December 2nd, 2008

018 U Mobile Penipu

018 atau U Mobile penipu besar..tolong jangan sape2 daftar atau melanggan plan pascabayar atau postpaidnya kerana anda akan tertipu besar dengan tipu helah tersorok mereka..Iya mereka membuat plan supaya anda tertipu secara hitam putih dan anda tak boleh mengambil apa2 tindakan kepada mereka..semuanya kerana kepala U Mobile adalah Berjaya Holdings. Iya ramai tak tahu U Mobile di bawah Berjaya Holding yang telah berjaya menipu ramai orang termasuk kerajaan sendiri.ini rentetan tulisan saya sebelum ni mengenai U Mobile Penipu dan Mengecewakan.nak tahu lebih lanjut, baca tulisan pengalaman saya sendiri ini..

Saya bercerita ini mengenai pengalaman keluarga saya..Ahad 23/11/08, saya telah menemani kakak saya untuk berjumpa customer service U Mobile untuk bertanyakan mengenai billnya..kakak saya telah membuat pendaftaran untuk 3 nombor dengan pakej RM38 pada 17/8/08 dan matikan atau terminate ketiga2 pada 28/8/08.. tapi bila sampai bil 2 bulan selepas tarikh pendaftaran, salah satu dari nombor tersebut telah didaftarkan atas pakej RM128..soo itu satu kesalahan yang disengajakan sebab kakak aku dah tanda pakej RM38 semasa isi borang. Yang kedua, bil hanya akan sampai 2 bulan selepas pendaftaran untuk 2 bulan berturut2 walaupun anda telah mematikan langganan anda sebelum tarikh tersebut..itulah terjadi pada kakak saya..dia tidak gunakan satu sen pun untuk membuat panggilan sebab ketika itu tiada hp 3G, dan telah mematikan langganan 12 hari selepas pengaktifan..Namun bil bulan september tetap di cetak namun hanya sampai pada bulan 11 baru2 ini..so semua bil lebih kurang RM300 lebih untuk 2 bulan bagi 3 nombor yang tak digunakan langsung dan telah dimatikan langganan selepas 12 hari pengaktifan..LOGIK KE??

Customer service U Mobile yang kami jumpa memberitahu bahawa memang sistem bil macam tu, diorang akan print untuk 2 bulan berturut2 sebaik akaun diaktifkan dan hantar 2 bulan selepas itu..dan line mereka hanya 3G (point ni jarang agen U Mobile akan bagitau)..dan bil kakak saya tu, dia kira manual tau untuk tolak sebab kakak saya dah matikan 17/8/08…lastly kakak saya hanya perlu bayar RM120 untuk 3 nombor itu..cuba bayangkan..RM300 lebih jadi RM1oo lebih..pastu kami bertanya, macamana kalau orang jauh nak tahu tentang berapa bayaran yang sepatutnya dia buat, dia jawab mereka perlu call kami..perghhhh..saya pun marahlah, berapa ratus orang nak tepon awak just bertanyakan bil semasa?? tersenyap dia tanpa boleh jawab, dia hanya jawab memang tu caranya..tulah sistem paling BODOH cerdik menipu orang saya pernah dengar!

So kami terpaksa bayar RM100 lebih untuk perkhidmatan yang tak berguna digunakan langsung..RM 38 tu juast caj perkhidmatan mereka..tambah dengan billing caj dan lain2 caj…PENIPU!!!So tolong jangan percayakan mana-mana agen U Mobile di tepi jalan atau pasaraya..nak tahu secara betul2, terus ke customer service di Times Square sebab mereka akan beritahu yang betul walaupun itu akan membuatkan korang tak jadi ambil perkhidmatan U Mobile sebab diorang terikat dengan peraturan kerajaan..agen ni main rembat je nak janjikan apa2 sebab diorang tak de ikatan dengan kerajaan.

Mengenai PENIPUAN U Mobile:

1- Hanya satu cawangan customer service iaitu di Berjaya Times Square, sudah tentu ramai yang susah untuk hadir kesana

2- Line mereka hanyalah line 3G SAHAJA!!! jadi hanya kepada hp 3G sahaja boleh guna line mereka

3- Mereka sewa line beberapa peratus shj 3G dari CELCOM! so mane2 kawasan yang tiada coverage 3G Celcom, so tiada coverage untuk U Mobile juga

4- Bil hanya sampai 2 bulan selepas pendaftaran untuk dua bulan berturut2 walaupun telah and matikan perkhidmatannya sebelum tarikh tersebut.

5- Pengaktifan akaun anda bermula sebaik mereka (U mobile) daftarkan atau aktifkan nombor anda, bukannya bermulanya tarikh anda memasukkan simkad dan membuat call yang pertama.

6- RM38 untuk pakej 38 tu hanyalah caj perkhidmatan diorang dan bukannya limit RM38 untuk pelanggan gunakan..maksudnya, jika gunakan RM20, so perlu bayar RM38+RM20+billing chargae++= RM60++

7- Agen U Mobile tidak diajar apa-apa pun mengenai perkhidmatan U Mobile (pengakuan pegawai customer service), yang diorang tahu menipu dengan perkataan FREE!!!

**saya tak menghalang kepada sesiapa yang nak melanggan dengan U Mobile, cume dapatkan betul2 info sebelum menandatangani perjanjian pendaftaran..Sekali silap sain, anda yang merana..Dari segi prepaid, saya tidak berpengalaman..ada orang cakap betul, ada orang cakap tipu..terpulanglah..

***********************************************

Info tambahan..

U mobile adalah syarikat di bawah Bejaya Holding.

