Blog PR0 Tetap Boleh Buat Duit?
Hai sahabat semua..still mencari ilmu di internet? still mencari idea bagaimana menjadi wang atau duit di internet dengan blog atau tanpa blog? Banyak peluang sebenarnya tapi pastikan anda memilih dengan betul. Ok..kali ni saya berkongsi cara buat duit di internet menggunakan blog..Opppss..Bukan blog yang dah bertahun tapi blog baru PR 0 yang dah di index google seperti email yang saya dapat di atas..ok, panjang lagi cerita ni
Apa beza blog PR0 dan blog baru? ok..macam ni, blog baru biasanya yang belum di index oleh pak cik google biasanya akan di tulis N/A kalau kita check page rank di digpagerank dan sebagainya. Jika PR 0, ini bermakna blog anda dah di index google tapi ranking anda masih rendah atau tiada backlink, thats why PR 0.
Bagi memudahkan pak cik google hantar angkatan crawler ke blog anda untuk di index, lepas buat blog atau tulis post:
- rajinlah submit post ke digg, technorati atau submit ke social bookmark yang lain.
- Atau anda boleh gunakan ping servis yang ditawarkan percuma seperti pingoat atau pingates.com
Ok..lepas dah ada blog PR0 dan dah ada content yang menarik, bolehlah anda mula mencari blog post programme contohnya BuyBlogReviews.com (BBR). Saya baru sahaja dapat offer job dari mereka (gambar di bawah) tanpa saya perlu bid (sebab kekadang advertiser pilih sendiri blog yang mereka berkenan) iaitu buat review mengenai tile rumah dan blog saya tu masih PR 0!.
Review itu berharga USD10 (RM34.50) dan pembahagian keuntungan dalam program ini ialah 70-30 iaitu blogger 70% dan mereka (BBR) 30%. So untuk review job ni saya dapatlah USD7 atau lebih kurang RM 24.. RM24 dengan menulis sekitar 200++ di rumah adakah susah? ianya tak susah dan sangat mudah. Cukuplah jika ianya sebagai pendapatan tambahan..tapi jangan terkejut, sebab ada job berharga ratusan dollar tau..nanti saya tunjukkan.
Mengenai program ni, ianya dah bermula seawal 2000 tapi lebih kepada market oversea..so blog anda mestilah dalam BI kalau nak join. Servis mereka ialah sebagai platfrom antara advertiser untuk menawarkan job kepada blogger bagi mengiklankan blog atau web mereka. That’s why nama program ni Buy Blog Reviews. Secara mudahnya:
Blogger menulis review tentang blog/web advertiser
Ok..sampai di tahap ni, sebelum mendaftar di program ni, anda perlulah ada content/personal blog yang mendapat paling kurang PR0 (minimum PR 0, lagi tinggi PR lagi bagus)). Dah ada? kita pergi ke proses mendaftar anda dan blog di program ini.
1. Mendaftar
Untuk mendaftar, anda boleh ke BuyBlogReviews.com dan klik butang Free Sign-up atau getting started seperti gambar di bawah. Pilih blogger jika anda ingin buat duit dengan menulis review, dan pilih advertiser jika anda nak keluarkan duit untuk blogger lain menulis review tentang blog/web anda di sini:
2. Memahami Panel Akaun
Setelah akaun anda di terima (aprrove) atau di aktifkan, anda bolehlah login ke sistem mereka. Rupa (interface) ruangan akaun anda adalah seperti di bawah. Saya terangkan serba sedikit fungsi dan bagaimana sistem ini berfungsi:
- Ruangan 1 dan 3 menunjukkan jumlah pendapatan anda setakat ini. Jika akaun baru, ianya tertulis $0.00
- Recent bids menunjukkan jumlah bid yang anda telah sertai
- Ruangan 4 menunjukkan jumlah review jobs yang telah anda siapkan.
- Ruangan lain anda boleh fahami sendiri fungsinya dengan mudah.
