Fried Chicken
[Reply]
09 March 2009
Masa 10:05 am
Terima kasih atas perkongsian… Begitu bermakna…
Dgn rendah hati, sy berpendapat, bukankah dengan teknologi KFC yang dah bertahun-tahun kita gunakan, kita cuba terapkan dan hasilkan produk kita sendiri? Selain daripada membayar yuran francais kpd induk KFC d US?
Mungkin resepi rahsianya tidak diketahui (12 ’secret spices’ kannn), tetapi itu boleh diusahakan dengan citarasa Malaysia. Pengalaman sy merasai KFC di luar negara (yg halal tau), rasanya sungguh berbeza dgn rasa yg sy alami d M’sia. Secara jujur, x sesedap d M’sia. Pendek kata, citarasanya cuba memenuhi rasa penduduk tempatan luar negara tersebut.
Kesimpulannya, kita boleh dlm ertikata tidak langsung ‘memboikot’ produk US, dan pada masa yg sama memartabatkan produk kita esp. produk muslim.
Atas kelemahan sy yg dibesarkan dlm dunia yg tidak terlibat secara langsung dgn perniagaan. Namun, sy menyokong 100% mana2 muslim yg berjihad menegakkan ekonomi islam…
Wallahu’alam
[Reply]
10 March 2009
Masa 10:54 am
Terima kasih atas pandangan Rawhi. betul juga atas pandangan anda, ssebaiknya KFC sendiri yang muncul dan ceritakan hal sebenar. Saya pasti ramai orang Malaysia nak tahu.
[Reply]
26 March 2009
Masa 3:39 pm
MUKA SEBENAR SYARIKAT YAHUDI……?
Salam ukhwah,
Pengumuman dari web HPA:
KFC telah menghantar surat peguam meminta agar semua gambar RFC Sg.Petani yang berwarna marah di keluarkan dari semua website HPA dan website Ahli HPA SEBELUM 31 March 2009. Warna Rasmi RFC, Orange seperti RFC Alor Setar.
Ulasan Tn Haji Ismail:
Buat perubahan segera!
Pada semua ahli-ahli yang memasukkan gambar RFC hendaklah membetulkan semula dengan warna oren hitam (Identiti HPA). Ini akan membezakan antara RFC dan KFC. Sudah sampai masanya kita membuat perubahan ini dan identiti kita membayangkan misi yang jelas “Produk Halal tanggung Jawab Bersama”.
RFC juga membuat tuntutan agar hal ini diuruskan segera sebelum hujung bulan march ini dan bagi bagi pehak HPA kita tidak ada masalah dalam soal warna kerana yang kita perjuangkan ialah peniagaan bukan warna. Semua ahli-ahli perlu membuat perubahan segera bagi membuktikan kesatuan kita tersusun dan akur dengan arahan yang diberikan. InsyaAllah.
dipetik dari
http://www.hpa.com.my
keterangan lanjut di
http://www.duniaherba.net/zidlan
[Reply]
26 March 2009
Masa 4:05 pm
oo.. kepada ahli HPA yang terbabit, sila ambil tindakan lanjut
[Reply]
27 May 2009
Masa 8:19 pm
kamu gi boikot la… nanti ekonomi malaysia akan jadi lebih teruk lagi
[Reply]
22 June 2009
Masa 7:29 am
mana ada ekonomi malaysia teruk. Dalam paper, Muhd Nuh bg kenyataan, 20 peratus barangan Malaysia untung menaik sebab ada proses boikot. Lagi boikot, lagi untung malaysia. Kenyataan ni pun dah lama. Btw, yuran penggunaan nama, 6 peratus keuntungan, means 58 juta ringgit malaysia setahun.
[Reply]
16 August 2009
Masa 12:48 pm
apa pun, KFC tetap membayar kepada syarikat yahudi. dan duit tu juga yang digunakan untuk membunuh saudara kita di palestin.
[Reply]
18 August 2009
Masa 7:36 pm
kalau kfc tu m’sia punya, kenapa ada government tax?
[Reply]
18 August 2009
Masa 8:41 pm
@tralala: sebab bisnes tu kt Malaysia, so memang ada cukai
[Reply]
29 August 2009
Masa 12:20 pm
Kalau nak tahu berapa KFC bayar franchise fees, bacalah dari KFC Holdings Annual report 2008 di http://www.kfcholdings.com.my.
Saya amat berharap seseorang yg berkelulusan akaun membaca report ini dan dapat berkongsi jumlah ‘franchise fees’ nya bersama kita. Saya tak berani nak nyatakan kerana saya bukan akauntan, takut salah baca report tu dan menimbulkan fitnah.
[Reply]
29 August 2009
Masa 1:25 pm
@Razman: a’aa betul jugak tu.mesto ada dalam annual report jumlah fees yang kene bayar tu..
[Reply]
08 November 2009
Masa 7:32 pm
(edit statement)hahaha..camner statement penggunaan nama je digunakan sebagai alasan agar kita tidak perlu boikot KFC. saya faham usaha murni yang dilakukan tapi sehingga ada tak usaha untuk menghentikan pembunuhan saudara2 kita di palasten sana…sedih napa tidak terfikir ke situ..
jangan kerana dok terfikir sangat nak tolong bangsa Melayu, kita biar maruah agama tercemar dan dibunuh..!!fikir-fikir kan…
[Reply]
16 December 2009
Masa 11:05 pm
Assalammualaikum wrb.
banyak pendapat kita dengar pasal boikot kfc ni. sebelum kita betul-betul yakin dengan JANGAN BOIKOT KFC, kita perlu tahu asal usul penubuhan kfc dan susur galur organisasi dia juga. kenapa kita kata kfc malaysia takde kaitan dengan US ISRAEL walhal kfc tetap membayar certain amoun kepda US. kfc kat seluruh dunia ni buka branch melalui sistem francais, kita semua tahu bila sebut francais, maka ia tetap kene bayar royalti sebab ‘BRANDING’ atau kita sebut sebagai ‘PENJENAMAAN’. beberapa tahun lalu syarikat RFC malaysia telah disaman oleh KFC Pusat yang terletak di US hanya kerana menggunakan warna yang sama pada logo restorannya. jadi, boleh ke kita kata kfc malaysia fully owned by Johor Corporation?
