ASB Sah Haram!

Penulis: wanmus Kategori: ASB | Haram | Pelaburan | Saham Tarikh: 09 June 2011 | 70 komen

Iya anda tak silap baca..ASB (Amanah Saham Bumiputera), ASN (Amanah Saham Nasional) dan seumpamanya telah disahkan HARAM a.k.a tidak halal oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada April 2011 yang lepas..patutlah hati ni masih keliru dan was-was nak simpan dalam ASB..ni kerana memang ASB atau seangkatannya tu mencampur-adukkan pelaburan mereka dengan pelaburan menepati syariah dan yang tidak menepati syariah..jadi dalam Islam, bila benda buruk bercampur dengan benda baik, ianya jadi HARAM!

Akhirnya pertanyaan dalam diri samada halal ke haram ASB ni akhirnya terjawab. jadi bolehlah baca surat dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor ni (klik untuk besarkan).

Yang bagusnya, pandangan Ustaz Azhar Idrus turut diminta..dan ini jawapannya:

Mungkin ada juga yang marah dan mengamuk tak tentu pasal atas keputusan fatwa yang telah dikeluarkan..macam larangan pada tarian poco-poco haram aritu tu..jadi jika ada sebegitu yang beragama Islam, tolonglah baca penerangan dari Ustaz Azhar kat atas ni ye..semoga kita sama-sama beringat..Insyallah.. apa pandangan korang??

Berita kredit untuk www.islamituindah.my

Baca selanjutnya di:



  1. izwan

    as salam.kena ajak semua pergi simpan duit dekat tabung haji lah.yg halal dah banyak sekarang.orang kita aje tetap nak yg haram :)

    [Reply]

    wanmus Reply:

    betul..tabung haji atau bank rakyat..

    [Reply]

    zam Reply:

    yela… sapa yang ada tu kena beralih arah ke benda yg halal dan tidak syubhah… insyaAllah

    [Reply]

    Yuta Reply:

    Psai pa hang Bgtau saving kt bank rakyat.100% Ok ka?
    hang pandai-pandai buat statement.Prove for muslim?

    [Reply]

    fauzi Reply:

    bank rakyat amalkan perbankan Islam. Sama status macam bank Islam lain. Jadi terjamin status syariah. Boleh cek kat web bank rakyat, lihat senarai panel syariah.

    [Reply]

  2. Shahrul

    Kena lah tutup akaun ASB mcm ni.

    [Reply]

  3. izwan

    dulu tak ada skim yg halal jadi haruslah masuk.sekarang byk bank islam yg ada unit trust yg halal.jadi wajibla join yg halal..kena jauh riba ni…

    [Reply]

    wanmus Reply:

    susah nak jauh dari riba jika pilih sistem konvensional..jadi pilihlah perbankan islam..huhu..cukup perlu berhati-hati sekarang ni

    [Reply]

  4. Sabahan Bloggers Club

    Sekarang saya buat simpanan dengan emas jer, lagi selamat. :)

    [Reply]

  5. siha

    jawabnya kena keluarkanlah ye? Hiss, menyusahkan betollah!!

    [Reply]

    buat duit online Reply:

    nih bukan menyusahkan tapi menerangkan keadaan yang sebelum ini yang menjadi persoalan

    [Reply]

  6. kak ina kl

    Ishhhh menyusahkan betul kan..dulu kata halal sekarang ni dah haram pulak

    [Reply]

    wanmus Reply:

    dulu dikatakan harus kak…sekarang disahkan haram..aduss..macam2 dunia..

    [Reply]

    Faizah Roslan Reply:

    CIMB Wealth Advisors Bhd ada menawarkan banyak Dana Islamic. Antara yg terbaik ialah CIMB DALI Equity Growth. Dana ini tlh memberi pulangan 333.04% sejak 1998 hingga Jun 2011. Details, hubungi sy 019-3228121 @ Add FB: Faizah Roslan

    [Reply]

  7. SYANI

    Macam-macam hal…

    [Reply]

  8. red One

    naseb baek xmsuk..dlu teringin gak nk msuk

    [Reply]

    wanmus Reply:

    betul..baik jauhkan sehingga betul2 disahkan halal..