3.Daftar Blog anda
Untuk daftar/masukkan blog anda pada sistem BBR ini, anda perlu klik pada tab “Manage Blogs”. Kemudian klik pada “Add New Blog”. Isikan ruang yang diperlukan mengenai blog anda. Setelah siap diisi, tekan “save” dan 1 email blog anda telah dimasukkan akan dihantar TAPI blog anda masih belum diterima (approve)! beri mereka masa 72 jam untuk review blog anda dulu sebelum mereka approve.
4. Mencari JOBS
Setelah blog anda di terima (approve) anda akan mendapat email makluman dan selepas itu, terus masuk ke akaun dan mula mencari job yang sesuai dengan kategori blog anda. Untuk Mencari job, klik pada “Find Opportunities” dan akan terpampang berpuluh, beratus jobs untuk anda pilih yang mungkin sesuai untuk kategori blog anda. Tips: Cari jobs yang berkaitan blog anda sahaja.
5. Bid JOBS
Jika anda dah jumpa job yang sesuai dengan blog anda dan harga offer pun anda berkenan, klik pada link jobs berkenaan. Ok, mengenai JOB ni, anda perlu lihat beberapa point sebelum bid. Point 1, anda perlu semak tarikh akhir offer berkenaan, kalau dah luput, abaikan job berkenaan. Point 2, semak kategori blog yang advertiser inginkan. Point 3, fahami apa yang advertiser inginkan dan jangkamas yang diberi. Jika mampu buat, amik je..Jika tak, abaikan. Point 4, jika semua anda dah tepati syarat, klik pada “BID NOW”.
6. Menulis Review
Jika offer bids anda diterima, atau anda ditawarkan jobs berkenaan, sila respon yang mengatakan anda terima offer berkenaan dan mula menulis review secepat mungkin sebelum tarikh due date yang ditetapkan. Jika anda terlambat, bayaran tidak akan diberikan dan job akan ditarik balik.
7. Setelah siap Review
Selepas dah siap tulis review, post kan review berkenaan di blog anda. Kemudian login ke BuyBlogReviews.com dan klik pada “Bid(s) won” dan klik pada job tersebut. Nanti akan ada satu link untuk anda klik jika review job telah anda siapkan untuk maklumkan pada advertiser. Isi ruangan tersebut dengan URL post di blog anda tadi dan sedikit komen kepada advertiser. Maaf gambar tak ada sebab tak sempat nak capture sebelum ni. Setelah semuanya anda dah submit, maka selesailah tugas anda dan nantikan je duit dari advertiser..ni contoh job yang telah saya siapkan.
8. Soal jawab
Jika anda perlukan lebih kefahaman, anda boleh baca FAQ iaitu di BuyBlogReviews.com di bahagian bawah page akan ada link FAQs. Untuk cara bayaran pun ada diterangkan dan semestinya ianya menggunakan Paypal.
9. Sedikit tips
Tips untuk anda:
1. Daftar blog @ jobs pada kategori yang betul.
2. Jangan set offer bids terlalu tinggi tapi jangan pula terlalu rendah.
3. Semasa daftar blog, terangkan secara ringkas dan padat mengenai blog anda pada ruangan “blog description”.
4. Terangkan kelebihan anda dan blog anda.
5. Bertindak cepat pada sebarang offer atau opportunities yang memberi wang kepada anda.
Fuhhh panjang jugak tulisan saya kali ni..ni dah boleh buat ebook ni..sape nak beli? hehehe..mana ada ebook, free je baca di blog saya ni..cukuplah korang yang dapat ilmu ni doakan saya dan keluarga semoga sihat dan selamat di dunia dan akhirat..aminnn.insyallah..Kalau tak faham boleh tanya dan insyallah saya cuba menjawabnya jika saya tahu. Wallahualam.