Korang nak tau ape perniagaan loteri Berjaya yang berjaya? antaranya ialah:
Sports Toto Malaysia Sdn Bhd
Berjaya Lottery Management (HK) Limited
International Lottery & Totalizator Systems, Inc
Prime Gaming Philippines, Inc.
Philippines Gaming Management Corporation
Natural Avenue Sdn Bhd
Boleh check di http://www.berjaya.com/groupoffices.htm

Bukti U mobile bawah Berjaya Holding:
http://www.berjaya.com/240608businesstimes.htm

http://www.theedgedaily.com/

***********************************************






14 Responses to “018 U Mobile Penipu”

U Mobile Penipu dan Mengecewakan | wanmus.com says:
December 2nd, 2008 at 4:34 pm

[...] U Mobile Penipu. Anda pernah tgk iklan U Mobile? iya, kita disajikan dengan janji2 manis yang memang x terima oleh akal..Simpack FREE!! free untuk prepaid dan ada jugak untuk prepaid.xpernah dalam sejarah Malaysia simpack diberikan FREE..Celcom yang dapat jaminan kerajaan pun x berani nak buat, tapi syarikat swasta ni berani dan siap labur untuk iklan dalam tv lagi..jadi, ramai yang sudah tertipu dengan mereka. so, kepada anda semua berhati-hatilah.. jangan mudah terpedaya dengan janji2 manis agen promoter je. wat research ringkas sebelum dapatkan apa2 perkhidmatan, lagi2 dengan syarikat baru dan promosi x masuk akal.. ni post terbaru bukti lagi U Mobile Menipu ni salinan emel dari seorang pengguna U Mobile. [...]

ijamidayu says:
December 3rd, 2008 at 12:11 am

Fuh!! Teruk tol!! Bro nie kes teruk nie..

Nak2 bro I.K lak jadi duta depa.. Lagi la depa naik pala..

Ces!! Makin ramai la terkena macam nie.. Nasib dia offer belah lembah klang ja..

Kalo open 1 Malaysia.. Ha.. Xker parah!!

wanmus says:
December 3rd, 2008 at 12:43 am

tau xpe..memang..sebelum parahlah saya nak kongsi ngan semua orang..biar semua berjaga2..

titan says:
December 3rd, 2008 at 8:55 am

aku setia dengan maxis dan celcom. haha..

wanmus says:
December 3rd, 2008 at 9:27 am

bagus..jangan bertukar kepada U Mobile Penipu!!

Program Impian..U MOBILE - Page 3 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia says:
December 3rd, 2008 at 6:59 pm

[...] atau kondem sudah..sebab dah ramai agen U Mobile kene kutuk sebab menipu.. nak tau lanjut, baca wanmus.com Blog Archive 018 U Mobile Penipu __________________ [E-Kamus] Dapatkan 18 Kamus Dalam 1 & Komisyen RM15 PERCUMA | Segalanya [...]

Program Impian..U MOBILE - Page 4 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia says:
December 3rd, 2008 at 8:41 pm

[...] melampau U Mobile..sape tak reti2 lagi guna U Mobile tu leh baca pendedahan eksklusif di sini 018 U Mobile Penipu ni siri postpaid je sebab prepaid tak perlu sain2, so diorang tak reti nak tipu..tapi ade jugak, [...]

ZeFF says:
December 4th, 2008 at 11:41 am

Tak sangka ada mcm nih..

ko check tak diorang nye terms and condition mana tau ko leh saman dia ke.

kalo buat bisnes atas dasar penipuan baik tak yah

wanmus says:
December 4th, 2008 at 12:32 pm

diorang ni wat terms memang panjang suruh kita tak paham..kalau terang2 pun diorang leh pusing, xkan mahkamah diorang xleh pusing..tu malas tu

nuarx says:
December 11th, 2008 at 11:17 am

Salam…

ni satu kes teruk ni wanmus… pendedahan yang menarik. Yang info tentang berjaya holdings tu satu kes yang baru saya tahu.

ikha says:
December 11th, 2008 at 11:54 pm

saya pernah tertipu juga, tapi bukan dengan u mobile, sebaliknya dengan pascabayar maxis..

saya mendaftar atas family plan bagi 2 nombor telefon, namun setiap bulan tetap dicaj extra selain RM50 untuk bayaran basic bagi call sesama family line, walau agen mengatakan bahawa call sesama family yang mendaftar adalah free untuk 40jam sebulan..

setiapkali sampai bil terpaksa ke maxis centre untuk di recalculate, dan dalam tempoh yang sama, pihak maxis minta saya membayar jumlah bil tersebut dahulu bagi mengelakkan dari dipotong, jika gagal, bayaran penyambungan sebanyak RM 20 akan dikenakan setiap kali..

setiap bulan saya di charge RM300++, namun setelah di recalculate jumlahnya hanya RM100++ sahaja..

dan 2 bulan sebelum ini, saya telah mengambil keputusan untuk terminate line itu, namun tetap bil sampai ke rumah, iaitu mencecah lebih dari RM800, padahal nombor tersebut tidak lagi boleh digunakan dan jika saya tidak menjelaskannya dalam tempoh 3 bulan, tindakan mahkamah akan diambil..

sekarang saya sudah serik untuk menggunakan talian pascabayar lagi…

wanmus says:
December 12th, 2008 at 12:30 am

sedihnya ikha..tapi setakat saya guna celcom 1+5 ni alhamdulillah walaupun mahal jugak sebenarnya..tapi untuk call masih murah..mesej je mahal Rm0.12..

titan says:
December 14th, 2008 at 12:10 pm

ya. aku takkan tukar.

gundala says:
December 15th, 2008 at 1:54 am

ahhhhhhhhhh……baik pakai digi je. baik sms atau call semuanya murah. aku pakai dah 4 tahun,ok je..idup je lagi aku ni…hahah

marilah btukar ke digi

Leave a Reply