    [Reply]

  9. abutalib

    Yang halal itu sudah jelas.Yang haram itu pun sudah jelas

    [Reply]

  10. Razlan

    Baru jer nak buat loan ngan asb,nampaknye tak leh la.

    [Reply]

  11. Ammar

    Salam.. Masih ramai yang berpegang dengan fatwa keabngsaan yang mengatakan ianya harus.. macam mana tu ya?

    Kalau ikutkan , yang ni jabatan mufri Selangor.. Yang kata harus sebelum ni Fatwa kebangsaan..

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

    [Reply]

    wanmus Reply:

    itu keputusan 3 Februari 2008..ni keputusan April 2011…jadi mana lebih relevan? bila dah jadi syubhah, baik jauhkan..

    [Reply]

  12. mohd syafiq

    Haram ke… ingat nanti balik dari oversea bolehla nak buat simpanan kat ASB. Ade tak alternatif lain? kalau tabung haji dengarnya tinggi kadar bonus akhir tahun. skim pelaburan tu sama ke dgn ASB?

    [Reply]

    Faizah Roslan Reply:

    M. Syafiq, CIMB Wealth Advisors Bhd ada menawarkan byk dana2 yg mengikut Syariah. Antara yg terbaik ialah CIMB DALI Equity Growth. Dana ini tlh memberi pulangan 333.04% sejak 1998 hingga Jun 2011. Details, hubungi sy 019-3228121 @ Add FB: Faizah Roslan

    [Reply]

  13. nurindamia

    aku dh ckp haram tapi xde org nk dengar..sekarang ni dh terbukti..melaburlah ditempat y selamat dunia n akhirat..

    [Reply]

    wanmus Reply:

    yup..susah org nak dengar bile takde bukti..tunjuk je bukti ni ha..senang

    [Reply]

    nik wan Reply:

    eleh…yang tu pandai plak nampak halal haram…nak di ikutkan…banyak lagi yang haram..dari segi pelbagai aspek..yela kan bank islam,orang islam,masakan islam,pakaian islam,neraga islam,ingat islam hanya nama,keturunan dan sangkaan tidak menjanjikan apa2… inilah yang dikatakan 72golongan…hehe… tolong la mengerti..

    [Reply]

  14. Is4604

    Syukurlah sbb nyatakan yg benar walaupun sukar d terima ramai, jd pakat2 kita laksanakan apa yg telah d fatwakan. Sy pun br pg td keluar dr ASB d simpan d THaji. Sian pd yg buat pinjaman ASB, cr lah Jln penyelesaian yg terbaik.

    [Reply]

    wanmus Reply:

    itu yg sebaiknya..pilihlah yang sah halal..

    [Reply]

  15. Kamarul Azri™

    habis yang orng yg simpan dalam ASB tu, so kena simpan kat tabung haji la jawabnya….

    [Reply]

    fauzi Reply:

    banyak lagi tempat untuk buat pelaburan yang patuh syariah.
    tabung haji tu pun salah satu tempat yang ok. boleh daftar nama pegi haji sekali =)

    [Reply]

  16. Alyasa Jais

    Assalam semua, baru call pejabat mufti selangor pukul 3.01 petang on 13/6/2011 memang surat ini ada dikeluarkan..so sah la yang asb dan lain lain tu haram.tq

    [Reply]

  17. nazirulhazwan

    tapi tula, orang2 yang hati kental ni still nak jugak pertahankan ASB, padahal ade byk medium lain yg boleh gune pakai, lagi untung dari ASB pon

    [Reply]

    fauzi Reply:

    Tak boleh jugak nak salahkan depa yang percaya asb.