Baca selanjutnya di:






















21 November 2009
Masa 3:32 pm
dasat ah..satu pembongkaran yang telus..haha..sape tak baca ni memang rugi beb..hehe..
tahniah dan bagus..
p/s:ngah makan ayam penyet ke?hihi
[Reply]
wanmus Reply:
November 21st, 2009 at 3:35 pm
thanks bro..makan masa 3-4 jam untuk tulis psot ni tau semata-mata nak kongsi ngan korang semua..rugilah kalau tak gerak..
p/s: ayam penyet buka malam je..hehe
[Reply]
rohaizad Reply:
November 21st, 2009 at 11:25 pm
Yaayyy….!!!
Tahniah!!!
Ini bermakna satu lagi ayam penyet akan tersedia di atas meja!
[Reply]
wanmus Reply:
November 22nd, 2009 at 12:43 am
haha..tadi baru pekena
[Reply]
reezluv Reply:
November 21st, 2009 at 11:50 pm
oho..nak register free je kan?erm..best2..ada site lain tak?kot leh share kat forum duniablogging tu ke?
p/s:aritu aku datang jb, tak merasa ayam penyet lagi..haha
[Reply]
wanmus Reply:
November 22nd, 2009 at 12:45 am
ni boleh tunjuk ajar sebab dah dapat payment. nanti yang lain kalau dapat, leh tunjuk ajar..hehe..nak selebihnya, ijad ada list..rasanya dah ada kat forum kita tu
[Reply]
21 November 2009
Masa 3:42 pm
Satu pembongkaran yang menarik (actually saya pun xtaw kewujud BBR ni)
Terima kasih banyak2 bro wanmus. Bulan depan leh blanje nasi ayam penyet (dengan nada yang amat seronok) hehe
[Reply]
wanmus Reply:
November 21st, 2009 at 3:51 pm
hehe..boleh je bro..apa lah snagat nasi ayam penyet tu..hehe
[Reply]
Aqif Reply:
November 21st, 2009 at 3:58 pm
Ha..itulah yang nak dengar.
[Reply]
wanmus Reply:
November 21st, 2009 at 4:01 pm
bro..seminar nanti konfirm makan ayam penyet..hehe
[Reply]
21 November 2009
Masa 3:45 pm
Pergh..thanks wanmus.. teruja saya nak ber blogging =)
Thanks for the step.. saya try follow pelan2..
[Reply]
wanmus Reply:
November 21st, 2009 at 3:51 pm
welcome bro..itu yang saya nak dengar..semoga makin bertambah blogger malaysian boleh buat duit dari blog
[Reply]
21 November 2009
Masa 3:53 pm
dasat BBG nih… dlm email pun hantar job… gempak…
sblm buat blog, daftar jek dulu dgn any domain yg ada, lepas tu baru tengok jenis blog yg banyak dpat jobs, lepas tu apa lagik, buat la niche blog sendiri…. hoho….
tgh pikir pasal travel blog nih…..hmm….
[Reply]
wanmus Reply:
November 21st, 2009 at 3:55 pm
good luck bro
[Reply]
21 November 2009
Masa 3:55 pm
terima kasih,
sangat bermanfaat…. mana nak cari macam ni punye kawan….:)
[Reply]
wanmus Reply:
November 21st, 2009 at 3:56 pm
alaa abg kamaruzaman pun banyak berkongsi kat blog tu..tak lama lagi sedaplah tu income dari blog..hehe
[Reply]
21 November 2009
Masa 4:14 pm
Terima kasih wanmus. Selain payperpost ada juga kewujudan baru ya. Kalau blog selain pr 0 memang tak boleh join ke ?
[Reply]
wanmus Reply:
November 21st, 2009 at 6:55 pm
Blog minimum PR 0 bro, lagi tinggi PR lagi bagus..