Mengapa ia diberi nama kentucky fried chicken? kfc ni awal-awal diusahakan di satu daerah di US iaitu Kentucky. thats why ia diberi nama kentucky fried chiken. semua bisness di US dikehendaki membayar kepada pihak kerajaan US, kita semua tahu kerajaan US melaburkan sebahagian daripada keuntungan negaranya untuk membiayai atau membantu kegiatan ISRAEL. syarikat KFC sahaja menerima sebahagian dari keuntungan melalui rangkaian antarabangsa. cina adalah negara paling banyak cawangan kfc iaitu melebihi 1000 cawangan di seluruh negaranya. sila rujuk sejarah penubuhan kfc di enjin carian google, taipkan ‘the history of kentucky fried chiken’, you can find so many link yang cerita pasal sejarah kfc ni, salah satunya ialah http://www.answers.com.topic/kfc-corporation.
mengapa kita perlu takut pekerja2 di kfc hilang punca pendapatan sedangkan mereka boleh diberi inisiatif untuk bekerja di tempat lain. sebahagian daripada kita berebut2 nak buat francais kfc sedangkan di Malaysia telahpun diwujudkan RFC (RADIX FRIED CHIKEN) yang fully owned by usahawan Muslim, RFC adalah di bawah HPA. HPA tidak pernah mengimport ayam dari mana2 negara tetapi menternak ayam sendiri. ayam HPA pula diternak mengikut cara ISlam malah reban ayam HPA didendangkan dengan ayat al quran selama 24 jam sehari tanpa henti, ia tidak disuntik dengan ubat hormon seperti mana ayam yang terdapat di pasaran. untuk pengetahuan para pembaca permintaan terhadap ayam di negara kita malaysia ni terlampau tinggi, ayam di negara kita tak cukup untuk menampung permintaan yang tinggi itu, disebabkan permintaan yang tinggi, maka terpaksa lah negara kita import ayam dari luar negara. kita kata JAKIM buat pantauan kat tempat sembelihan ayam Ayamas yang supply ayam ke KFC dan PIZZA HUT, lepas tu dapat HALAL JAKIM, memang betul, adakah kita pernah terfikir, JAKIM pernah tak sampai ke luar negara untuk buat pantauan terhadap cara sembelihan ayam ni. negara jiran kita ialah Thailand, sumber ayam juga boleh didapati dari negara jiran ini, kita sendiri tidak yakin dengan cara penyembelihan ayam ni.
apa nak takut, tak dapat kerja kat kfc, banyak lagi sumber rezeki yang baik2.
kfc is wholy owned by Yum! Brands Inc. wich also operates the Pizza Hut, Taco Bell, long John, Silvery and A&W. pada July 1971, kfc merge dengan Connecticut-based Heublein Inc. a speciality food and alkoholic beverage corporation. sila layari http://www.answers.com.topic/kfc-
corporation untuk maklumat lanjut.
kalau kita kata kfc tidak membiayai ISRAEL, di sini buktinya http://www.jewishvirtullibrary.org/jsource/states/KY.html
tak sesuai jika kita katakan kfc malaysia fully owned by johor Corporation. pada 1986 PepsiCo telah membeli kfc dengan harga $840 billion USD. dalam senarai barang yang harus di boikot, Pepsi adalah salah satu jenama minuman yang harus diboikot kerana membantu ISRAEL.
wallahua’lam.
Dari Kepten LT ustaz Muhammad Kausar http://lt-network.ning.com
[Reply]
wanmus Reply:
December 17th, 2009 at 2:00 am
KFC Malaysia memang fully owned by jcorp cuma lesen kfc tu masih di bayar ke KFC HQ sebab guna nama KFC..
[Reply]
17 December 2009
Masa 2:38 am
Hahahaha…
Kalau korang betul nak boikot tak payah lah guna internet dah..internet ni mai dari mana…cuba pikirkan…
komputer ni sape yg buat…cuba pikirkan..
tu..hari2 korang buka email yahoo ke..gmail ke..sape yg buat?
yahoo gan google ni tak tau berapa juta salur duit kat benda2 tu…harharhar.
kalau betul2 nak boikot bukan sekadar melepaskan kata-kata…alamat nya kena hidup dan tinggal di dalam hutan lah.
sesungguhnya org2 yahudi ni memang pegang ekonomi dunia..tak dak sape mampu nak goyahkan mereka buat masa sekarang. Amerika pun dibawah telunjuk yahudi..har har har..
Lantak pi lah…
Yg baik kita ambik yg buruk kita buang…
org kita sendiri pun bukan bagus sgt pun..ramai yg dok dengki sana sini..berebut harta lah..dan mcm2..
[Reply]
wanmus Reply:
December 17th, 2009 at 4:03 am
betul tu bro. kita takleh boikot 100%, sebab kalau cek balik kebanyakkan barang hasil dari sebelah sana jugak..fikirlah..
[Reply]