    Sebab sekarang ni ada 2 fatwa. Jadi kita diberi pilihan nak pilih yang mana.
    tapi sebaiknya kalau ragu-ragu, kita jauhkan =)

    [Reply]

  18. nasri

    apa dah jadini banyak juga aku punya dlm asb aku cadang nak taburjee lah kat jalan atau pasar dah tentu kanak kanak atau orang lain tak tau duit tu dari simpanan asbku.

    [Reply]

  19. aimannajmy

    err kalo simpan dalam KWSP lak camne huhu

    [Reply]

    fauzi Reply:

    KWSP tu lain cerita. Itu ada kaitan dengan undang-undang negara. Kalau ada kesilapan dalam urusan dan pelaburan KWSP, kerajaan yang tanggung dosa. Sebab kita terikat dengan peraturan tak boleh keluarkan duit KWSP sewenang-wenangnya. Syarat ketat nak keluarkan.

    Pasal ASB ni, kita bebas nak keluarkan bila2.

    [Reply]

  20. adoii

    Fatwa kebangsaan kata halal-BN
    Fatwa negeri selangor kata haram – PKR

    Mana yang betul ni?

    Tengok ni dalam youtbe:
    The Great deception – “Islamic Banking”! Muslims *MUST SEE*
    “Shaykh Imran Hosein”

    http://www.youtube.com/watch?v=apr4Wju62XY

    Jadi fikir-fikirlah lepas tengok ceramah sheikh Imran Hosein ni!!

    [Reply]

  21. phoenixstudio

    salam..
    kalau ASBi dari Bank Islam pulak macam mana?
    Public Mutual Islamic?

    selagi kita pkai sistem wang kapiaq ni..
    susah la…

    bank konvensional,riba…

    fenin2..

    [Reply]

    wanmus Reply:

    ASBi? ada ke? x pernah dengar pun..

    [Reply]

    arman Reply:

    kpd kawan2 yg berminat untuk melabur dalam unit trust public mutual.boleh emel saya….

    [Reply]

    rizals... Reply:

    mtk email bole x??email sy myrizals@gmail.com…sy minat dgn public bank unit trust

    [Reply]

    fauzi Reply:

    asbi (amanah saham bank Islam ) tu lain. halal statusnya setakat ni. Itu memang perbankan Islam.

    Public mutual Islamic pun boleh. Setakat ni banyak dana public mutual yang disenaraikan patuh syariah oleh suruhanjaya sekuriti. Boleh semak di web SC.

    [Reply]

  22. alamonline

    mana satu fatwa nak pakai? fatwa kebangsaan ke fatwa negeri?

    [Reply]

    fuuyo.com Reply:

    mana2 satu pun OK…tp bila ada yg kata HARAM..sekurang-kurangnya dah jadi SYUBHAH sebab x jelas hukumnya. JAdi kena jauhkan lar. Apapun..fatwa Mufti Selangor ni memang kuat dan x perlu dipersoalkan…sebab mereka ada kelayakan untuk keluar FATWA…bukan senang2 mereka keluar fatwa..jadi syor saya..kita terima je lar fatwa Mufti Selangor nih. :)

    [Reply]

    fauzi Reply:

    iye betul itu…

    [Reply]

  23. raihan

    hehhe…bru je bukak akaun asb..tiba2 je bru tahu ari ni asb haram..adoii ;)

    [Reply]

  24. insan

    xbleh nk bt conclusion mcm tue..sbb surat tue tidak menghuraikan sebab -sebab kenapa ASB tue haram..dia cuma menyatakan sahaja dalam surat ckp ASB haram..tp xbg detail pun nape haram..nie sume politik..kesahihan nya blum tentu…mufti perak sendiri ckp ASB bkn haram..so ape kita nk bt kesimpulan..yg penting skarang kita yakin ape yg kita bt..moga Allah membantu hambanya yg lemah..

    [Reply]

    cikcloudy Reply:

    explanation kat sini sgt jelas..
    http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/805-terkini-hukum-asb-dan-asn.html

    sedikit petikan dari blog di atas…
    Anda mungkin berkata,

    “SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT”

    Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.