[Reply]
21 November 2009
Masa 5:14 pm
Wanmus awak daftar web hosting & pakai yang mana nie? maksud laman web hosting mana? cth:-http://www.jomhosting.net/ ..saya nak register blog saya tapi tau lagi bab lum ada pengalaman dalam bidang web hosting nie..harap cepat balas erk
[Reply]
wanmus Reply:
November 21st, 2009 at 7:18 pm
yup semestinya saya gunakan http://www.jomhosting.net/
[Reply]
21 November 2009
Masa 6:16 pm
Terima kasih bagi tips bro. Aku memang dh daftar lama dah dgn BBR tapi tak tahu plak yang PR0 pun bleh apply. Huhuhuhu.
[Reply]
emyshahril.com Reply:
November 21st, 2009 at 6:18 pm
*BBG lah bukan BBR, excited sgt nak submit blog sampai salah taip. Minta tolong editkan ye Wanmus.
[Reply]
wanmus Reply:
November 21st, 2009 at 7:16 pm
hehe..takpe bro..BBR ke BBG ke, yang penting klik betul dan leh wat duit..hehe
[Reply]
21 November 2009
Masa 6:18 pm
thanks bro..satu lagi peluang cari duit melalui blog..
satu pendedahan yg sungguh berguna..
[Reply]
wanmus Reply:
November 21st, 2009 at 7:16 pm
sama2. yang berguna tu lah kita nak kongsi.
[Reply]
21 November 2009
Masa 8:42 pm
thanks bro.. very good to try
[Reply]
wanmus Reply:
November 21st, 2009 at 9:01 pm
welcome bro
[Reply]
22 November 2009
Masa 7:00 pm
fuh pendedahan yang hebat ni bro. kalau buat ebook boleh dapat subscriber ramai nie. tahniah bro wanmus atas satu lagi pendedahan dan penerangan yang amat jelas.
confirm lepas ni trus apply, apa apa je yang tawarkan pendapatan dalam dunia siber ni jgn dilepaskan. betul tak bro? tahniah sekali lagi
syed akmal
blogging for fun, people & information
wwwsyedakmalcom
[Reply]
wanmus Reply:
November 23rd, 2009 at 1:08 am
ilmu yang bagus tak perlu nak disorok bro..hehe..entahlah pada mulanya tak nak buat ebook sebab ingat ringkas tapi dah tulis tu panjanglah pulak macam dah boleh buat ebook..hehe
[Reply]
22 November 2009
Masa 8:53 pm
Aku baru dapat bayaran dari sponsored reviews. Tak banyak tapi totally dari blog PR 0 jugak. Baru sahaja update di blog.
[Reply]
wanmus Reply:
November 23rd, 2009 at 1:11 am
wahhh rezeki bro..congratz
[Reply]
23 November 2009
Masa 12:50 pm
ohh.. akhirnya.. ada pembongkaran disitu .. nampak gaya review saya dulu memang agak tepat
[Reply]
wanmus Reply:
November 24th, 2009 at 7:25 am
review apa bro?
[Reply]
23 November 2009
Masa 8:26 pm
bleh buat ebook percuma nih… buat ebook viral bleh jugak nih…
[Reply]
wanmus Reply:
November 24th, 2009 at 7:26 am
hehe..mujur saya ni bukan kaki buat ebook..hehe
[Reply]
24 November 2009
Masa 12:54 am
Cayalah bro..takder kat situ kat tempat lain pun banyak peluang kan…hehehehehe..good info..
[Reply]
wanmus Reply:
November 24th, 2009 at 7:29 am
yup bro..tulah smart blogging..banyak lubang leh wat duit..rugi betul sape tak join seminar smart blogging tu
[Reply]
24 November 2009
Masa 1:32 am
wah kemas info
saya d dpt payment untuk BuyBlogReviews.com
mmg sikit payment tp
kalau d wt 2-3 kali
cecah rm100
ekeke
[Reply]
wanmus Reply:
November 24th, 2009 at 7:48 am
yup..memang bagus bro
[Reply]
24 November 2009
Masa 4:38 pm
Aku baru daftar..
