Berblog Untuk Dapat Duit Memang Tak Akan Bagi Duit!

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Blogging | Internet | Sekolah Menengah Smart Blogging Tarikh: 13 November 2009 | 20 komen

buat-duit-dari-blog-mudah

Betul! Tanyalah pakar atau lihatlah blog-blog pakar ni, dan korang akan perasan yang sebenarnya mereka tidak berblog untuk duit..tapi duit tu datang kerana mereka berblog.Thats is sense of blogging! Itulah saya kata “Berblog Untuk Dapat Duit Memang Tak Akan Bagi Anda Duit!”

Kenapa wanmus kata macam tu?

Iyalah, cuba korang masuk blog yang kiri, kanan, atas, bawah dan tengah semua ada iklan..Apa korang akan buat? Tentu susah nak baca content dalam blog tu kan? so anda pasti akan tutup blog tu dan cari blog lain untuk content yang anda nak cari tu. Tu belum campur lagi yang iklan popup..huuuhhh..

So macamana anda nak dapat duit kalau sorang masuk dan tak sempat tengok apa, dia dah tutup blog anda? jawapannya blog anda akan jadi blog sampah. Gerenti mesti korang pernah masuk blog-blog yang macam ni kan? Jadi, tolonglah jangan jadikan blog anda blog sampah.

So, blog macamana yang menjadi tumpuan ramai?

Blog yang menjadi tumpuan ialah blog yang kemas, mudah nak di baca, isinya tu ringkas, menarik dan mudah difahami. Ada juga blog yang terlalu padat dengan isi tapi blog ini biasanya hanya fokus kepada topik tertentu dan mempunyai targeted trafik tersendiri.

So, saya nak buat blog yang macamana?

Untuk permulaan, tolonglah buat blog tentang minat anda atau diri anda. Contoh anda minat tentang alat solek @ barang makeup, so buatlah satu makeup blog. Dalam blog ni anda kongsilah cara anda pakai make up, cara beli dan pilih alat makeup yang betul, cara nak bajet duit beli alat makeup, berus makeup yang mana satu yang terbaik anda rasa dan macam2 lagi berkaitan minat anda tu.

Kalau anda minat tentang novel, so kongsilah novel2 yang anda dah baca..Tulislah kalau ada novel baru akan atau telah keluar. Boleh juga tulis tentang penulis novel kesukaan anda dan biografi mereka..Kan banyak isi tu. Kalau anda tak ada idea nak tulis apa, tulis je tentang diri anda seharian. Yup..tulislah apa anda buat hari ini, semalam atau esok..Ramai  blog macam ni adalah blog perempuan tau dan menjadi feberet untuk dibaca lelaki setiap waktu lunch hour :) ..

Ok dah ada blog, tapi nak duit juga dari blog..tapi macamana?

Ok mudah sahaja tu. Tadi blog and dah siap dan dah ada beberapa post. So banyakkan lagi post sebab lagi banyak post, lagi banyak yang diindex google dari blog anda tau. Bila blog anda dah diindex google atau senang kata telah dijumpai oleh orang, mudahlah iklan nuffnang atau adsense kita nak di klik pelawat. Klik dari organik traffik macam ini lah lebih digemari advertiser iklan ni dari teknik blackhat yang tak betul tu.

Sudahkah korang tahu nak wat blog apa kalau belum ada blog lagi? Guna blogspot atau free wordpress je dulu..nanti leh import je ke akaun webhosting berbayar nanti kalau dah mampu. Kalau korang dah ada blog, cek balik jika ada yang terbuat atau terletak apa yang tak patut letak di blog..

Ada idea lain? Atau nak komen?

Baca selanjutnya di:

Bookmark and Share

Tak nak terlepas updates dari saya? Dapatkan updates melalui email je.
Masukkan alamat email anda di bawah:

Delivered by FeedBurner



  1. Kujie

    pelan², jgn nak buat blog 2 hari terus nk dptkan PR3

    bina identiti sendiri dan selesakan dulu diri dgn pengunjung

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tau xpe..tengoklah blog kak jie..berapa tahun untuk bina kredibiliti dan respektibiliti tu..
    dan sekarang, tak perlu nak buat promosi dah..tunggu trafik datang sendiri je..

    [Reply]

  2. faisalhanim

    ye ker? nape plak tak leh buat blog sbb nak buat duit? Ambik contoh Huffingtonpos.com, boingboing.com …asalnya blog jer tue..tp dlm bentuk organisasi.

    blog design, dgn buat duit dari blog 2 perkara yg berbeza. mmg la kalu blog kita tue berserabut dgn iklan2 org naik menyampah..jd kalu dah tau, kene la tukar2 skit…buang mana yg patut.