    [Reply]

    Zaini Reply:

    Betul. Kalau satu-satu benda tu dah mendatangkan ragu-ragu baik tinggalkan jer.

    [Reply]

    fauzi Reply:

    abe insan,
    ini bukan hal poitik. ini hal halal dan haram. masuk hal dosa pahala.

    Pertikaian hukum ASB ni memang jadi perbahasan oleh ahli muamalat termasuk ahli akademik di IPT sendiri.

    Panjang lebar depa keluar hujjah masing-masing. Sebaiknya kalau kita rasa ragu, kita tinggalkan.
    itu yang terbaik

    [Reply]

  25. fuuyo.com

    Skim ASB nampaknya memang kontroversi…..dulu pun dah penah timbul isu nih…kepada yg ghairah sgt nk cari duit mudah..kena lah fikir panjang ttg ASB nih..FATWA MUFTI SELANGOR ni kena dipandang serius, x boleh acuh x acuh aje. HALAL dan HARAM yang perlu diambilkira. Bukan untung atau rugi..kepada yg dah melabur…masih belum terlambat utk bertindak. Wang yang BERKAT yang kita perlu cari..kalau HARAM banyak pun x berguna sbb DUIT PANAS.

    [Reply]

  26. Abg

    Dah makin keliru mana satu nk pakai?mufti negeri atau mjlis fatwa kebangsaan?knp x dselaraskan?
    Klu nk ckp psal riba haram loan2 yg tuan2 puan2 buat tu x haram ke?
    Insuran diri yg tuan2 puan2 ambil tu halal ke?
    Insuran kereta yg tuan2 puan2 hidupkan setiap tahun tu halal ke?
    Kene fikir gak tu jgn tuju pd asb jer..
    Renung2kan….

    [Reply]

    wanmus Reply:

    berpegang kepada keyakinan kita..kalau was-was baik tinggalkan

    [Reply]

    fauzi Reply:

    Fatwa berkenaan insuran sudah lama. Insuran konvensional haram. Boleh semak dan buat carian di internet. Alternatifnya adalah takaful. Banyak syarikat takaful yang ada hari ini.

    Berkenaan dengan loan. Pun dah ada hukum. Interest/bunga di perbankan konvensional adalah haram kerana riba. Tak kira kita buat loan rumah ke, kereta ke, asalkan bank konvensional, hukumnya haram.

    Mungkin agak keras, minta maaf banyak-banyak. tapi ini realiti hari ini. Masyarakat Malaysia ramai yang belum sedar dengan perkembangan perbankan Islam di Malaysia.

    [Reply]

  27. syaiful

    yang ada duit dalam asb berkoyan-koyan tu..keluarkan sj duit tu n jadikan modal untuk buat bisns…jd bisns partner…

    [Reply]

    wanmus Reply:

    kita mampu fikirkan yg terbaik untuk rezeki kita

    [Reply]

  28. NY

    sapa boleh buktikan asb labur ke tempat yang haram. senaraikan dan sebarkan untuk orang ramai. saya pun baru je letak 200k cam na ni.

    [Reply]

  29. Mukmeen.com

    Nampaknay Isu ASB ni pasti menarik dan mengejutkan banyak pihak..sbbnya ramai yg melabur kt ASB. Tapi yg tak sedapnya masih ada yg seolah-olah pertikaikan fatwa ni, sdgkan Fatwa ni dikeluarkan oleh JABATAN MUFTI SELANGOR. Kenapa nak rasa ragu2 dgn fatwa ni? malah ada yg nak bukti kenapa ASB haram lah. Sepatutnya kita ikut je..sbb fatwa dh pun dikeluarkan.kepada sapa2 yg dh ‘ter’melabur masih lum terlambat utk selamatkan duit anda.yg penting BERKAT itu yg kita cari2…:)

    [Reply]

  30. taufik

    Makud hadis Nukman bin Basyir r.a katanya:
    Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati .

    [Reply]

  31. Boring

    Dah lama tau,sbb masa kat u dulu pernah tanya ustaz ustaz diorang punya personal opinion…..sama je asb,islamic loan,insuran,unit trust,etc. Sama je mcm convensional….

    [Reply]

    fauzi Reply:

    Minta maap mencelah.
    Saya tak setuju. Kita tak boleh pukul rata kata semua sama. Kalau semua sama, mengapa susah2 nak diwujudkan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia?

    Untuk buat penilaian dan pastikan perkara tu patuh syariah, banyak perkara yang perlu disemak dan ambil kira.

    Nampak macam sama, tapi perkara yang beza. Pembiayaan beli rumah dengan pinjaman beli rumah, nampak sama tapi beza.

    Panjang nak hurai di sini.

    [Reply]

  32. Girl

    Apa pendapat anda semue,bonus yg kite dapat dari ASB tu anda semue simpan/gune atau tidak?sebab saya nak masukkan semuanya dalam tabung haji..duit bonus tu yg saye was was nak letak kat mane.mohon pendapat :)

    [Reply]

    fauzi Reply:

    Kalau kita pegang pada fatwa ASB adalah haram, duit dividen tu kita tak boleh guna. kena lupuskan (tapi jangan bakor…rugi yop!)

    Caranya kita boleh salurkan ke baitulmal, atau kita sedekahkan. Duit tu tak boleh guna untuk kepentingan peribadi kita.

    [Reply]

  33. jihaddd

    kadang2 jiwa ni tertanya tanya,knp skrg dikatakan haram,padahal ASB ni dah bertahun tahun beroperasi.bukannya Jabatan Agama Islam ni baru ditubuhkan tahun ni.baru nampak ada keje ke atau ada udang sebalik mi.kita akur klu ia mmg haram,tapi tertanya tanya..why nowwww

    [Reply]

    fauzi Reply:

    Perbankan Islam kat Malaysia ni mula wujud tahun 1983, takaful pun lebih kurang tu jugak. Tak la baru sangat, tapi masih lagi berkembang kewangan Islam ni.

    Jadi masa peringkat awal penubuhan, kalau nak haramkan semua, memang terbantut ekonomi. Sebab pilihan tak banyak masa tu. Jadi konsep maslahah memang diguna pakai.

    Tapi hari ni. perbankan dan kewangan Islam dah berkembang. Sepatutnyalah…PNB ambil inisiatif jadikan saham bawah syarikatnya patuh syariah. Tapi depa tak buat.

    Bagi saya, tak boleh la kita pakai alasan maslahah (kepentingan umum) tanpa kita usaha nak perbaiki keadaan tu.

    [Reply]

  34. Hirmann

    Siapa berminat dengan Pelaburan emas dan perak…pulangan sehingga 52% setahun. sila hubungi saya 0122613038

    [Reply]

  35. amad anhar

    aku baru nak buat ari ni.bila aku bace bab ni aku dah confius.aduyai mcm ner ni.aku lg suka potongan gaji…tp kalu aku buat kat bank lain, aku lupe nak bank in.

    [Reply]

  36. Mus

    Hmm… Itu fatwa dari pembangkang ( selangor)… Yang menimbulkan masalah ialah perlaburan dengan PINJAMAN kat situ akan ada pertikaian sebab pinjaman tu mungkin riba’. Tolong jgn politikkan isu halal dan haram.. bermuqabalah demi Islam

    [Reply]

    wanmus Reply:

    saya tidak sebut pun tentang politik tapi saudara yang sebut..sebaiknya jauhkan dari perkara syubhah..

    [Reply]

  37. azim

    kalau duit yg dtg drpd tuntutan overtime yg mana kerja overtime itu adalah helah setiap bulan, apa hukumnya? dan kalau hutang tidak mahu dijelaskn sedangkn seseorg itu mampu, apa pula hukumnya? boleh tlg bantu.. tq

    [Reply]

CommentLuv badge