Nak tgk lah opportunity ,,
mana tau ada sangkut
[Reply]
wanmus Reply:
November 25th, 2009 at 12:06 am
Daftar je bro..free je..insyallah rezeki ada di mana2
[Reply]
26 November 2009
Masa 8:43 pm
yup. memang leh buat duit dengan cara nih. dulu rajin wat. sekarang agak sibuk sket..
[Reply]
wanmus Reply:
December 1st, 2009 at 2:59 am
wahh..sharelah sikit teknik2 rahsia bro kalau ade..hehe
[Reply]
27 November 2009
Masa 11:19 pm
telus …betul .. anda memang hebat
[Reply]
wanmus Reply:
December 1st, 2009 at 3:01 am
sekadar berkongsi bro
[Reply]
29 November 2009
Masa 10:05 pm
Belum dapat sebarang tawaran yang diapprove lagi. Bid yang dikira agak rendah juga r…
[Reply]
wanmus Reply:
December 1st, 2009 at 3:02 am
mungkin advertiser lambat reply kot.
[Reply]
30 November 2009
Masa 10:01 pm
terima kasih, review bisnis online yang sungguh detail. Aku pun berminat ni.
[Reply]
wanmus Reply:
December 1st, 2009 at 3:03 am
welcome bro..jom kita sertai ramai-ramai
[Reply]
03 December 2009
Masa 12:18 pm
woah, sgt nice! kena cuba ni, tak kisah, utk personal blog pon bleyh kan?
[Reply]
wanmus Reply:
December 3rd, 2009 at 5:17 pm
boleh tapi pastikan dalam BI sebab advertiser ni macam2, kekadang kerana suka tengok blog kita pun dia sanggup bayar untuk advertise padahal blog kita tu baru atau takde fokus mana2 pun
[Reply]
03 December 2009
Masa 1:20 pm
Salam,
Terima kasih atas perkongsian besar ni. Manfaat untuk semua!
[Reply]
wanmus Reply:
December 4th, 2009 at 10:06 am
wsalam..terima kasih bro
[Reply]
04 December 2009
Masa 12:23 am
terima kasih byk2 wanmus..smlm try hntr 1 blog, alhamdulillah mlm ni dah approved..tgh cari peluang nie..nie semua atas perkongsian ilmu saudara wanmus…moge kamu sentiasa dimurahkan rezki..insyaAllah blehla jumpe 19hb nie..taksabar dah nie..yeahh..thanks…
[Reply]
wanmus Reply:
December 4th, 2009 at 9:56 am
alhamdulillah..oklah tu, nanti leh submit banyak lagi blog. ni tadi baru dapat payment dari BBR ni..cepat jugak bayaran dia setiap awal bulan.
[Reply]
04 December 2009
Masa 3:06 pm
salam..nak dapatkan PR 0 bukan senang jgak..kena kerja keras juga ni..nak tanya sikit,nak dapat PR0 atu selebihnya ni berdasarkan berat blog jugak ke?
[Reply]
06 December 2009
Masa 12:56 am
banyak manafaat apa yang bro tunjukkan nie…..
tapi bro….saya nie….punyelah lembab nak memahaminye pada tahap cipan….cammane nie….nak belajo tapi lambat betoi nak memahaminye….tolonglah saya!!!!
[Reply]
06 December 2009
Masa 12:56 pm
wakaka.. aku nak test jugak. rugi kalau tak cuba sebab dah pergi seminar blogging
[Reply]
wanmus Reply:
December 6th, 2009 at 2:17 pm
tau xpe, test je bro..sebab ianya percuma
[Reply]
17 December 2009
Masa 4:40 pm
bagus bangat sih..
[Reply]
wanmus Reply:
December 17th, 2009 at 7:04 pm
Alhamdulillah..rezeki
[Reply]
06 February 2010
Masa 10:55 am
[...] Yess juara PR0 lagi..hehe rentetan. Blog PR0 Tetap Boleh Buat Duit? [...]
11 February 2010
Masa 6:37 pm
very good post my friend.
[Reply]