    Sebenarnya, apa2 pun kene ada perancangan. cumanya kat malaysia nie kalu kita nak harap duit advertising utk jana income kita dari blog…mmg payah bebenor. Bkn sbb apa, tp sbb internet advertising kat malaysia terlampau kecik…dah lah kecik, kene syer lak dgn beribu-ribu blogger yg lain…so sumer org dpt skit2.

    sbb tu ler, kalu serius nak buat duit dgn blog mesti buat dlm bahasa inggeris.,,wallahualam

    [Reply]

    wanmus Reply:

    saudara..saya bukan kata tak boleh..saya kata, jangan fokus utama nak buat duit semata-mata tanpa pentingkan input lain seperti kualiti info yang diberikan dan beberapa aspek yang berkaitan..kalau tak, nanti blog kita akan jadi blog yang tak senang orang nak tengok..

    [Reply]

    faisalhanim Reply:

    ooo..tp tajuk u guna “MEMANG” …sorry kalu salah faham ..:)

    [Reply]

  3. emyshahril.com

    Salam Wanmus. Arkitel yang sangat menduga jiwa ni. Apa yang perkatakan adalah benar. Aku pun kalau terjumpa ‘blog yang banyak sampah’ memang tak lama la kat situ. Tak macam blog ‘tuan tanah’ yang berbaju baru ni, sejuk mata memandang…..hehhehehe.

    P/s: Kat mana boleh tempah theme ciptaan sendiri ni?Boleh la rekomen kat kawan.

    [Reply]

    wanmus Reply:

    ok bro..ni kalau bro ingat miziologi yang join seminar aritu..bro leh hubungi dia di miziology[at]gmail.com
    harga dalam RM200..tu harga promosi dia cakap

    [Reply]

  4. titan

    Entahlah. Aku memang tulis blog untuk dapat duit.Dan terbukti memang dapat buat duit. Cuma tengok pendekatan dan cara masing-masing. Setiap orang berbeza. Ada yang berjaya, ada yang kurang berjaya. Itu sahaja. Pokoknya, berbalik pada diri kita. Kalau kita mahu sesuatu, mahu duit. Kita kene usaha LEBIH. Lebih dari yang biasa..

    Kalau takat biasa-biasa aje. Memang takkan dapat duit walaupun kita tulis benda yang kita minat. Tulis macam-macam, tapi kalau tak tahu cara nak buat duit, susah juga kan? Teknik2 nak buat duit lagi dan macam-macam. Pendek kata kena seiring dan sejalan.

    Ps: Aku memang aim dari awal. Aku tulis blog memang untuk buat duit. Bukan untuk main-main atau hobi. Itu pendekatan dan cara aku. Dan alhamdulillah. Berjaya.

    [Reply]

    wanmus Reply:

    macamana nak cakap ek..blog bro tu tak nampak untuk cari duit semata-mata tau..tu yang leh buat duit. haa itulah yang saya nak maksudkan..jangan nampak sangat yang kita nak buat duit semata-mata dari blog kita…

    [Reply]

  5. akem

    wanmus..mcm mana blog saya? komen skit

    [Reply]

    wanmus Reply:

    wah..bukan nak komen blog tapi nak komen gambar..hehe..dua2 cantik dan kemas. haa, ni contoh blog bukan untuk duit semata-mata

    [Reply]

  6. mohamad afiza

    Salam, kalau saya beli domain contoh http://www.blogsaya.com adakah saya perlu beli domain baru untuk projek lain? Atau saya jimat dengan guna subdomain http://www.projek.blogsaya.com ?
    PS:Bila guna subdomain rasa macam orang pandang kita guna free domain pulak.

    [Reply]

    wanmus Reply:

    sebenarnya lebih baik dapatkan domain berbayar sebab ianya nampak lebih pro

    [Reply]

  7. adam

    Saya sokong….kebanyakan blog yang ada sekrang pun dpt menarik pelawat bkn brdasarkan blog brpengetahuan ttpi lbh kpd blog utk brgosip lbh2 lg psl artis atau selebriti ….

    [Reply]

    wanmus Reply:

    yup..tu contoh blog yang nak duit semata2..tak ada ilmu pun dikongsi. malah aib orang yang dibuka..

    [Reply]

  8. PUTERA BONGSU

    BAGUS JUGA CARA NI.. MUNGKIN BOLEH BANTU RAMAI ORANG. BETUL TAK..

    [Reply]

    wanmus Reply:

    maaf, link Money game macam jutawan klik diharamkan di sini..thanks

    [Reply]

  9. aliffazli

    tolong masuk dan bagi tau yer…kenapa google tak dapat kesan blog saya.

    [Reply]

    wanmus Reply:

    yang tu saudara kena submit kat google di http://www.google.com/addurl/

    [Reply]

  10. Mommy Lyna

    sama macam work for money & work for personal satisfaction, output dia boleh jadi jauh berbeza. blogging for money is ok kalau cukup strategi jangka pendek & jangka panjang.
    Mommy Lyna´s last blog ..25 Hari Tanpa Bazar RamadhanMy ComLuv Profile

    [Reply]

CommentLuv Enabled