Fakta: Kesan bahaya Shisha atau Hookah lebih teruk 400 kali ganda berbanding hisap rokok dan ada yang katakan sampai 450 kali ganda teruknya..Wahhh terkejut kan? kita selalu dimomokkan bahawa hisap shisha ni takde kesan apa-apa berbanding isap rokok sebab katanya tembakau rokok dah diedit letak macam-macam sedangkan tembakau shisha atau hookah ni hanyalah tembakau berperisa..aritu masa belajar pun saya selalu digoda untuk menghisapnya..mujjorlah hati ni kental lagi..
Yerlah sebab asap rokok busuk tapi shisha ni wangi sebab berperisa kan..tapi rasanya lepas Berita Utama TV3 gembar-gemburkan kesan bahaya shisha ni, mungkin ramai penjual shisha akan tutup kedai.
Ok..apa masalahnya?
Nak tanya..ape faedah isap asap ni?? ada ke sebarang khasiat? rasanya tak pernah pulak sebarang teknik alternatif perubatan melalui asap ni kecuali teknik buang lendir resdung tu..tu pun masuk ikut hidung. Dahlah guna arang..karbon tu kita hisap..ada faedah ke?? Orang arab dulu pun hisap shisha untuk khayal dan bersenang-lenang..Agama kita pun melarang kita buat benda tak berfaedah..lagi-lagilah kalau benda yang tak berfaedah dan memberikan kesan buruk pada kita..jangan biarkan virus-virus ini masuk ke badan anda.
Ok ni ada report shisha dari berita harian:
Hisap shisha lebih bahaya daripada rokok
SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.
Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.
Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan. Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB (batuk kering) . Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri. Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.
Tweets that mention Bahaya Shisha Lebih Teruk 400 Kali dari Rokok! -- Topsy.com
[…] This post was mentioned on Twitter by Vernieman, Fadzri Nordin, andyhowtt, nordin bin ibrahim, Khairil Afzal and others. Khairil Afzal said: RT @wanmus: Bahaya Shisha Lebih Teruk 400 Kali dari Rokok! http://t.co/hR6pqFo […]
Ronaldmohoni
terima kasih dengan info,
Nasiplah saya ni bukan perokok,
kalau tak shisha pun bantai.
kasimo
aku tengok kadang2 ada yang tak merokok pun hisap shisa juga..
Peja
Ai, bilelah nak berenti….
red One
dh jarang isap shisha..skang ni pun tgh kurangkn isap rokok..
wanmus
betull..kebanyakkan yang isap shisha adalah perokok
wanmus
sebab diorang ingat shisha tak bahaya
mat kalut
tp ade gak perokok yg anti shisha cam aku hehee
mat kalut
insyallah bleh brenti tuu..tawakal je hehe
wanmus
tetap kene berenti boh
mat kalut
bleh ke agak2 kurang tuu?hehe
mat kalut
ye doh boh,ambe mikir gitu tp dugaan tu kuat sangat,member tawor sokmo
jutawansenyap
hukukm haram isap rokok
isap shisha pon smaa kut hukum nye
akuorgkmpng
shisa ni dh masuk tv3 ari ni..
hihihihi
MAT KALUT
bgus gak bro kongsi nie..aku bru taw mende nie,ingt same je ngn rokok huhuhu
MAT KALUT
ye ke org?masuk kisoh nape?ko xtgok mentor ke,yg gigi rongak depan tu sbijik mcm ko hahahhahhaa
akuorgkmpng
awat hang x anti 2 2 skali.. kan senang. hahaha
akuorgkmpng
betoi tu wanmus.. aku pn ada kwn cmtu..
shisha dia hisap.. rokok x pulak.. huhu
akuorgkmpng
mmg susah nk behenti kalau dh selalu hisap..
dh ketagih la tu.. haha
akuorgkmpng
bagus tu bro.. smoga brjaya meninggalkan rokok ng shisha tu..
akuorgkmpng
ye la.. kan 2 2 boleh memudaratkan kesihatan kita..
akuorgkmpng
hahhaha.. kisah shisha la..
bahaya shisha..
aku x tgok la mentor.. hahaha
mhnizam
shisha memang bahaya pun sebab takde penapis…tp org suka gak benda-benda bahaya sebab diorg ckp tak hisap shisha pun mati jgk:)
mhnizam
bagus lah kurangkan hisap rokok kurang skit pencemaran alam hehe
mhnizam
biasa la bila kita mengikut orang dalam perbuatan,kawan hisap kita gak nak ikut.
mat kalut
payah nk anti rokok org kapung,dah sebati nie hehhe
mat kalut
kebanyakan gitu la,aku pun dlu ikut kawan gak isap okok nie smpai skang xleh brenti,try ubat nikotin pn xjadi jugak
mat kalut
memang pown hahahhaa
mat kalut
insyaalah berjaye hehe
mat kalut
btul tu org,tp skang ni haram ni xsame mcm haram berzina huhuhu
mat kalut
ooo..rugi aku xtgok kisah tue,nk tau gk gane,gune arang batu best shisha haha
mat kalut
tu payah ckp ngn org kurang eduketed,mcm nasihat suruh smbhyan la,dia jwb nnti bukan aku mati kubur sebelah ko
Muhammad Fakhruddin
Tinggalkan daripada terjebak 🙂
Sekali kena susah mahu buang tabiat ni
lin azlina
tak smepat tengok berita utama aritu psl shisha ni..baru tahu bahayanya mende alah tu…gerun!
Master Pak Pandir
fuhhh….bahaya giler isap shisha. dulu member aku cakap isap shisha lagi bahaya dari merokok sebab tak ada filter. pas tu aku pun cakap kalau macam tu baik isap rokok. pikir-pikir baik tak payah isap apa-apa. lagi bagus. lagipun isap dua benda ni haram sebab memudaratkan kesihatan.
mhnizam
tul tu master pak pandir tak yah hisap benda yang tak berpekdah ni
mhnizam
tul tu jangan cuba sebab sekali cuba payah nak berhenti ni
Master Pak Pandir
cuba makan pil yang anti nakotin tu. macam kat iklan tv. macam ok je tuk berenti dari isap rokok.
mhnizam
tu la la mat kalut…memang sakit ati gak bila nasihat kita dibalas cmtu..tp itulah hakikat dakwah kan
akuorgkmpng
uihh..
zina tu lgi la teruk..
mmg terang2 haram..
akuorgkmpng
depa cita ckit ja..
kata shisha tu lebih teruk dri merokok..
huhu
akuorgkmpng
kita dh tgur cara elok..
trpulang la kt depa nk terima ke x..
janji kita dh menegur.
akuorgkmpng
tu la cara yang pling baik..
benda cmni boleh buat kita ketagih..
akuorgkmpng
benda cmni boleh buat kita ketagih..
jdi x mncuba la cara pling baik
akuorgkmpng
alaaa.. berita ringkas ja..
yng wanmus ni bgi lgi padat..
akuorgkmpng
betoi tu..
buang duit pn ada..
dh makin mahal kan rokok tu..
jutawansenyap
Memng payah nak berenti kalo iman dan akal tak kuat hu hu banyak kan solat malam dan berjemaah di Masjid Insya Allah
jutawansenyap
nih bergantung pada eprsekitaran lah kalo dah kawan ngan org jual minya k wangi misti bau wangi kan
jutawansenyap
Berentilah demi Allah buat aper2 niat kerana allah kan dapat pahala insya allah
jutawansenyap
cuba lah berenti ok